Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Friday, 3 January 2014

MENETAPKAN SIFAT ANGGOTA BAGI ALLAH SWT MASIH AHLI SUNNAH?

Para pembaca budiman,

Debat pada permasalahan ini sentiasa berterusan. Aliran yang mahu mengekalkan makna ayat secara literal, menurut pengamatan saya, ada beberapa kelompok:

1. mengatakan tangan, kaki, mata adalah maknanya yang hakiki (mengikut makna Bahasa Arab yang manusia faham). Tapi Allah SWT sahaja mengetahui secara hakikinya. Bertanya pendetailan mengenainya adalah bid'ah. Kemudian mereka membaca ayat yang bermaksud: "Tidaklah sesuatu itu menyerupai Allah SWT".

2. Terdapat kelompok yang lebih ekstrim, mengatakan Allah ada DUA tangan secara hakiki (mengikut makna Bahasa Arab yang manusia faham), tetapi Allah sahaja yang mengetahui secara hakiki. Demikian juga Allah SWT mempunyai dua kaki tetapi Allah sahaja yang mengetahui. Bertanya pendetailan mengenainya adalah bid'ah. Kemudian mereka membaca ayat yang bermaksud: "Tidaklah sesuatu itu menyerupai Allah SWT".

Mereka memahamkan makna 'al-iqrar (meyakini dan memperakui)' itu khusus pada kalimah 'anggota' tersebut.

Bagaimana pula Ahlussunnah:

1. Kita melihat ayat al-Quran menyebut "Allah itu tidak menyerupai segala sesuatu, baru Allah menetapkan DIA maha mendengar lagi maha melihat". Jadi, jangan ditafsirkan perkara-perkara tersebut dengan makna-makna manusia. Serahkan pada Allah.

2. Kita memahami "al-Iqrar" terhadap ayat-ayat mutasyabihat tersebut sebagai 'meyakini dan menetapkan bahawa ayat tersebut adalah daripada Allah SWT. Kita baca ayat tersebut secara sempurna tanpa cuba menperincikannya.

3. Namun, bila ada juga kecenderungan untuk melihat Allah SWT itu menyerupai manusia, kita takwilkan sedikit ayat-ayat anggota itu dengan sesuatu yang layak bagi keagongan Allah SWT, bagi mematuhi firman Allah : ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

Bagaimana pula hukumnya terhadap akidah dua kelompok itu:

1. Pada kelompok pertama tersebut, menetapkan anggota terhadap Allah SWT (beranggota adalah sifat manusia) adalah bertentangan dengan firman Allah yang menyebut Allah SWT tidak menyerupai makhluknya yang beranggota. Walaupun begitu, mereka katakan Sifat tersebut disebut dalam al-Quran, justeru kenapa dinafikan.

Ahlussunnah mengatakan, sifat melihat dan mata adalah suatu yang berbeza. Kita menetapkan Allah SWT bersifat maha melihat, tetapi makna kepada anggota (mata), kita serahkan kepada Allah makna sebenar bagi perkataan 'mata'.

Justeru, pada saya akidah mereka belum murni, berkisar daripada unsur berdosa kerana ada kesamaran menyamakan manusia dengan makhluk, walau belum boleh diisytiharkan terkeluar daripada Ahlussunnah. Saya tidak faham jika akidah sebegini belum boleh dimasukkan meyerupakan Allah SWT dengan makhluk?

2. Manakala kelompok kedua, secara lantang mentafsirkan ayat-ayat tersebut secara literal, Allah ada DUA tangan dan lain-lain, tetapi mengatakan tidak sama dengan makhluk. Golongan ini sudah termasuk dalam 'kekeliruan memasukkan Allah SWT dengan sifat berbilang-bilang pada anggota' sebagaimana manusia berbilang-bilang anggota. Jadi mereka terjerumus dalam:
i. Mengatakan Allah beranggota.
ii. Allah SWT berbilang-bilang anggotanya.

Mahasuci Allah SWT dengan dakwaan batil ini. Saya tidak faham jika akidah sebegini belum boleh dimasukkan meyerupakan Allah SWT dengan makhluk? Pada saya, mana mungkin kita memasukkan golongan ini dalam golongan Ahlussunnah wal Jamaah kerana tiada perakuan hadis-hadis Nabi mahupun perakuan para sahabat yang mentafsir secara ini sebagaimana ditafsirkan oleh mereka.

Justeru, kita mengharapkan para Mufti dan JAKIM melihat persoalan ini secara serius, supaya unsur Tajsim dan Tashbih tidak dimasukkan dalam golongan Ahlussunnah wal Jamaah. Kita risau sekiranya sudah ada unsur dalaman JAKIM yang mempunyai akidah sebegini, lebih-lebih lagi sekiranya berdepan dengan tekanan politik penganut-penganut akidah tersebut.

Jika sudah ada hasrat tersebut, kita mengharapkan jabatan-jabatan agama negeri Ahlussunnah membetulkannya dan para Mufti membantah sebarang langkah terhadap usaha tersebut.

Wallahu a'lam. Allah al-Musta'an.

Abu al-'Izz

2 comments:

  1. Assalamulaikum Dr.
    Ada sahabat saya cakap ada syarah tahawiyah yang tidak cenderung kepaada pahaman mujassimah.. jadi, boleh Dr. sebutkan syarh tersebut.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaiumussalam,

    Maaf sebab saya tertinggal komen anda ini. Ya, pemilik Matan Aqidah Tahawiyyah ialah seorang ASWJ mengikut aliran al-Maturidi. Manakala syarahnya yang juga ASWJ ialah oleh al-Allamah al-Syakh Abd al-Ghani al-Ghunaimi al-Maidani al-Hanawi.

    ReplyDelete