Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Friday, 5 August 2011

TAHNIAH JAIS DAN DR. HASSAN ALI

Alhamdulillah, walaupun dikecam, JAIS dan Exco Agama Negeri Selangor mempertahankan tindakan memeriksa sebuah gereja kerana aktif melakukan usaha ke arah 'pengkristianan' umat Islam. Ini soal akidah. Walau, berbeza pegangan politik, kita wajib bersatu mempertahankan hak kita untuk menjaga kesucian Islam.

Saya masih meneliti isu ini, melihat ragam umat Islam sendiri yang mengecam tindakan JAIS? Semoga JAIS terus terkedepan dalam mempertahankan aqidah Islam.

Allahu al-Musta'an

Abu al-'Izz

Saturday, 11 June 2011

FOREX ONLINE MENYALAHI SYARAK- SEKITAR PEMBENTANGAN MUZAKARAH MENGENAI FOREX ONLINE

Saya titipkan gambar Muzakarah Penasihat-Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam anjuran JAKIM dengan kerjasama ISRA dan BNM pada 31 Mei 2011. Sila klik terus pada tajuk untuk membaca laporan berita dari website JAKIM.

jakim image



jakim image

Sedang menerima cenderahati dari Timbalan Ketua Pengarah JAKIM.

Wednesday, 1 June 2011

Pelaburan Forex Online Menyalahi Syarak


Saya dan beberapa sahabat telah mengadakan kajian terperinci mengenai pelaburan tersebut. Saya telah membentangkan kertas tersebut di Muzakarah Penasihat-Penasihat Institusi Kewangan ke 7 anjuran JAKIM dengan kerjasama ISRA. Di akhirnya kami dapati ia menyalahi Syarak berdasarkan kepada perkara-perkara di bawah:


Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.

i.        i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit melalui leveraj (leveraj) adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii.      ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.

iii.    iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide'

      iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.

v.      v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi.    vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.

vii. Pandangan di atas adalah bersesuaian dengan Resolusi al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami pada persidangannya ke 18 di Mekah pada April 2006.

Walaupun begitu, urusniaga matawang seperti berikut adalah diharuskan dalam Syarak iaitu:

1.     i.  Urusniaga antara prinsipal iaitu bank-bank berlesen untuk menjual matawang dalam skala yang besar kepada syarikat-syarikat. Unsur menjual sesuatu yang tidak dimiliki adalah diminimumkan apabila bank mampu memiliki wang tersebut. Kewajipan qabd lani dilaksanakan dalam kontrak tersebut dalam tempoh dua hari (T-2) kerana ‘urf tukaran asing memerlukan tempoh tersebut, namun keharusan ini dikhususkan kepada ‘keperluan yang sukar dielak’. Walaupun begitu, urusniaga ‘prop trading’ di bank-bank tidak termasuk di dalam keharusan ini.

2.      ii. Urusniaga pasaran sekunder seperti ‘on demand forex’ yang berlaku dengan pengurup matawang adalah harus kerana berlaku ‘qabd’ secara hakiki.

3.      iii. Urusniaga TT (telegraphic transfer) adalah harus kerana berlaku urusniaga bonafide dan qabd hukmi dalam tempoh dua hari (T+2) dan adalah dimaafkan kerana tempoh transaksi semasa dunia yang sukar dielak dan diubah.

Masyarakat awam dinasihatkan menggunakan produk-produk kewangan yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti serta yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihatan Syariah di institusi kewangan.

Wallahu a'lam,
Abu al-'Izz

Monday, 25 April 2011

Isu video, tuduhan zina dan isu poco-poco

Rimas dibuatnya membaca pelbagai isu-isu yang menyesakkan dada di dada akhbar pada awal tahun ini. Pada mulanya saya bersemangat melihat semangat revolusi Timur Tengah dan bagaimana perubahan berlaku di sana. Saya masih mengharapkan 'sinar bahagia' di Timur Tengah. Pada masa yang sama, timbul kerisauan revolusi itu menjadi 'perang saudara' yang tidak kesudahan. Ditakuti juga berlaku apa yang dikatakan oleh pepatah menjemput penyamun atau perompak untuk menghalau pencuri. Pencuri berjaya dihalau, perompak atau penyamun yang untung!

Pada masa yang sama, berita dalam negara seperti 'video porno' sehinggalah perbahasan samada ia boleh dijadikan bukti untuk jenayah zina memenuhi dada-dada akhbar. Ditambah lagi pula isu 'poco-poco', yang turut mewarnai akhbar-akhbar kita sekitar sebulan dua ini.

Video Porno

Mengenai video porno, saya sempat berbisik kepada rakan-rakan, dalam Islam jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan EMPAT saksi. Tak tahulah kalau ada yang mahu menggunakan pandangan 'syaz' yang mahu membenarkan bukti fizikal sebagaimana jenayah yang lain. Walaupun begitu, ramai ulama pasti bersetuju menggunakan bukti-bukti fizikal (tanpa 4 saksi) untuk jenayah rogol.

Berbalik kepada video porno, untuk lebih selamat, kalau mahu didakwa orang yang terlibat dengan video itu, jangan didakwa atas kesalahan melakukan zina, sebaliknya dakwalah atas perbuatan terlibat dengan 'hubungan lucah secara tidak sah'. Sekaligus, kita boleh mengelak dari persoalan hukum qazf, rentetan tidak mempunyai empat saksi.

Poco-poco

Ada yang berpandangan 'asal hukum tarian adalah harus', maka hukumnya harus kecuali sekiranya ada unsur-unsur yang diharamkan. Maka, hukum tarian poco-poco harus sebab tak pasti ada unsur-unsur Kristian atau penyembahan atau pendewaan di dalamnya.

Benarkah, asal hukum tarian itu harus? Sepatutnya kita perlu melihat apakah secara umumnya tujuan tarian itu dilakukan? Rasanya semua memahami bahawa 'tarian' adalah satu alat yang dibawa oleh barat untuk berhibur dan memenuhi tuntutan dan runtunan nafsu, memenuhi tuntutan gejala hendonisme? Tarian dicipta bukan untuk ditarikan secara 'berjubah' dan secara untuk mendekati Allah! Sebaliknya, tarian dilakukan ke arah untuk berhibur dan jauh dari Allah SWT beserta dengan pemakaian yang mengairahkan.

Kecuali bagi minoriti golongan Sufi yang beramal dengan kaedah ini! Itupun dihukum 'bid'ah bagi ramai orang.

Malangnya, ada ustaz-ustaz memberikan pandangan yang terkeluar dari realiti. maka difatwakan diharuskan 'poco-poco' sekiranya tidak ada unsur yang bertentangan dengan Syariat. Ini adalah FATWA YANG TERKELUAR DARI REALITI! Kita menunggu kelak, dilaksanakan tarian dalam keadaan 'tanpa muzik yang melalaikan', menutup aurat, tidak bercampur lelaki dan wanita', wanita tidak mengolek-golekkan badan di depan lelaki! Apakah perkara ini mampu dilakukan dalam tarian di dalam masyarakat kita pada hari ini? Hakikatnya mereka telah memberikan fatwa HARUS tarian tanpa berpegang kepada realiti bahawa tarian aktiviti penuh dengan kemungkaran!

Wallahu Taala a'lam.

Abu al-Izz.

Tuesday, 29 March 2011

Haram judi

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri tidak tunduk kepada pelbagai tekanan politik dalam isu judi ini. Semoga masyarakat kita yang Islam mahupun bukan Islam terselamat  dari bencana judi. Umat seharusnya bersatu dalam isu judi walaupun berbeza dari pendekatan dan parti politik.

Abu al-'Izz 


Pas Kelantan kekal haramkan big sweep 

(sumber: Utusan Online)

KOTA BHARU 28 Mac - Kerajaan Pas Kelantan akan terus mengekalkan pengharaman penjualan tiket judi big sweep selepas mendapati tindakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan itu selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan.

Beliau berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan iaitu kerajaan negeri boleh memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan.

"Dalam hal judi, dasar kerajaan negeri tidak membenarkannya sama ada dijual dalam premis atau di luar premis.
"Bagaimanapun, memiliki tiket judi bukan satu kesalahan, oleh itu kita benarkan tiga premis yang diserbu sebelum ini supaya dikompaun dan mereka boleh ambil baik tiket loteri, kalau hendak guna sendiri terpulang, tetapi tidak boleh dijual," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Pada 16 Mac lalu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan Azlan supaya melihat semula pengharaman penjualan judi 'big sweep' kerana ada pihak yang berpendapat ia bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.
Arahan tersebut dikeluarkan selepas tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu tiga buah kedai yang menjual tiket loteri 'big sweep' mendapat bantahan MCA dan DAP.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek turut mengarahkan MCA Kelantan supaya membawa perkara itu ke mahkamah.

Nik Abdul Aziz turut mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjelaskan perkara tersebut.

Takiyuddin berkata, pengharaman itu dikekalkan berdasarkan keadaan persekitaran negeri ini dan tidak membabitkan negeri-negeri lain.

Wednesday, 23 February 2011

ELAKKAN MENJADI PENCERCA ULAMA

Apabila meletusnya revolusi di Timur Tengah, hampir semua pencinta kebenaran dan pembenci kezaliman bersemangat mahu mengikuti perkembangan revolusi ini. Kita mendoakan mereka berjaya dalam tuntutan mereka secara aman.

Malangnya, ada juga yang mahu menjadi dan mengambil kesempatan menghentam 'ulama-ulama' dengan penuh 'kebiadaban', tanpa membuat sedikit penyelidikan (inilah masalahnya kalau tiada budaya penyelidikan dalam diri dan penuh kegopohan). Sikap ini amat ditakuti boleh mempengaruhi orang-orang yang taksub kepada 'individu sebegini'.

Namun, sikap sebegini memang sudah menjadi kelaziman 'individu' ini. Kalau imam-imam silam pun mudah dihina dan diperlekeh, apatah lagi ulama-ulama semasa...Semoga Allah SWT memelihara kita dari termasuk dalam golongan memakan 'daging-daging ulama' kerana daging-daging mereka adalah 'beracun'.

Saya terbaca satu komen di blog mengenai sikap Mufti Mesir dan Shaykh al-Azhar berkaitan revolusi ini. Semoga ia mampu menutup cercaan para 'pencerca ulama'. Sila baca di bawah atau klik tajuk di atas

Allahu al-Musta'an.

Abu al-'Izz



Minggu, 20 Februari 2011

Menjelaskan sikap Syeikh Azhar dan Mufti Mesir terhadap Demontrasi di Mesir
Oleh: Us. Muhammad Husni Ginting (http://allangkati.blogspot.com/)

Banyak dikalangan kita yang tidak menjaga lidah dan hatinya terhadap ulama-ulama islam yang telah berjuang untuk meninggikan islam, terlebih lagi pada saat ini, setelah terjadinya revolusi rakyat Mesir yang mengakibatkan Presiden Mesir Muhammad Husni Mubarok meletakkan jabatannya kepada Majlis Petinggi Tentera.

Sebahagian orang menuduh Syeikh Azhar Ahmad Toyyib dan Doktor Ali Jum`ah tidak pro terhadap demontrasi yang dilakukan oleh kumpulan pemuda-pemuda Mesir, mereka menganggap Syeih Ahmad Toyyib dan Syeikh Ali Jum`ah adalah ulama yang jahat dan penjilat pemerintah, mereka tidak mampu untuk bersangka baik terhadap ulama-ulama islam.


Mereka menganggap bahwa Syeikh Azhar berdiri bersama pemimpin yang zolim, mereka juga bertanya kenapa Azhar tidak berfatwa seperti Syeikh Yusuf Qardhawi tentang bolehnya revolusi, sebelumnya saya akan sebutkan sikaf dan fatwa Syeikh Ahmad Toyyib ketika terjadinya Demontrasi rakyat Mesir.


1 - Syeikh Ahmad Toyyib memperbolehkan Demontrasi dengan syarat aman, dan jauh dari kekerasan, sebab jika ada kekerasan maka akan dapat menimbulkan fitnah kepada umat islam sendiri.


2 - Ketika terjadi Demontrasi dengan kekerasan,(tanggal 28 - 1 - 2011 ) sehingga gedung-gedung pemerintahan di bakar, mobil-mobil polisi di bakar, sehingga jatuh korban dari pihak Pendemontrasi dan pihak kepolisian, kedai, toko-toko dan pusat perbelanjaan di rampas, di jarah dan di hancurkan maka turunlah seruan Syeikh Azhar agar para Pendemontrasi tidak menggunakan kekerasan, membakar, dan menjarah barang-barang dagangan.

3 - Ketika terjadi bentrokkan diantara pro Husni Mubarok dan Pro Demontrsi sehingga merenggut jiwa dari kedua belah pihak, maka Syeikh Azhar menghimbau agar pemuda-pemuda datang ke Masyaikhatul Azhar membicarakan jalan keluar yang terbaik untuk ummat sehingga tidak menelan korba jiwa dari kalangan umat islam, keresahan azhar sangat terlihat ketika kondisi Mesir menjadi kacau dan tidak aman, jadi menurut Syeikh Azhar jalan yang terbaik adalah duduk bersama berunding mencari jalan penyelesaian.

4 - Ketika banyaknya pendemo yang jatuh menjadi korban maka Syeikh Azhar mengeluarkan pernyatan bahwa orang yang meninggal ketika waktu berdemontrasi adalah gugur secara Syahid, sebagaimana yang di jelaskan oleh Duta besar Azhar dan juru bicaranya Rifa`ah Thahthawi di surat kabar mingguan Sautul Azhar 15 Rabi`ul Awwal 1432 H.

5 - Syeikh Azhar juga mengutus Doktor Hasan Syafi`i ke Medan Tahrir untuk menyampaikan seluruh perasaan hati Syeikh Azhar, tetapi disebabkan ramainya para pengunjuk rasa sehingga Doktor Hasan Syafi`i tidak mampu masuk ke Medan Tahrir, sehingga beliau turun bergabung dengan para Pendemontrasi di kawasan jalan Masbiru ( berhampiran dengan pusat televisi dan medan Tahrir -red).

6- Syeikh Azhar juga menegaskan bahwa Azhar berdiri bersama rakyat Mesir dan perubahan.

Di sini juga saya ingin menegaskan bahwa antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Ahmad Toyyib memiliki pandangan yang berbeda didalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Mesir, dan ini suatu kewajaran bagi ulama islam yang memiliki keilmuan dan kekuatan untuk berijtihad, kedua-duanya menginginkan maslahah yang baik bagi umat islam, tetapi jalan pemikiran dan dasar-dasar dalil mereka memiliki perbedaan.

Perbedaan pendapat Syeikh Ahad Toyyib dengan Syeikh Qardhawi bukan berdasarkan kecintaan terhadap dunia, tetapi berdasarkan mana yang paling terbaik dari antara yang baik dan menjauhkan kemudratan yang lebih besar dari umat islam khususnya rakyat Mesir.

Di tegaskan oleh jugu bicara Azhar Rifa`ah Thahthawi bahwa Syeikh Azhar telah mengundang Syeikh Yusuf Qardhawi untuk mengadakan berbagai macam kegiatan di Mesir, yang selama ini (sebelum diangkatnya Syeikh Ahmad toyyib menjadi Syeikh Azhar -red ) Syeikh Yusuf Qardhawi tidak boleh datang dan mengisi program ilmiyah di Mesir dan Azhar, tetapi Syeikh Ahmad Toyyib mmembuat perubahan dengan menerima Syeikh Qardhawi menjadi anggota dewan pusat penelitian islam ( Majma` Bu`uts Islami - red ) dan mengundangnya untuk menghadiri dan menyampaikan kajian ilmiyah di muktamar Ikatan graduan Azhar, pada tanggal 25 Januari 2011 Syeikh Qardhawi juga hadir dalam jemputan Syeikh Azhar, tetapi pihak keamanan dan kepolisian Mesir ingin menangkap Syeikh Yusuf Qardhawi, dengan lantang Syeikh Ahmad Toyyib berkata kepada kepolisian " Bila kamu tangkap Syeikh Yusuf Qardhawi maka saya akan melatakkan jabatan dari Syekh al-Azhar".

Beginilah sikap Syeikh al-Azhar terhadap Syeikh Yusuf Qardhawi, beliau sangat menghormati Syeikh Qardhawi.

Ada juga di kalangan ulama yang berpendapat bahwa perubahan itu di tuntut, berunjuk rasa itu perlu tetapi tidak dengan kekerasan, dan tidak boleh memberontak dan keluar dari pemimpin dan menuntutnya turun, tetapi bersabar sebagimana yang telah berlaku dengan ulama salafus Solihin. alasan mereka sebagai berikut :

1 - Didalam agama islam tidak ada ketentuan berapa tahun khalifah dan pemimpin menjabat kedudukkan, tidak di sebutkan didalam al-Qur`an dan al-Hadis tentang masa jabatan, sebab itulah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Mu`awiyyah menjabat kedudukkan khalifah sampai hayat mereka, dan hal ini telah berjalan terus sampai masa ke khalifahan Usmaniyah, bagaimana jika kita membuat kembali kekhalifahan islam, apakah kalifah sepanjang umur atau di tentukan waktunya, cobalah cari dalil qur`an dan sunnah tentang penetapan batas waktu jabatan pemimpin.

Lagi pula Mubarok telah menegaskan bahwa dia tidak akan mengikuti pemilhan umam lagi, dan masa jabatannya akan berakhir pada bulan september tahun 2011 ini, dengan begitu perlu bersabar sampai bulan september sehingga tidak menelan korban jiwa yang banyak.


2 - Kezoliman Mubarok bukan berarti membolehkan kita untuk keluar dari kekuasaanya, sebab Rasul telah melarang hal yang demikian

، عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : " من كره من أميره شيئا فليصبر ، فإنه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية " *

Artinya : "Barang siapa yang benci terhadap pemimpinnya maka hendaklah bersabar, maka sesungguhnya orang yang keluar dari pemimpinnya walupu satu jengkal maka dia mati seperti orang jahilyyah. HR Bukhari. 6665

3 - Hadis Rasulullah s.a.w :

عن الزبير بن عدي ، قال : أتينا أنس بن مالك ،

tقشكونا إليه ما نلقى من الحجاج ، فقال : " اصبروا ، فإنه لا يأتي عليكم زمان إلا الذي بعده شر منه ، حتى تلقوا ربكم " سمعته من نبيكم صلى الله عليه وسلم

ِArtinya : Berkata Zubair :Kami mendatangi Anas bin Malik,maka kami mengadu kepadanya dari kezoliman Hajaj yang menimpa kami, Maka berkata Anas : Sabarlah kamu semuanya, karena tidak akan datang masa kepada kamu kecuali yang setelahnya itu lebih buruk lagi darinya, sehingga kamu berjumpa tuhanmu , Aku telah mendengar hal ini dari Nabi kamu s.a.w.HR.Bukari no:6675.

4 - Hadis Rasulullah :

سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله أريت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم ويمنعون حقنا فما تأمرنا ؟ فأعرض عنه، ثم سأله فأعرض عنه، ثم سأله ثانية أو ثالثة، فجذبه الأشعث بن قيس ، وقال " اسمعوا وأطعوا فإنما عليهم ما حملوا وعليكم ما حملتم

Artinya : Salamah bin Yazid bertanya kepda Rasulullah s.a.w. beliau berkata : Wahai Nabi Allah ! Bagaimana pendapatMu jika yang memimpin kami meminta hak mereka kepada kami ( keta`atan ), dn tidak memberikan kepada kami hak-hak kami, Apa yang kamu suruh untuk kami perbuat?, maka Rasul berpaling darinya, kemudian dia ( Salamah-red ) bertanya pula, Rasulpun berpaling darinya, kemudian dia bertanya pula kali yang kedua atau yang ketiga, maka al-Asy`ats bin Qais menariknya, Bersabda Rasulullah :Dengarkan dan ta`atkan kamulah ( pemimpin-pemimpin kamu-red ) Sesungguhnya atas mereka tanggung jawab yang mereka bawa, dan diatas pundak kamu tanggung jawab yang kamu pikul. (HR Muslim no 1846 ).
cukup tiga hadis ini saja, sebab banyak lagi hadis-hadis yang lain yang melarang untuk keluar dari pemerintah, bahkan di perintahkan untuk bersabar.


Berkata Imam al-Hafizh Abu Ja`far Ahmad bin Muhammad at-Thohawi 321 hijriyah :


ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا إن جاروا

Artinya : Kami tidak berpendapat untuk keluar dari keta`atan terhadap pemimpin-pemimpin kami dan yang memegang perkara kami walaupun mereka itu jahat.( Aqidah Tohawi )


Dari hadis seperti ini lah para shabat dan tabi`in bersabar dari kezoliman Hajaj as-Saqafi yang telah banyak membunuh dari para sahabat Rasul dan Tabi`in.

Demikian juga Imam Ahmad bin Hanbal dan para ulama-ulama besar yang di siksa ( didalam permaslahan al-Qur`an itu makhluk atau qadim ), mereka bersabar dengan pendapat mereka, tetapi mereka tidak mengajak umat untuk membrontak kekhalifahan Abbasiyyah dan tidak mengajak umat menjatuhkan khalifah.

Ini adalah sikap ulama-ulama salaf, kita tidak boleh kata mereka bodoh kerena tidak berusaha untuk mengobah keadaanm tetapi mereka sudah menasehati, jadi tindakkan terakhir bersabar atas kezoliman.


Sebenarnya masih banyak lagi alasan ulama-ulama yang tidak membenarkan menjatuhkan pemimpin tanpa keputusan undang-undang tetapi kami padakan saja dalil mereka.

Kesimpulannya :

1 - Janganlah kita mudah berburuk sangka dan menghina apa yang telah di sampaikan oleh ulama-ulama kita, cobalah mengambil segi baiknya, sebab mereka berpendapat seperti itu karena memiliki alasan yang tertentu dan berdalilkan syari`at.

2 - Perjuangan rakyat Mesir belum habis, memerlukan kegigihan dan kesabaran untuk mencapai tujuan, membersihkan Mesir dari Raswah, korupsi , dan kejahatan, lihat Tunis sampai sekarang msih dalam keadaan tidak aman, kita juga perlu lihat Indonesia yang pernah berhasil menjatuhkan Suharto karena beliau suka korupsi dan zolim, tetapi setelah revolusi terjadi, Suharto jatuh dari kursinya, korupsi juga masih berjalan, roswah juga masih berlaku, kejahatan juga tidak pernah reda.

3 - Mesir bukan hanya memerlukan revolusi Presiden tetapi juga sangat memerlukan revolusi akhlak, yang mana akhlak pemudanya sekarang benar-benar rusak, ganja,obat-obat terlarang sudah menjadi teman bagi sebahagian pemuda, pencurian, penodongan dan pembunuhan juga banyak berlaku, membuang sampah di jalanan, kencing di sembarang tempat, tidak menjalankan tugas dengan benar dan ssterusnya, jika kita telah berhasil merubah presiden tetapi tak mampu merubah akhlak rakyat maka jangan heran jika akan datang presiden berikutnya yang suka Roswah dan korupsi, jangan heran jika kita ingin melaksanakan segala penyiapan surat menyurat mendapat kata-kata " Bukrah " ( Besok ).

Tuesday, 22 February 2011

LIBYA BERDARAH.......

Semoga Allah SWT memberi kesudahan yang baik untuk sahabat-sahabat kita yang berdepan dengan 'tragedi berdarah' apabila penduduk di bom oleh pesawat pejuang negara mereka sendiri.

Thursday, 17 February 2011

Keharusan Revolusi Tanah Arab???

Alhamdulillah, tiada revolusi berdarah yang dahsyat di Mesir.

Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak, Mufti Saudi mengkritik dan mengharamkan revolusi di Mesir. Demikian juga, al-Azhar juga mengkritik revolusi tersebut. Sesetengah pihak mungkin menyalahkan Mufti Mesir, Shaykh Ali Jumaah atau ulama-ulama lain yang berpandangan sedemikian atas alasan mereka mendokong Hosni Mubarak. Adakah benar mereka 'mendokong' Hosni Mubarak? Atau mereka melihat suasana yang tidak pasti sekiranya rejim itu jatuh, ditakuti suasana menjadi lebih buruk.

Sesetengah orang beriya mengkritik Shaykh Ali Jumaah sehingga terkeluar dari adab ilmu dan melihat kebiadapan dirinya, tapi 'senyap-sunyi' dari mengulas pandangan Mufti Saudi sebab ada kepentingan yang tidak membolehkan mereka mengkritik pandangan Mufti Arab Saudi ini.

Sememangnya, ulama-ulama ini memberi pandangan dalam skop yang mereka mampu memberi pandangan. Dalam ertikata yang lain, 'diam' mereka bukan bererti mereka bersetuju. Mereka cuba bergerak dalam situasi yang membenarkan mereka bergerak. Orang-orang politik pula yang akan meneruskan peranan secara lebih khusus.

Secara peribadi, saya dapat merasai penderitaan penduduk Mesir dan semoga revolusi tersebut berjaya menjadikan hidup mereka lebih baik di dunia mahupun akhirat.

Wallahu a'lam.


انتقاد لموقف مفتي السعودية من مصر
(Kritikan terhadap pandangan Mufti Saudi Terhadap Mesir)

الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ وصف مظاهرات مصر بأنها إثارة للفتن (الفرنسية-أرشيف)

ياسر باعامر-جدة

لم تمر تصريحات المفتي العام للسعودية الشيخ عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ حينما وصف المظاهرات المتواصلة في مصر بأنها "إثارة للفتن بين الشعوب وحكامها"، مرور الكرام بل أثارت انتقادات في الأوساط الشرعية في المملكة.
(Pandangan Mufti Umum Arab Saudi al-Shaykh Abdul Aziz bin Abdullah Aali al-Shaykh tidak dibiarkan begitu sahaja apabila beliau menyifatkan tunjuk perasaaan berterusan di Mesir sebagai 'mencetus fitnah', bahkan ia menyebabkan banyak kritikan di kalangan orang-orang Syariah di Arab Saudi) 

فبعد دقائق معدودات من خطبة الجمعة التي ألقاها آل الشيخ، ظهر الداعية السعودي المعروف الشيخ سلمان بن فهد العودة في برنامجه الفضائي الأسبوعي، مثنيا على الحراك الشعبي والشبابي الذي تشهده مصر حاليا، ومشيدا بالشباب المصري الذي سبق الأحزاب السياسية الرسمية والنخب في الوصول إلى الشارع.
أما الخبير في أصول الفقه عوض القرني فدافع من جهته عن مظاهرات الشعب المصري، واعتبر من يقوم بها بأنه "مأجور بار بإذن الله من دخل فيها بنية حسنة".
وقال القرني، الذي سبق له أن حوكم غياباً في مصر بخمس سنوات سجنا بسبب ادعاءات القاهرة بانتمائه لـ"التنظيم الدولي للإخوان المسلمين"، إن الناظر في أحكام السياسة الشرعية يرى أنها أحكام مرنة تتغير صورها وأشكالها بتغير أعراف العصر وتغير المصالح والمفاسد، دون أن يتغير جوهرها ومقصدها وغايتها.
ويعتمد القرني في تفصيل رؤيته الشرعية على "الدساتير التي أخذ بها عدد من البلدان العربية والتي تجيز فيها المظاهرات كتعبير سلمي احتجاجي للأمر بالمعروف والنهي عن المنكر".

Thursday, 10 February 2011

REVOLUSI MESIR & TUNISIA: REVOLUSI ORANG-ORANG YANG DIZALIMI

Melihat kepada ugutan pihak Pemerintah Mesir, semoga Allah SWT melindungi kemudaratan umat Islam di Mesir dari 'tragedi berdarah'. Itulah lumrah hidup, apabila kezaliman sampai ke kemuncak, manusia tidak mampu lagi bertahan sehingga sanggup 'berjuang' untuk mendapatkan semula hak yang dizalimi. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari menzalimi orang lain.

Tuesday, 8 February 2011

Revolusi di Mesir dan Tunisia: Revolusi Kesusahan Hidup atau Revolusi Agama?

Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

Saya memerhatikan hampir setiap beberapa jam, perkembangan revolusi di Tunisia dan Mesir melalui al-Jazeera berbahasa Arab. Satu kebangkitan yang menakjubkan apabila ratusan ribuan rakyat tidak menghiraukan keselamatan diri (khususnya Tunisia) kerana memberontak terhadap kerajaannya yang gagal berfungsi mememberi kesejahteraan kepada rakyat.

Sebagai seorang Muslim, pelajar Shariah dan daie yang serba lemah, saya mengharapkan revolusi ini memberi sinar kepada kebangkitan Islam alaf baru yang kelihatan 'semakin pudar' sinarnya berbanding zaman remaja saya dahulu sekitar tahun 80an.

Walaupun begitu, lintasan pemikiran saya kerap mengatakan: Ini revolusi 'perut kosong'! Atau 'revolusi membenteras kesengsaraan hidup'!

Hati kecil masih mengharapkan supaya adanya 'cita-cita agama' dalam revolusi-revolusi ini. Semoga mereka berjaya mendapatkan hidup yang lebih baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam.