Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Sunday 6 June 2010

BERI LESEN UNTUK HALAL JUDI 'PENDEK AKAL'.

Cukuplah dengan pelbagai gejala sosial yang dilakukan secara 'halal' atau secara 'haram'. Menghalalkan perkara haram menggunakan hujah akal dan 'cukai' akan mengundang bala dan bencana kepada masyarakat. Selepas ini mungkin pelacuran juga dibenarkan atas alasan rugi kutipan cukai sebab ia dilakukan secara haram! Semoga umat Islam dan masyarakat bukan Islam akan terlindung dari bencana judi yang merosakkan institusi keluarga dan masyarakat. Sila klik pada tajuk untuk membaca terus dari Harakahdaily 6 Jun 2010, atau baca di bawah. Selamat membaca.


Beri lesen untuk halal judi ‘pendek akal’


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti 'judi haram' adalah golongan `pendek akal’. Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk ‘menghalalkan’ judi dengan mengeluarkan lesen judi.

Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya.

“Orang pendek akal melakukan demikian,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azami Abdul Hamid dan wakil sebahagian daripada 21 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan itu.

Mereka turut menyebarkan risalah mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Nahar menegaskan bahawa perkara yang buruk dan haram seperti judi tidak boleh diatasi dengan cara memberi lesen. Katanya lagi, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia akan menyebabkan rakyat terus terperangkap dengan ketagihan judi.

Menurutnya, kajian menunjukkan mereka yang terperangkap dengan kes along kerana terlibat dengan perjudian.

Berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Abim, Rahimi Abdul Rahman pula melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana bantahan rakyat terhadap judi sukan itu tidak disambut oleh media arus perdana.

Sehubungan itu, beliau berharap media arus perdana turut memainkan peranan untuk membantah kelulusan lesen judi itu bagi menyedarkan masyarakat.

11 comments:

  1. salam ustaz maaf lari tajuk..
    nak tanya... pandangan ustaz mengenai ceramah sheikh imron hussin kata sistem murabahah itu riba ikut pintu belakang..
    rujuk youtube, muslihat bank islam...

    ReplyDelete
  2. salam ustaz...
    satu lagi perkara yg berleluasa skrg ialah riba...
    jadi sy ingin minta pandangan ustaz mengenai pendapat sheikh imron hussin mengenai riba..
    beliau mengatakan sistem murabahah itu riba ikut pintu belakang...
    RUJUK = youtube, muslihat bank islam...
    t.kasih....

    ReplyDelete
  3. Salam kembali,

    Maaf, boleh sy tahu siapa Sheikh Imron tu?

    Kalau cukup syarat murabahah, murabahah lah ianya. Kalau syarat murabahah tak dipenuhi, jual beli batil atau mungkin jatuh riba.

    Kritik terhadap perbankan islam memang akan sentiasa ada disebabkan oleh kelemahan bank-bank Islam di sudut perlaksanaanya, mungkin ada pertentangan dgn kelulusan Majlis penasihat syariah. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. sy pun tak kenal.. tp ustaz boleh tengok sendiri video youtube tajuk muslihat bank islam...

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Dr Asmadi,

    Maaf kerana menulis di ruangan ini utk menanyakan soalan aqidah. Baru-baru ini saya membaca satu artikel berkaitan pengajian aqidah. Munurut artikel itu, pengajian aqidah Ahlussunnah Waljamaah adalah mengikut 3 tariq atau mazhab iaitu:

    1. Mazhab Imam Abul-Hasan al-Asy’ari
    2. Tariq atau mazhab Imam Abu Hanifah yang
    dikenali dengan al-Fiqh al-Akbar. Kitab yang
    masyhur yang dipelajari hingga hari ini dalam
    pengajian aqidah mengikut tariq ini ialah
    Matan ‘Aqidah at-Thahawiyyah yang ditulis
    oleh Imam Abu Jaafar at-Thahawi.
    3. Tariq Imam Ahmad bin Hambal yang iaitu tariq
    Ahlul Hadis. Tariq ini lah yang melahirkan
    aliran Salafi hari ini.

    Harap ustaz sudi memberi penjelasan tentang hal tersebut. Yang saya ketahui Aqidah Ahlussunnah Waljamaah ini terbahagi kepada dua iaitu Mazhab Imam Abu Hasan dan alMaturidi; dan Mazhab Salaf.

    Ustaz boleh merujuk artikel tersebut menerusi link berikut: (http://aqidah-sunnah.blogspot.com/2009/07/perbezaan-ahlus-sunnah-jabariyah-dan.html)

    Terima kasih.

    Munir
    (emel: bsyafie2@yahoo.com)

    ReplyDelete
  6. Us Asmadi Mohamed Naim30 June 2010 at 21:43

    Waalaikumussalam Munir

    Saya tak sempat merujuk artikel yg tuan katakan itu. Sedang bermusafir. Ya, memang benar, yg dimasyhurkan oleh ulama zaman berzaman, bila di'itlaq'kan mazhab ahlussunnah wal jamaah ialah aliran Asyairah dan Maturidiyyah.

    Maturidiah mengikut pembawaan Imam Abu Hanifah tetapi tak byk berbeza dgn Asyairah. Dlm membahaskan sifat2 Allah, Asyairah tentukan 13 sifat wajib bg Allah SWT, namun Maturidi tambah 7 lg, maka jdlah ianya 20 sifat.

    Mazhab Asyairah juga mengandungi fahaman salaf berkaitan sifat-sifat Allah SWT iaitu 'imraruha kama waradat' (lalukan perkataan itu sebagaimana diturunkan) tanpa diberi makna, tanpa ditafsirkan (namun tidak mentajsimkan Allah SWT). Ulama Asyairah juga membenarkan takwil pd sifat-sifat Allah yg berbentuk 'alat/anggota' dengan takwilan selayaknya bg zat Allah SWT bg mengelakkan kita menyamakan Allah SWT dgn sifat makhluk. Namun ayat-ayat sifat yg bukan berbentuk anggota/alat seperti 'berilmu, pengasih, penyayang dan sebagainya' tidak ditakwilkan.

    Mengenai pengikut Imam Ahmad, Imam Ibn Jauzi pernah mengkritik bahawa sebahagian ulama Mazhab Hanbali jatuh ke dalam fitnah mentajsimkan Allah SWT. Wallahu a'lam.

    Abu al-'Izz, KL

    ReplyDelete
  7. Mengenai Aqidah Tahawiyah, sememangnya Imam Tohawi merangka matannya berdasarkan pemahaman aliran Maturidiyyah, tapi syarahnya oleh Ibn Abi Izz membawa kefahaman ke arah 'tajsim' pd sifat-sifat Allah SWT.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas respon segera ustaz. Mudah-mudah apabila ustaz berkelapangan nanti, dapat membaca artikel di link tersebut. Harap ustaz dapat beri penjelasan lanjut dalam ruangan ini atau melalui emel saya. (bsyafie2@yahoo.com)
    Syukran.

    Munir

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas respon segera ustaz. Saya berharap ustaz akan menulis satu rencana berkaitan hal ini jika berkelapangan (setelah merujuk link tersebut). Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Munir.

    ReplyDelete
  10. salam ustaz.nak tanya..

    apakah dalil berjudi diharamkan lansung di dalam negara islam sedangkan arak masih boleh dijual??

    ReplyDelete
  11. Us Asmadi Mohamed Naim6 July 2010 at 16:05

    Salam kembali,

    Secara umumnya, pengharaman judi untuk negara Islam adalah terbit dari ayat-ayat suci al-Quran dan sunnah yang melarang judi. Ayat-ayat tersebut bukan hanya setakat menyeru kepada individu tetapi juga kepada pemerintah.

    Walau begitu, hak-hak org2 bukan Islam zimmi, juga dijamin oleh negara Islam setelah mereka membayar jizyah. Secara umumnya, mereka mesti patuh dengan hukum-hukum Islam walaupun tidak dipaksa utk memeluk agama Islam.

    Dalam konteks negara Islam, pemerintah boleh membenarkan mereka melakukan perkara yg dibenarkan oleh agama mereka selagi tidak memberi mudarat kepada agama Islam, masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam, berdasarkan kaedah tasarrufat al-hakim manutatun bi al-maslahah.

    Namun, maslahah ini bukan pula bermaksud menjadikn negara Islam pengeluar babi, pengeluar arak atau pusat perjudiaan, atau pusat pelacuran, kerana perkara-perkara ini bertentangan dgn kedudukan sebuah negara Islam. Bahkan turut memudaratkn masyarakat bukan Islam.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete