Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Thursday 17 February 2011

Keharusan Revolusi Tanah Arab???

Alhamdulillah, tiada revolusi berdarah yang dahsyat di Mesir.

Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak, Mufti Saudi mengkritik dan mengharamkan revolusi di Mesir. Demikian juga, al-Azhar juga mengkritik revolusi tersebut. Sesetengah pihak mungkin menyalahkan Mufti Mesir, Shaykh Ali Jumaah atau ulama-ulama lain yang berpandangan sedemikian atas alasan mereka mendokong Hosni Mubarak. Adakah benar mereka 'mendokong' Hosni Mubarak? Atau mereka melihat suasana yang tidak pasti sekiranya rejim itu jatuh, ditakuti suasana menjadi lebih buruk.

Sesetengah orang beriya mengkritik Shaykh Ali Jumaah sehingga terkeluar dari adab ilmu dan melihat kebiadapan dirinya, tapi 'senyap-sunyi' dari mengulas pandangan Mufti Saudi sebab ada kepentingan yang tidak membolehkan mereka mengkritik pandangan Mufti Arab Saudi ini.

Sememangnya, ulama-ulama ini memberi pandangan dalam skop yang mereka mampu memberi pandangan. Dalam ertikata yang lain, 'diam' mereka bukan bererti mereka bersetuju. Mereka cuba bergerak dalam situasi yang membenarkan mereka bergerak. Orang-orang politik pula yang akan meneruskan peranan secara lebih khusus.

Secara peribadi, saya dapat merasai penderitaan penduduk Mesir dan semoga revolusi tersebut berjaya menjadikan hidup mereka lebih baik di dunia mahupun akhirat.

Wallahu a'lam.


انتقاد لموقف مفتي السعودية من مصر
(Kritikan terhadap pandangan Mufti Saudi Terhadap Mesir)

الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ وصف مظاهرات مصر بأنها إثارة للفتن (الفرنسية-أرشيف)

ياسر باعامر-جدة

لم تمر تصريحات المفتي العام للسعودية الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ حينما وصف المظاهرات المتواصلة في مصر بأنها "إثارة للفتن بين الشعوب وحكامها"، مرور الكرام بل أثارت انتقادات في الأوساط الشرعية في المملكة.
(Pandangan Mufti Umum Arab Saudi al-Shaykh Abdul Aziz bin Abdullah Aali al-Shaykh tidak dibiarkan begitu sahaja apabila beliau menyifatkan tunjuk perasaaan berterusan di Mesir sebagai 'mencetus fitnah', bahkan ia menyebabkan banyak kritikan di kalangan orang-orang Syariah di Arab Saudi) 

فبعد دقائق معدودات من خطبة الجمعة التي ألقاها آل الشيخ، ظهر الداعية السعودي المعروف الشيخ سلمان بن فهد العودة في برنامجه الفضائي الأسبوعي، مثنيا على الحراك الشعبي والشبابي الذي تشهده مصر حاليا، ومشيدا بالشباب المصري الذي سبق الأحزاب السياسية الرسمية والنخب في الوصول إلى الشارع.
أما الخبير في أصول الفقه عوض القرني فدافع من جهته عن مظاهرات الشعب المصري، واعتبر من يقوم بها بأنه "مأجور بار بإذن الله من دخل فيها بنية حسنة".
وقال القرني، الذي سبق له أن حوكم غياباً في مصر بخمس سنوات سجنا بسبب ادعاءات القاهرة بانتمائه لـ"التنظيم الدولي للإخوان المسلمين"، إن الناظر في أحكام السياسة الشرعية يرى أنها أحكام مرنة تتغير صورها وأشكالها بتغير أعراف العصر وتغير المصالح والمفاسد، دون أن يتغير جوهرها ومقصدها وغايتها.
ويعتمد القرني في تفصيل رؤيته الشرعية على "الدساتير التي أخذ بها عدد من البلدان العربية والتي تجيز فيها المظاهرات كتعبير سلمي احتجاجي للأمر بالمعروف والنهي عن المنكر".

1 comment:

  1. salam ustaz,

    saya setuju dengan ustaz. malahan orang tersebut mempertikaikan kelayakan Syeikh Goma utk menjadi mufti mesir. Ini yg saya nak tergelak, dia ingat ketika dia jadi mufti dulu, dia yang paling layak? malahan ada Harun Din lagi utk menjadi mufti ketika itu. Itulah manusia bila mengkritk tetapi memilih. Hanya utk kepentinga diri bukan keikhlasan ingin menegur. Lagi satu ustaz, layakkah dia nak memimpin bahtera perubahan? self appointment...

    ReplyDelete