Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Tuesday 8 February 2011

Revolusi di Mesir dan Tunisia: Revolusi Kesusahan Hidup atau Revolusi Agama?

Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

Saya memerhatikan hampir setiap beberapa jam, perkembangan revolusi di Tunisia dan Mesir melalui al-Jazeera berbahasa Arab. Satu kebangkitan yang menakjubkan apabila ratusan ribuan rakyat tidak menghiraukan keselamatan diri (khususnya Tunisia) kerana memberontak terhadap kerajaannya yang gagal berfungsi mememberi kesejahteraan kepada rakyat.

Sebagai seorang Muslim, pelajar Shariah dan daie yang serba lemah, saya mengharapkan revolusi ini memberi sinar kepada kebangkitan Islam alaf baru yang kelihatan 'semakin pudar' sinarnya berbanding zaman remaja saya dahulu sekitar tahun 80an.

Walaupun begitu, lintasan pemikiran saya kerap mengatakan: Ini revolusi 'perut kosong'! Atau 'revolusi membenteras kesengsaraan hidup'!

Hati kecil masih mengharapkan supaya adanya 'cita-cita agama' dalam revolusi-revolusi ini. Semoga mereka berjaya mendapatkan hidup yang lebih baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam.

3 comments:

  1. setuju dengan pendapat Dr.

    ReplyDelete
  2. Menunggu komentar tuan2 guru mengenai kenyataan yg dikira kurang adab Asri Zainal Abidin ke atas mufti Mesir -

    " Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah..."

    ReplyDelete
  3. Us Asmadi Mohamed Naim16 February 2011 at 09:58

    Sdr Anonymous,

    Minta dia komen fatwa Mufti Arab Saudi yg 'haramkan' revolusi di Mesir beberapa hari sebelum Mubarak jatuh (fatwa tu disiarkan Jazeera net). Saya amat yakin, dia tak berani nak kritik Arab Saudi.....

    Wallahu 'alam.

    ReplyDelete