Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Thursday, 3 July 2014

Adakah ada istilah imsak dalam Syariat Islam?

Assalamualaikum semua,

Adakah ada istilah imsak dalam Syariat Islam?
Jawapan: Perkataan ini diambil daripada perbuatan Nabi SAW iaitu amalan Nabi daripada habis makan dan solat (masuk waktu dan solat) sebagaimana hadis di bawah:
وروى البخاري (٥٥٦) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - وزيد بن ثابت تسحراً، فلما فرغا من سحورهما قام نبي الله - صلى الله عليه وسلم - فصلى قلن...ا لأنس: كم كان بين فراغهما من سحورهما ودخولهما في الصلاة؟ قال: قدر ما يقرأ الرجل خمسين آية.

Daripada al-Bukhari daripada Anas bin Malik RA, sesungguhnya Nabi SAW dan Zayd bin Thabit bersahur, ketika mana mereka habis makan, bangun Nabi SAW bersolat. Kami bertanya kepada Anas: Berapa tempoh antara kedua-duanya selesai makan dan mendirikan solat. Berkata (Anas): bacaan seseorang lelaki sekadar 50 ayat.

Istidlalnya: Waktu wajib meninggalkan makan ialah sebelum azan sebagamana ayat Quran menyebut secara jelas mengenainya (khaitul abyad). Manakala sunnah 'imsak' (menahan makan) pada kadar waktu imsak berdasarkan dalil di atas.

Selamat beramal. Wallahu ta'ala a'lam.

12 comments:

  1. Soalan:
    Adakah Ustaz tersalah tafsir/faham hadis tersebut?


    DIbawah adalah pandangan yang lebih rajih mengenai 'imsak' dan tafsiran hadis tersebut.
    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Amalan%20Ramadhan/5a.htm

    ReplyDelete
  2. Sdr Bahathir,
    Apa salahnya istidlal tu? Boleh copy paste isu-isu utama di sini di mana salah faham tu. Manakala syarahan Hafizfirdaus, saya harap saudara izinkan saya tidak BERTAKLID dengan hafizfirdaus. Saya nak juga cuba-cuba menjadi mujtahid. Satu usaha yang baik dari soarang pilot yang rajin mengkaji pasal agama.Cuma, perlu tidak mengkhususkan bacaan kepada tokoh-tokoh tertentu sahaja. Wallahu ta'ala a'lam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ustaz.
    Eid Mubarak. Taqaballaahu minna wa minkum.

    1) Secara adil, adakah Ustaz telah baca dan mengkaji setiap dalil dan bukti dari lmana 'pilot' tersebut?

    2) Adakah kerana dia seorang 'pilot', kita tidak boleh menimba ilmu daripada nya?

    3) Isu imsak ini datangnya dari hadis sahih. Maka rujukan PAKAR HADIS manakah yang Ustaz rujuk? Kitab syarah manakah yang menjadi rujukan, kerana tiada rujukan diberi dalam artikel tersebut.

    4) Dalil rujukan dilaman 'pilot' itu lebih tinggi nilai hujjahnya.

    Maaf, saya adalah seorang pencari ilmu "tholabul ilmi". maka, maltalamat saya adalah mencari ilmu yang lebih rajih dan lebih beramanah dalam penyamapiannya.

    Maaf dan ampun kalau terkasar bahasa.

    Wallaahu A'lam.

    Semoga Allaah beri keampunan, hidayah dan taufik kepada kita semua.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam,

    Eid Mubarak utk Sdr juga.

    1. Artikel saya di atas tak mengulas artikel dia pun. Tidak adil untuk paksa saya baca artikel dia. Kalau ada poin yg betul-betul penting, nak minta Sdr pastekan di sini. Cuma jangan pastekan satu artikel. Pilih poin-poin yang kita boleh bincang.

    2. Saya tak maksudkan begitu. Saya sedang membaca banyak buku-buku muktabar, tak adil untuk paksa saya baca artikel dia. Cuma kalau ada poin dia yang penting, boleh pastekan di sini pon-poin penting. Kita bincang di sini.

    3. MasyaalLah, hadis tu jelas sangat. Tak perlu berfalsafahpun untuk faham hadis tu. Tempoh masa antara Nabi SAW berhenti makan sahur (bukan daripada azan) dan solat ialah sekadar bacaan 50 ayat.

    4. Takpe, kalau lebih tinggi rujukannya, hantarkan di sini, saya akan siarkan. Kita bincang. Hantar yang berbahasa Arabnya sekali.

    Wallahu a'lam. Terima kasih kerana terus berhubung dengan saya. Sebab tak ramai yang sanggup berbincang macam ni. Tahniah Sdr!

    ReplyDelete
  5. Soalan lagi.
    1) Saya telah google search matannya, dan tidak menemui secara tepat.
    Dari manakan Ustaz ambil matan hadis tersebut?

    2) Dibawah adalah terjemahan Inggeris yang saya jumpa, bersama matannya.

    حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ، قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ، حَدَّثَهُ أَنَّهُمْ، تَسَحَّرُوا مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قَامُوا إِلَى الصَّلاَةِ‏.‏ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ أَوْ سِتِّينَ ـ يَعْنِي آيَةً ـ ح‏.‏

    Sahih Bukhari, 575
    Narrated Anas:

    Zaid bin Thabit said, "We took the "Suhur" (the meal taken before dawn while fasting is observed) with the Prophet (ﷺ) and then stood up for the (morning) prayer." I asked him how long the interval between the two (Suhur and prayer) was. He replied, 'The interval between the two was just sufficient to recite fifty to Sixth 'Ayat."
    http://sunnah.com/bukhari/9/51

    Yang mana satu yang betul?

    ReplyDelete
  6. Bagus minat Bahathir terhadap hadis. Cuma tak cukup belajar hadis melalui google. Lagilah tak cukup degan bergoogle, sudah mengatakan 'saya berpegang dengan hadis yg sahih'. Juga tidak cukup dengan bergoogle, sudah kata para imam-imam sesat.

    Utk makluman Bahathir, kitab-kitab hadis banyak cetakan, jd nombor berubah-ubah. Kemudian, bila belajar hadis-hadis, ada riwayat yg pelbagai, dan kadang2 dgn lafaz yg pelbagai. Ada juga diriwayatkan dgn lafaz yg pelbagai.

    Manakala hadis diatas, sama sahaja maknanya, cuba disebut 'antara 50 ke 60' ayat. Cara penghujahannya sama sahaja, iaitu, ada tempoh NabiSAW berhenti makan, tunggu azan, dan kemudiaannya solat.

    ReplyDelete
  7. Cuma, Nabi SAW taklah sebut: 'Waktu imsak bg Madinah pukul 530 pagi'. Tak perlu tunggu Nabi SAW kata macam tu utk menggunakn sebagai dalil boleh menyatakan waktu imsak. Wallahu ta'ala a'lam.

    ReplyDelete
  8. 1) Macam ni Ustaz. Kalau Ustaz buka Al-Quran dan baca. Kemudian Ustaz download Al-Quran kepada komputer atau smartphone Ustaz, dan Ustaz baca. Sama atau tidak bacaan Ustaz?

    2) Kalau kita buka kitab Sahih Bukhari dan baca matan hadis. Kemudian kita google dan dapatkan salinan digital matan hadis tersebut, lalu kita baca. Adakah matan itu masih sama tidak berubah atau tidak?

    3) Ya, benar, kita kena merujuk kepada guru pakar hadiis. Ulama pakar hadis telah MENULIS syarah mereka ulasan mengenai hadis, seperti kitab Fathul Bari. Kalau saya baca syarah kitab tersebut dari salinan digital kitab tersebut yang saya download dari Internet, adakah ianya BERUBAH pengertiaanya atau penyampaiannya?

    3) Allaah telah mudahkan kita unttuk mencari KEBENARAN di akhir zaman. Alhamdulilillaah. Saya boleh dengar ceramah Ustaz di Internet, saya boleh kaji hadis di Internet, saya boleh dengar tafsir di Internet, saya boleh cross refrence ilmu pun di Internet,.... Ustaz pun buat perkara yang sama juga kan?

    5) Berbalik kepada hadis tadi. Terjemahan Inggerisnya..
    ...We took Suhur with Prophet Muhammad (saw), THEN we stood for the ....."
    Disini bermakna, para Sahahbah (ra) bersahur bersama Rasulullaah (saw), KEMUDIAN, BANGUN solat..."

    Ringkasan:
    SAHUR ---> BANGUN SOLAT

    a) Dengan kata lain, Mereka (ra) bersahur hingga menghampiri untuk bersolat.
    b) Perhatikan, tiada perkataan 'NIDAK/azan' dalam matan tersebut. Kalau telah masuk waktu, kenalah Azan dahulu. Benar? Azan --> Solat
    c) Maka, dengan kata lain, adakah ini bermakna, sahur boleh TERUS dilakukan melepasi Azan subuh, hingga hampir menunaikan solat subuh? Jadi soalan diatas persoalan tadi, dimana waktu imsaknya? Sahur---Azan--terus Sahur--> Solat

    Maka dari matan tersebut, pemahaman mana yang lebih rajih dan mendekati hadis sahih tersebut?

    \Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  9. Baik Bahathir, Ustaz cuba bantu dgn jawab satu persatu:

    1. Salah perbandingan Quran dengan hadis pada sudut ni. al-Quran merupakan kitab yang setiap ayatnya diriwayatkan oleh ramai sahabat. Langsung tidak ada perbezaan bacaan. Dulu ada 7 dialek, tapi Sayyidina Usman, hapuskan dialek lain ditakuti salah tafsir dikemudian hari, lantas bergaduh sebab Bahasa Arab makin lemah dikalangan org Islam. Jd, yang ada sekarang ialah mengikut dialek Quraisy disudut penulisannya.

    Manakala hadis, dua jenis utama iaitu hadis mutawatir, dan hadis ahad. Hadis mutawatir ialah hadis yg diriwayatkan lafaznya sama oleh puluhan sahabat. Jadi, yang ni pun taraf dia amat kuat. Ada pula, mutawatir secara maknanya, lafaznya tetap berbeza.

    Yg satu lagi khabar ahad, mungkin seorang ataupun sejumlah sahabat yang riwayat, tetapi tak capai had mutawatir. Kadang-kadang diriwayat dengan makna, bukan dengan lafaz sebiji yang Nabi SAW ucapkan.

    Jd, kadang-kadang, salinan semula tertinggal beberapa kalimah dan mengikut cetakan, dan ulama tak mengatakan cacatnya naskhah-naskhah tersebut. Berbeza dengan Quran, tak boleh baca Quran yang cacat. kena download yg sempurna.

    ReplyDelete
  10. untu soalan 2 dan 3, Tengok cetakan kitab. Cuma salinan digital, bahayanya, tiada siapa yang membuat pengesahan salinannya betul sebab kitab-kitab lama adalah dlm bentuk pdf, tetapi di salin semula. Banyak berlaku salinan semula tersilap dan tidak lengkap, atau mungkin ditukar sebab lebih mudah dipalsukan. Bila Ustaz tengok pelik syarahannya, Ustaz akan rujuk kitab asal.

    4. Sunnah Nabi SAW belajar adalah dengan cara berguru. Pada zaman Nabi SAW, walau Quran dah mula ditulis, Nabi SAW tidak menghantar lembaran Quran kepada kaun-kaum untuk baca sendiri-sendiri. Sebaliknya Nabi SAW menghantar guru-guru, hantar Muaz bin Jabal ke Yaman dan hantar sahabat-sahabat lain yang bertaraf ulama.

    ReplyDelete
  11. 5. The translation was correct but your explanation was wrong. The hadis clearly spelt out that there is interval between sahur and solat.

    Imam Ibn Hajar in his book Fath al-Bari mentioned that there were two azans, one by Bilal before fajr and another by Ibn Umm al-Maktum for fajr prayer. After Azan by Bilal, Rasulullah asked Anas to call for someone to have sahur with him (the prophet), then Anas called Zayd bin Thabit to accompany the prophet in his sahur, then Rasulullah SAW and Zaid had a sahur, and the duration between sahur or suhur and the second azan is between 50-60 verses.

    Saya tahu, ada pandangan lemah mengatakan Nabi makan sehingga azan berbunyi. Hadis ni ditolak oleh ulama sebab tarafnya lemah, dan berlawanan dengan al-Quran yang mengatakan makan-minum sebelum terbit fajar.

    Wallahu ta'ala a'lam. Sekali lagi Bahathir, tak cukup hanya berustazkan Mr Google untuk mempertaruhkan iman dan ketaqwaan kita. Sila cari guru.

    ReplyDelete