Assalamu alaikum warahmatullah
Sidang pembaca sekalian,
Alhamdulillah, PRU di Malaysia telah berlangsung dan tamat. Maka tamatlah khabar-khabar angin. Keputusan juga telah diperolehi.
Kepada BN yang telah menang, khususnya Parti Umno, amanah besar di tangan anda untuk memartabatkan agama Islam. Semoga anda mengotakan tanggungjawab ini yang sememangnya ada dalam definisi orang Melayu iaitu beragama Islam dan mengamalkan budaya Islam dan ada dalam Perlembangaan UMNO untuk menjaga kesucian Islam. Keputusan PRU ini menunjukkan orang-orang Melayu Islam masih sayangkan anda dan meletakkan di bahu anda untuk tegakkan martabat Islam. Walau anda tidak boleh atau belum ada kekuatan melaksanakan hudud, anda masih mempunyai banyak ruang untuk melaksanakan hukum hakam Syariah yang lain iaitu menegakkan akidah Islam, kewangan Islam, pendidikan Islam, dan lain-lain. Janganlah kesenangan dunia mengabui mata anda untuk menyumbang kepada memartabatkan agama Islam dan hukum hakamnya.
Kepada PR yang kalah, anda telah berjaya mendatangkan resah kepada BN. Beberapa hak rakyat telah diperolehi dan berjaya diperolehi hasil daripada tekanan pihak anda. Walaupun begitu, keputusan ini menunjukkan PAS bukanlah pihak yang mendapat keuntungan daripada tahaluf siyasi ini. Pada banyak kawasan ketika undi Melayu terpecah dua, kelihatan undi non Muslim tidak pergi kepada PAS. Ini menunjukkan masyarakat non-Muslim khususnya masyarakat Cina tidak secara penuh berubah kepada PAS. Sebaliknya DAP mendapat keuntungan apabila penyokong Melayu Pas dan PKR tekad memangkah DAP.
Secara kesimpulannya, BN tidak boleh berpuas hati. Proses pembersihan mesti terus dilaksanakan untuk membetulkan keangkuhan silam. Manakala bagi PAS, tahaluf siyasi tidak memberi makna yang besar berbanding bergerak secara sendirian. bahkan PAS dilihat gagal menangani beberapa isu besar seperti isu kalimah Allah, Pluralisme dan Palestin apabila gagal menunjukkan ketegasan sebagaimana mereka tegas apabila UMNO membuat kesilapan.
Akhirnya, saya berharap semua pihak berlapang dada dengan keputusan PRU ini. Jika ada sebarang bantahan, lakukanlah menurut lunas undang-undang. Wallahu a'lam.
Salam ustaz...mohon penjelasan fahaman syiah dan wahabi yg mngular di kedua2 parti..
ReplyDelete