tag:blogger.com,1999:blog-8731934052711431379.post2408524140051275332..comments2023-01-26T21:23:24.264+08:00Comments on MADRASAH 'WAMA TAUFIQI ILLA BILLAHI': BENARKAH MUSYRIKIN BOLEH BERTAUHID RUBUBIYYAH?Us Asmadi Mohamed Naimhttp://www.blogger.com/profile/13840921760946370322noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-8731934052711431379.post-39701542912279977512010-01-29T10:40:33.331+08:002010-01-29T10:40:33.331+08:00Komen lecturer KUIS tersebut:
"3-Menjadikan p...Komen lecturer KUIS tersebut:
"3-Menjadikan perkara khilafiah sebagai qatiyah
Antara ciri artikel tidak ilmiah ialah bila penulis membesarkan masaalah khilafiah sehingga mencapai tahap qatie. Dengan itu perbincangan akan tertumpu pada mencari manakah kumpulan yang betul dan mana pula yang sesat walaupun pada hakikatnya perbincangan tertupu pada mana yang lebih tepat.
Mudah-mudahan sedikit komen saya pada artikel diatas akan memberi panduan kepada penulis untuk membaiki mutu tulisan masing-masing."

Komen Dr Asmadi: Ya, saya bersetuju perkara khilafiyyah, tak boleh dijadikan qat'ie. Sebab tu, soal-soal khilaf dalam ibadah jangan disesatkan samada soal tawassul, ziarah kubur, zikir dan lain-lain.

Tapi, mengatakan orang-orang kafir bertauhid, adalah bertentangan dgn nas-nas qat'ie yang menyebut mereka sebenarnya syirik pada rububiyyah dan uluhiyah secara serentak.

Secara keseluruhannya, saya mengharapkan hujah dari al-Quran dan sunnah dari golongan pendokong tauhid 3, sbb di kalangan mereka, beriya-iya benar nakkan dalil qat'ie/hadis sahih pada perkara ibadah. Malangnya, dalam isu tauhid yg menentukan Islam & kufur, mereka hanya memadai taqlid pada ulama yang menyusunnya, walau bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Pada waktu inilah mereka menggunakan hujah-hujah taqlid, al-Qardhawi, WAMY dan sebagainya!

Allah al-Musta'an.Us Asmadi Mohamed Naimhttps://www.blogger.com/profile/13840921760946370322noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8731934052711431379.post-79241135826166991052010-01-29T10:31:14.905+08:002010-01-29T10:31:14.905+08:00Terima kasih Sdr Anonymous kerana kirim ulasan ini...Terima kasih Sdr Anonymous kerana kirim ulasan ini. Mungkin sdr ingin lihat komen saya.

Komen saya terhdp ulasan lecturer KIAS tadi iaitu:
"1-Tidak berdasarkan kaedah pengistinbatan yang betul.
Dengan hanya mendakwa konsep itu tidak ada dalam alquran dan sunnah, konsep itu terus didakwa tidak tepat, sedangkan tidak semua perkara yang berbentuk ijtihadi mesti ada dalam quran dan sunnah secara terperinci".

Komen Dr Asmadi: Konsep aqidah mesti tepat dgn al-Quran & sunnah. Yayasn Sofa mendtgkn hujah bahawa konsep ini x betul dgn Quran & sunnah.

Kata-katanya: "Konsep yang dianggap betul dan memenuhi tuntutan Islam ialah konsep 20, sedangkan konsep sifat 20 juga tidak disebut secara tepat dalam alquran dan sunnah. Bila ada orang yang bertentangan dengan pendapat kita maka kita akan kata ianya tidak ada dalam sunnah, sedangkan pendapat kita sediripun tidak ada dalam nas secara jelas. Tindakan sedemikian perlu kita jauhi kerana lebih bersifat provokasi sahaja."

Komen Dr Asmadi: Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, bukan 20 sahaja. Ijtihad hanya datang dalam bentuk mengembalikan keseluruhan sifat-sifat Allah SWT yang maha sempurna itu kepada 20 sifat utama. Penyusunan itu pula tidak menafikan nas-nas lain berkaitan sifat-sifat Allah. Penyusunan berlaku di akhir kurun ke 3, masih dlm golongan salaf dan diiktiraf oleh ulama sezaman.

Kala ulasan itu lagi:
"2-Menyorok pendapat yang menyokong
Salah satu ciri artikel yang tidak baik ialah bila penulis hanya menyebut pandangan ulamak yang menyokong pendapat penulis, mencari-cari pula pandangan tokoh yang menghentam pihak yang ditolak pendapatnya."

Komen Dr Asmadi: Cara biasa bila kita tak boleh datangkan hujah. Sebenarnya artikel Yayasan Sofa adalah artikel bersiri. Sebelumnya telah dibentangkan dalil-dalil pendokong tauhid 3. Sebaliknya pendokong sepatutnya datangkan pula hujah menolak hujan Yayasan Sofa, barulah ilmiah namanya.Us Asmadi Mohamed Naimhttps://www.blogger.com/profile/13840921760946370322noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8731934052711431379.post-4431467984585369302010-01-28T15:36:29.464+08:002010-01-28T15:36:29.464+08:00Ulasan oleh lecturer KUIS terhadap artikel di atas...Ulasan oleh lecturer KUIS terhadap artikel di atas:

Wacana Ilmuan:

Sebenarnya saya muatkan artikel di atas untuk memberikan contoh bagi artikel yang tidak ilmiah. Ada beberapa sebab yang dapat dilihat menunjukkan artikel diatas tidak ilmiah:

1-Tidak berdasarkan kaedah pengistinbatan yang betul.

Dengan hanya mendakwa konsep itu tidak ada dalam alquran dan sunnah, konsep itu terus didakwa tidak tepat, sedangkan tidak semua perkara yang berbentuk ijtihadi mesti ada dalam quran dan sunnah secara terperinci.

Konsep yang dianggap betul dan memenuhi tuntutan Islam ialah konsep 20, sedangkan konsep sifat 20 juga tidak disebut secara tepat dalam alquran dan sunnah. Bila ada orang yang bertentangan dengan pendapat kita maka kita akan kata ianya tidak ada dalam sunnah, sedangkan pendapat kita sediripun tidak ada dalam nas secara jelas. Tindakan sedemikian perlu kita jauhi kerana lebih bersifat provokasi sahaja.

2-Menyorok pendapat yang menyokong

Salah satu ciri artikel yang tidak baik ialah bila penulis hanya menyebut pandangan ulamak yang menyokong pendapat penulis, mencari-cari pula pandangan tokoh yang menghentam pihak yang ditolak pendapatnya.

Apabila tidak ada langsung pandangan ulamak yang menyokong pihak yang ditolak maka pembaca menyangka perkara itu menjadi kesepakatan para ulamak. Sebaiknya penulis perlu menyebut bahawa ada ulamak yang tidak menyokong beliau. Contohnya dalam artikel diatas, penulis sepatutnya memberitahu bahawa ulamak tersohor masakini Dr Yusuf Qardawi menerima konsep Tauhid yang dirumuskan oleh Ibnu Taimiah. Kalaupun tidak mahu menyebut barisan ulamak lain cukuplah sekadar menyebut beberapa tokoh sahaja.

3-Menjadikan perkara khilafiah sebagai qatiyah

Antara ciri artikel tidak ilmiah ialah bila penulis membesarkan masaalah khilafiah sehingga mencapai tahap qatie. Dengan itu perbincangan akan tertumpu pada mencari manakah kumpulan yang betul dan mana pula yang sesat walaupun pada hakikatnya perbincangan tertupu pada mana yang lebih tepat.

Mudah-mudahan sedikit komen saya pada artikel diatas akan memberi panduan kepada penulis untuk membaiki mutu tulisan masing-masing.Anonymousnoreply@blogger.com