Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Saturday, 5 July 2014

FATWA BIN BAZ MENGHARUSKAN KENDURI ARWAH

Klik link di bawah:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=686871044713956&id=100001732002898

atau baca di bawah ini:


FATWA BIN BAZ MENGHARUSKAN KENDURI ARWAH, BERSELAWAT DAN BERISTIGHFAR UNTUK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

Assalamu alaikum warahmatullah,

Saya tertarik dengan Fatwa Shaykh Abdul Aziz bin Baz RH (Bekas Mufti Besar Saudi) yang MENGHARUSKAN KENDURI UNTUK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL. Saya berharap selepas ini kita tak bergaduh lagi pasal isu sekecil ini sehingga mengeluarkan tuduhan sesat, bi...d'ah dan takfir. Bersatulah kita, usah diperbesarkan benda-benda khilaf.

Apabila ditanya mengenai kenduri untuk ibu-bapa yang telah meninggal dunia عشاء الوالدين). Beliau berkata:
عشاء الوالدين

س: الأخ أ. م. ع. من الرياض يقول في سؤاله: نسمع كثيرا عن عشاء الوالدين أو أحدهما، وله طرق متعددة، فبعض الناس يعمل عشاء خاصة في رمضان ويدعو له بعض العمال والفقراء، وبعضهم يخرجه للذين يفطرون في المسجد، وبعضهم يذبح ذبيحة ويوزعها على بعض الفقراء وعلى بعض جيرانه، فإذا كان هذا العشاء جائزا فما هي الصفة المناسبة له؟
ج: الصدقة للوالدين أو غيرهما من الأقارب مشروعة؛ لقول «النبي صلى الله عليه وسلم: لما سأله سائل قائلا: هل بقي من بر أبوي شيء أبرهما به بعد موتهما؟ قال نعم الصلاة عليهما والاستغفار لهما وإنفاذ عهدهما من بعدهما وإكرام صديقهما وصلة الرحم التي لا توصل إلا بهما
ولقوله صلى الله عليه وسلم: «إن من أبر البر أن يصل الرجل أهل ود أبيه » «وقوله صلى الله عليه وسلم لما سأله سائل قائلا: إن أمي ماتت ولم توص أفلها أجر إن تصدقت عنها؟ قال النبي صلى الله عليه وسلم نعم » ولعموم قوله صلى الله عليه وسلم: «إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له (» .وهذه الصدقة لا مشاحة في تسميتها بعشاء الوالدين، أو صدقة الوالدين سواء كانت في رمضان أو غيرهما. وفق الله الجميع لما يرضيه.
الكتاب: مجموع فتاوى العلامة عبد العزيز بن باز رحمه الله، عبد العزيز بن عبد الله بن باز (المتوفى: 1420هـ)، أشرف على جمعه وطبعه: محمد بن سعد الشويعر

Saudara dari Riyadh bertanya: Kita banyak mendengar mengenai 'Asya' al-walidayn (makan malam iaitu kenduri) untuk kedua ibubapa atau kenduri untuk salah seorang daripada keduanya, dilakukan dengan pelbagai cara. Sesetengah orang menyediakan makan malam khusus pada bulan Ramadhan dan menjemput buruh-buruh dan orang-orang miskin; setengah orang menyediakan makanan berbuka di masjid; setengah orang menyembelih sembelihan dan membahagikannya kepada orang-orang miskin, dan kepada jiran-jirannya; jika sekiranya kenduri sebegini adalah harus (dibolehkan), apakah sifat sambutan-sambutan yang bersesuaian untuknya?

Jawab Shaykh: "Memberi sedekah untuk kedua ibu bapa atau kaum kerabat adalah suatu yang masyru' (ada dalam agama) berdasarkan kata Nabi SAW apabila ditanya oleh seseorang: "Adakah masih ada cara aku berbuat baik kepada mereka berdua selepas kematian mereka berdua?" Baginda bersabda: "Ya, Bersalawat untuk mereka, beristighfar untuk mereka, melaksanakan janji mereka, memuliakan sahabat mereka dan menyambungkan silaturrahim". Dan berdasarkan Sabda Nabi SAW: "Sesunguhnya daripada perkara yang paling baik ialah menghubungkan seseorang lelaki dengan orang yang bapanya sukai". Dan Sabda Nabi SAW menjawab soalan orang yang bertanya: "Sesungguhnya ibuku meninggal tetapi tidak mewasiatkan apa-apa, adakah untuknya pahala sekiranya aku bersedekah bagi pihaknya? Berkata Nabi SAW: Ya".

Dan berdasarkan maksud umum Sabda Nabi SAW: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya".

Sedekah sebegini (berpahala) walau apapun namanya samada dengan nama makan malam dua ibu bapa (kenduri malam), sedekah kedua ibubapa samada dalam bulan Ramadhan atau selainnya. Semoga Allah Taala memberi taufiq kepada semua kepada apa yang diredhai oleh-NYa. (Lihat Kitab Majmu' Fatawa oleh beliau).

Selamat beramal, wallahu ta'ala a'lam.

No comments:

Post a Comment