Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Wednesday, 3 April 2013

SEMBOYAN PRU 13 ........ Panduan memilih

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Para pembaca yang budiman,

Pembubaran parlimen telah diisytiharkan hari ini, 3 April 2013 pada pukul 11.35 pagi. Dengan itu, akan berlangsung dalam tempoh terdekat Pilihanraya Umum. Gunalah hak tuan-puan untuk memastikan kebaikan kepada Islam dan perkembangannya.

Sekali lagi saya titipkan sedikit panduan untuk dijadikan bahan renungan tuan-puan dalam menentukan pilihan tuan-puan. Di akhirnya, tangan tuan-puan yang akan memangkah.

1. Bila berlaku pertentangan antara sama-sama calon Muslim, carilah calon yang paling baik dan paling saleh. Kebaikan itu boleh dinilai dengan sifat-sifat lahirnya sama ada pemakan rasuah, mudah dibeli, skandal lelaki atau wanita dan sebagainya. Manakala pemikirannya boleh dinilai dengan melihat kecenderungannya kepada perkara-perkara salah seperti pluralisme, LGBT, isu kalimah Allah SWT.

2. Jika pertentangan calon Muslim dan Non Muslim, pilihlah calon Muslim untuk survival Melayu Islam.

3. Kalu sama-sama non Muslim, pandai-pandailah tuan-puan pilih calon yang kurang mudaratnya kepada umat Islam. Iaitu calon yang tidak secara terang-terangan menyokong pluralisme, LGBT, dan mempermain kalimah Allah SWT.

Saya berpandangan adalah HARAM menyokong orang-orang yang mendokong dan menyokong secara terang-terangan Pluralisme, LGBT dan mempermainkan kalimah Allah SWT. Wallahu a'lam.

Di akhirnya, saya menyeru diri saya, dan diri tuan-puan untuk kita sama-sama munajat pada bulan ini supaya kemenangan akhirnya diberikan kepada Islam, walau apapun keputusan pilihanraya ini nanti. Semoga semua yang menang tanpa mengira parti membuat pemesyuaratan terbaik dalam pembentukan kerajaan kelak.

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Salam, Mohon penjelasan lanjut tentang demi survival Melayu Islam kriteria ke-2 yg Dr jelaskan. Bagaimana jika calon Muslim mewakili parti yang setuju kalimah Allah digunakan dlm Bible terjemahan dan cenderung kpd pluralisme agama, manakala parti calon non muslim tidak sedemikian. TK

    ReplyDelete
  2. Salam kembali,
    Hati saya lebih meyakini calon muslim walaupun parti kelihatan cenderung pluralisme, kecualilah kalau calon itu secara terang-terangan menyokong atau mendokong pluralisme. Sekiranya dia secara nyata dokong pluralisme, maka rosaklah akidahnya. Pada kedudukan itu sama tarafnya dgn non Muslim td. Terpulanglah saudara memilihnya pada waktu itu.

    Kalau sesuatu parti itu mengisytihar sokong pluralisme, haram menyokong parti tersebut, walaupun calonnya Muslim. Wassalam.

    ReplyDelete