Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Saturday 2 August 2014

CARA FIKIR SALAH!


1. Tak boleh cium tangan mak bapa bila berjumpa mereka, sebab tak wajib cium pun. Kalu selalu cium, nanti ada yg beranggapan ianya wajib! Maka, anak ini pun tak cium dah tangan mak bapaknya. Takut sesat, masuk neraka.

2. Tak boleh baca yasin setiap Jumaat, nanti orang awam sangka ianya wajib. Maka, tinggalkan bacaan yasin. Takut sesat, masuk neraka.

3. Tak boleh menziarahi kubur secara sepakat hari dan waktu sesama adik-beradik (menjadualkan pergi bersama), nanti orang awam kata ianya wajib. Maka tak perlu ziarah kubur. Takut sesat dan masuk neraka.

4. Tak boleh buat qiamullail secara berjemaah dan berjadual, nanti orang awam kata wajib, jadi qiamullail lah sendiri-sendiri. Kalu tidak, pembuatnya jadi sesat dan masuk neraka.

Ni semua masalah SALAH CARA FIKIR. Kenapa disempitkan rahmat Allah SWT sebegitu sekali. Meletakkan perkataan haram dihujung lidah. Kalau orang awam salah faham, betulkan mereka tu, beritahu tak wajib. Bukan dengan meninggalkan amalan-amalan baik.

Kalu tak berjadual untuk sama-sama melakukan amalan menziarahi kubur mak ayah, macamana adik-beradik nak sepakat menziarahi bersama-sama. Dah ada yang berselfie, buang sajalah amalan berselfie, bukan dengan meninggalkan kebaikan menziarahi kubur.

Allahu al-musta'an.

4 comments:

  1. 1) Dalam syarak, wajibkah kita cium tangan? Kenapa nak campur aduk 'anggapan' orang dalam hukum agama?

    2) Bacaan yasinan berkala pada waktu tertentu. Kalau macam tu, mereka yang alim ulama dan cerdik pandai, bacalah surah-surah lain, agar orang awam lebih 'pandai' mengaji Al-Quran. Maka, kenapa alim ulama dan bijak pandai agama tidak mengajar rakyat awam sedekian bagi memahami Islam yang sebenar ?

    3) Adakah kawasan kubur dibuka pada hari-hari tertentu saja? Adakah Rasulullaah (saw) mengajak isteri-isteri dan anak-anaknya sekeluarga atau para Sahabah (ra) ziarah kubur pada hari-hari tertentu atau berkala, contoh pagi Jumaat atau epas solat sunat hari raya? Kalau tidak, kenapa tak pergi pada hari-hari lain? Kenapa nak pergi kubur kena bawa adik-beradik? Sorang-sorang tak leh pergi kah? Rasulullaah (saw) dah ajar cara ziarah, TANPA menetapkan waktu dan bilangan orang yang kena ikut serta.

    4) Dalam riwayat yang sahih, Rasulullaah (saw) lazim melakukan solat qiamullail, secara bersendiri, dan banyak dilakukan di rumah Baginda (saw).. Para Sahabah (saw) yang datang join berjamaah belakang secara sukarela, bukannya di RANCANG. Denga katalain, niat asal solat adalah secara bersendirian.

    N) Cium tangan adalah adat tempatan. Baca quran, ziarah kubur, qiamullail,... adalah sunnah yang telah JELAS CARA pelaksanaannya. Maka, tugas pendakwah, ustaz-ustaz, pak imam-imam belajar CARA Sunnah yang sebenar, dari sumber yang sahih, dan mengajarkanny kepada masyarakat awam.

    Hanya sekadar menyampaikan,
    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  2. Yang ni ustaz tak jawab, cuma ustaz nak tanya balik. Sesat ke buat macam tu? Mana dalil?

    ReplyDelete
  3. Adakah saya mengeluarkan hukum diatas?
    Berapa banyak tanda soal (?) diatas. Adakah soalan itu juga dianggap hukum?

    ReplyDelete
  4. Jadi, tiada dalil apa-apa untuk tuduh amalan tersebut sesat dan masuk neraka. Untuk persoalan-persoalan yang Bahathir utsarakan, sebenarnya Ustaz dah jawab dalam banyak artikel dlm blog ni. Sila rujuk adress berikut:

    1. Istilah sunnah dan mustahab http://drasmadinet.blogspot.com/2014/08/istilah-sunnah-dan-mustahab.html

    2. Agama Urusan ulama di http://drasmadinet.blogspot.com/2007/03/agama-urusan-ulama.html

    Semoga artikel tu membantu menjawab persoalan-persoalan Bahathir yang kelihatan keliru.

    ReplyDelete