Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Wednesday, 13 August 2014

KENAPA BUKAN PAS DIBERI KERUSI MB SELANGOR?

Saya membuat congakan sendiri. PKR dah diberi peluang memimpin Pakatan Rakyat di Selangor. Inilah juga baik hati PAS. Namun, timbul dua isu besar:

1) perebutan kuasa dalam PKR untuk menjadi MB,
2) timbul isu integriti MB daripada PKR sehingga dibuang oleh partinya.

Kalau begitu keadaannya, kenapa tidak diserahkan kepada PAS dan kenapa PKR tergesa-gesa memilih calon PKR juga walhal PAS layak juga kerana beberapa faktor:

1) PAS paling banyak kerusi dalam Pakatan Rakyat.
2) Pemimpin PAS Selangor sudah terlatih hasil menjadi exco untuk sekian lama.
3) Tuanku Sultan Selangor mungkin tiada masalah dengan calon-calon DUN PAS Selangor kecuali seorang dua yang keras dan kasar.

Rasanya DAP dan PKR patut bersetuju dengan saranan ini sekiranya mereka ikhlas dalam Pakatan Rakyat. PAS sudah memberi laluan kepada PKR. Kenapa tidak diberi laluan kepada PAS sekiranya mereka ikhlas? Pada saya MB bukan hak milik PKR di Selangor.

Friday, 8 August 2014

JAUHI SIFAT "GHULUW"

Di kalangan Sufi ada yang 'ghuluw'. Asalnya mahu kejernihan hati, tapi terperangkap dengan 'shatahat sufiyyah' (kegelinciran kaum sufi). Sebab itu kita melihat kepelikan zikir dan bertabarruk, walaupun hukum asal berzikir, bertabarruk dan bertawassul adalah harus. Begitu juga menghormati guru dan sheykh dianjurkan, namun terlanjur kelihatan seperti suatu kebenaran mutlak.
 
Kalau ada yang mengkritik mereka, mereka cepat membuat tuduhan bahawa pengkritik aliran Wahhabi, Salafi. Lantas sebahagian masyarakat akan turut menyesatkan mereka, yang menjadi mangsa, ahli tareqat yang ikhlas dalam perjalanan kejernihan hatinya. Walhal ulama yang dinegatifkan menolak sufi seperti Ibn Taymiyyah sebenarnya memuji Sufi yang hakiki.

Di kalangan yang mendakwa dirinya Salafi dan mahu mengikut ulama Salaf, sebenarnya bagus cita-cita itu. Tetapi malangnya terperangkap dengan banyak bergantung kepada pandangan Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim yang berada di kurun ke 7H, dan mereka bukan Salaf. Mereka yang 'ghuluw' menolak para ulama Salaf seperti Imam Abu. Hanifah (seorang tabiin dan ulama -ulama tabi'in lain mengiktirafnya), Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Mereka juga menolak kitab-kitab ulama yang tidak sealiran dengan pandangan Ibn Taymiyyah. Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, Albani sudah menjadi kebenaran mutlak. Bahkan kerana taksub dab 'ghuluw', mereka begitu cepat mengkafirkan dan mengatakan umat Islam masuk neraka. Bahkan di sesetengah negara, berlaku serangan pembunuhan atas hujah menghapuskan golongan musyrik. Atas sikap golongan ini, yang menjadi mangsa ialah orang-orang yang ikhlas mencari jalan Salaf dan masih boleh bertoleransi di atas perbezaan.

Ini adalah cabaran penyatuan ummat Sunni.

Allahu al-musta'an.

Saturday, 2 August 2014

ISTILAH 'SUNNAH' DAN 'MUSTAHAB'.

Ulama-ulama silam amat berhati-hati menggunakan dua istilah tersebut. Sesiapa yang mendalami perbahasan ulama, pasti akan berjumpa istilah-istilah ini. Jika sesuatu perbuatan Nabi SAW pernah buat atau suruh buat namun bukan suruhan Wajib, mereka mengatakan perkara ini adalah perkara sunnah dan berpahala jika melakukannya, namun tidak berdosa meninggalkannya.

Manakala jika perkara baik tetapi tiada nas yang menunjukkan Nabi SAW buat, dan tak bertentangan dengan kaedah Syarak dan masih dalam naungan nas Syarak, mereka mengatakan ianya 'mustahab' atau 'hasan' iaitu disukai (berpahala) dan baik dan dapat pahala.

Mengamalkan perkara Mustahab tersebut, tidak sekali-kali membinasakan sunnah, kerana pada kebiasaannya tiada nas daripada Sunnah yang mendetailkan perkara tersebut dan tiada pula larangan Syarak pada perkara tersebut.

Penggunanaan istilah 'sunat' dalam konteks masyarakat Melayu merangkumi dua istilah tersebut iaitu perkara sunnah, dan perkara mustahab yang bukan sunnah. Seorang tok guru mungkin berkata: Sunat buat perkara tu, cthnya ziarah kubur tak kira Hari Raya atau tidak. Mungkin di sini menimbulkan kekeliruan seolah-olah tok guru mengatakan apa yang Nabi SAW tak buat sebagai sunnah. Walhal mereka memaksudkan amalan-amalan yang berpahala.
 
 
Lantas mereka yang GOPOH berkata: "tok guru tu tak amanah dengan ilmu dan membuat hadis palsu!" Siapa yang gopoh, mereka cepat mengutuk ulama-ulama tersebut kerana mahu menjadi JUARA.

Allahu al-musta'an.

CARA FIKIR SALAH!


1. Tak boleh cium tangan mak bapa bila berjumpa mereka, sebab tak wajib cium pun. Kalu selalu cium, nanti ada yg beranggapan ianya wajib! Maka, anak ini pun tak cium dah tangan mak bapaknya. Takut sesat, masuk neraka.

2. Tak boleh baca yasin setiap Jumaat, nanti orang awam sangka ianya wajib. Maka, tinggalkan bacaan yasin. Takut sesat, masuk neraka.

3. Tak boleh menziarahi kubur secara sepakat hari dan waktu sesama adik-beradik (menjadualkan pergi bersama), nanti orang awam kata ianya wajib. Maka tak perlu ziarah kubur. Takut sesat dan masuk neraka.

4. Tak boleh buat qiamullail secara berjemaah dan berjadual, nanti orang awam kata wajib, jadi qiamullail lah sendiri-sendiri. Kalu tidak, pembuatnya jadi sesat dan masuk neraka.

Ni semua masalah SALAH CARA FIKIR. Kenapa disempitkan rahmat Allah SWT sebegitu sekali. Meletakkan perkataan haram dihujung lidah. Kalau orang awam salah faham, betulkan mereka tu, beritahu tak wajib. Bukan dengan meninggalkan amalan-amalan baik.

Kalu tak berjadual untuk sama-sama melakukan amalan menziarahi kubur mak ayah, macamana adik-beradik nak sepakat menziarahi bersama-sama. Dah ada yang berselfie, buang sajalah amalan berselfie, bukan dengan meninggalkan kebaikan menziarahi kubur.

Allahu al-musta'an.

Saturday, 12 July 2014

PANDANGAN SYAZ: TIADA JIHAD DI PALESTIN? SERAHLAH DIRI PADA ISRAEL!

Assalamu alaikum warahmatullah

Fatwa tiada jihad di Palestin terhadap Israel, bukan kali pertama dikeluarkan. Fatwa ini pernah dikeluarkan oleh Sykh Albani. Fatwa ini ditolak ulama seantero dunia.

Sekarang disambut oleh pengkagumnya pada setiap inci keputusan Albani. Bahkan membodohkan sesiapa masih mahu berjuang dan mempertahankan Palestin dan memboikot ISRAEL.. inilah kemuncak taqlid kepada seseorang (taklid buta kepada seseorang)...


Allahu al-Musta'an

Saturday, 5 July 2014

FATWA BIN BAZ MENGHARUSKAN KENDURI ARWAH

Klik link di bawah:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=686871044713956&id=100001732002898

atau baca di bawah ini:


FATWA BIN BAZ MENGHARUSKAN KENDURI ARWAH, BERSELAWAT DAN BERISTIGHFAR UNTUK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

Assalamu alaikum warahmatullah,

Saya tertarik dengan Fatwa Shaykh Abdul Aziz bin Baz RH (Bekas Mufti Besar Saudi) yang MENGHARUSKAN KENDURI UNTUK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL. Saya berharap selepas ini kita tak bergaduh lagi pasal isu sekecil ini sehingga mengeluarkan tuduhan sesat, bi...d'ah dan takfir. Bersatulah kita, usah diperbesarkan benda-benda khilaf.

Apabila ditanya mengenai kenduri untuk ibu-bapa yang telah meninggal dunia عشاء الوالدين). Beliau berkata:
عشاء الوالدين

س: الأخ أ. م. ع. من الرياض يقول في سؤاله: نسمع كثيرا عن عشاء الوالدين أو أحدهما، وله طرق متعددة، فبعض الناس يعمل عشاء خاصة في رمضان ويدعو له بعض العمال والفقراء، وبعضهم يخرجه للذين يفطرون في المسجد، وبعضهم يذبح ذبيحة ويوزعها على بعض الفقراء وعلى بعض جيرانه، فإذا كان هذا العشاء جائزا فما هي الصفة المناسبة له؟
ج: الصدقة للوالدين أو غيرهما من الأقارب مشروعة؛ لقول «النبي صلى الله عليه وسلم: لما سأله سائل قائلا: هل بقي من بر أبوي شيء أبرهما به بعد موتهما؟ قال نعم الصلاة عليهما والاستغفار لهما وإنفاذ عهدهما من بعدهما وإكرام صديقهما وصلة الرحم التي لا توصل إلا بهما
ولقوله صلى الله عليه وسلم: «إن من أبر البر أن يصل الرجل أهل ود أبيه » «وقوله صلى الله عليه وسلم لما سأله سائل قائلا: إن أمي ماتت ولم توص أفلها أجر إن تصدقت عنها؟ قال النبي صلى الله عليه وسلم نعم » ولعموم قوله صلى الله عليه وسلم: «إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له (» .وهذه الصدقة لا مشاحة في تسميتها بعشاء الوالدين، أو صدقة الوالدين سواء كانت في رمضان أو غيرهما. وفق الله الجميع لما يرضيه.
الكتاب: مجموع فتاوى العلامة عبد العزيز بن باز رحمه الله، عبد العزيز بن عبد الله بن باز (المتوفى: 1420هـ)، أشرف على جمعه وطبعه: محمد بن سعد الشويعر

Saudara dari Riyadh bertanya: Kita banyak mendengar mengenai 'Asya' al-walidayn (makan malam iaitu kenduri) untuk kedua ibubapa atau kenduri untuk salah seorang daripada keduanya, dilakukan dengan pelbagai cara. Sesetengah orang menyediakan makan malam khusus pada bulan Ramadhan dan menjemput buruh-buruh dan orang-orang miskin; setengah orang menyediakan makanan berbuka di masjid; setengah orang menyembelih sembelihan dan membahagikannya kepada orang-orang miskin, dan kepada jiran-jirannya; jika sekiranya kenduri sebegini adalah harus (dibolehkan), apakah sifat sambutan-sambutan yang bersesuaian untuknya?

Jawab Shaykh: "Memberi sedekah untuk kedua ibu bapa atau kaum kerabat adalah suatu yang masyru' (ada dalam agama) berdasarkan kata Nabi SAW apabila ditanya oleh seseorang: "Adakah masih ada cara aku berbuat baik kepada mereka berdua selepas kematian mereka berdua?" Baginda bersabda: "Ya, Bersalawat untuk mereka, beristighfar untuk mereka, melaksanakan janji mereka, memuliakan sahabat mereka dan menyambungkan silaturrahim". Dan berdasarkan Sabda Nabi SAW: "Sesunguhnya daripada perkara yang paling baik ialah menghubungkan seseorang lelaki dengan orang yang bapanya sukai". Dan Sabda Nabi SAW menjawab soalan orang yang bertanya: "Sesungguhnya ibuku meninggal tetapi tidak mewasiatkan apa-apa, adakah untuknya pahala sekiranya aku bersedekah bagi pihaknya? Berkata Nabi SAW: Ya".

Dan berdasarkan maksud umum Sabda Nabi SAW: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya".

Sedekah sebegini (berpahala) walau apapun namanya samada dengan nama makan malam dua ibu bapa (kenduri malam), sedekah kedua ibubapa samada dalam bulan Ramadhan atau selainnya. Semoga Allah Taala memberi taufiq kepada semua kepada apa yang diredhai oleh-NYa. (Lihat Kitab Majmu' Fatawa oleh beliau).

Selamat beramal, wallahu ta'ala a'lam.

Thursday, 3 July 2014

Wanita hamil dan mengandung kena QADA dan BAYAR FIDYAH?

Assalamu alaikum warahmatullah, 

Ulama-ulama hadis yg alim dan warak meriwayatkan secara jujur Pandangan Ibn Abbas RA bahawa wanita hamil dan mengandung boleh berbuka puasa sekiranya mereka takut kebinasaan pada anak-anak meraka, namun mereka kena QADA dan BAYAR FIDYAH.

Berkata ulama hadith, al-Sykh al-Allamah Abi al-tayyib Muhammad Syamsul Haq al-Azim Abadi RH dalam kitabnya Aun Al-Ma'bud ketika ...mensyarahkn Sunan Abi Daud 4/405:


قال الخطابي مذهب بن عَبَّاسٍ فِي هَذَا أَنَّ الرُّخْصَةَ مُثْبَتَةٌ لِلْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ إِذَا خَافَتَا عَلَى أَوْلَادِهِمَا وَقَدْ نُسِخَتْ فِي الشَّيْخِ الْكَبِيرِ الَّذِي يُطِيقُ الصَّوْمَ فَلَيْسَ لَهُ أَنْ يُفْطِرَ وَيَفْدِيَ إِلَّا أَنَّ الْحَامِلَ وَالْمُرْضِعَ وَإِنْ كَانَتِ الرُّخْصَةُ قَائِمَةً لَهُمَا فَإِنَّهُ يَلْزَمُهُمَا الْقَضَاءُ مَعَ الْإِطْعَامِ وَإِنَّمَا لَزِمَهُمَا الْإِطْعَامُ مَعَ الْقَضَاءِ لِأَنَّهُمَا يُفْطِرَانِ مِنْ 
أَجْلِ غَيْرِهِمَا شَفَقَةً عَلَى الْوَلَدِ وَإِبْقَاءً عَلَيْهِ


Berkata al-Khattabi:"Mazhab Ibn Abbas pada masalah ini (Tafsiran ayat surah al-Baqarah: وعلى الذين  يطيقونه): Sesungguhnya rukhsah (kelonggaran tidak berpuasa) adalah thabit pada perempuan mengandung dan menyusukan anak, jika mereka takut (memudaratkan) ke atas anak-anak mereka. Maka dinasakhkan kelonggaran ini untuk orang tua yang berupaya, maka mereka (orang tua) tidak perlu untuk mereka berbuka dan membayar fidyah (tiada kelonggaran). 


Manakala bagi perempuan hamil dan perempuan menyusukan anak, rukhsah (kelonggaran) masih kekal untuk kedua-duanya, justeru diwajibkan kedua-duanya qada puasa beserta bayar fidyah. Maka sesungguhnya dilazimkan ke atas kedua-dua mereka fidyah beserta qada kerana mereka berbuka kerana orang lain (bukan kerana diri sendiri) kerana kasihan kepada anak dan mengekalkan kesejahteraan mereka".

Manakala pandangan Imam Abu Hanifah dan sahabatnya: mereka qada tanpa perlu membayar fidyah.

Selamat beramal, wallahu a'lam.

Adakah ada istilah imsak dalam Syariat Islam?

Assalamualaikum semua,

Adakah ada istilah imsak dalam Syariat Islam?
Jawapan: Perkataan ini diambil daripada perbuatan Nabi SAW iaitu amalan Nabi daripada habis makan dan solat (masuk waktu dan solat) sebagaimana hadis di bawah:
وروى البخاري (٥٥٦) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - وزيد بن ثابت تسحراً، فلما فرغا من سحورهما قام نبي الله - صلى الله عليه وسلم - فصلى قلن...ا لأنس: كم كان بين فراغهما من سحورهما ودخولهما في الصلاة؟ قال: قدر ما يقرأ الرجل خمسين آية.

Daripada al-Bukhari daripada Anas bin Malik RA, sesungguhnya Nabi SAW dan Zayd bin Thabit bersahur, ketika mana mereka habis makan, bangun Nabi SAW bersolat. Kami bertanya kepada Anas: Berapa tempoh antara kedua-duanya selesai makan dan mendirikan solat. Berkata (Anas): bacaan seseorang lelaki sekadar 50 ayat.

Istidlalnya: Waktu wajib meninggalkan makan ialah sebelum azan sebagamana ayat Quran menyebut secara jelas mengenainya (khaitul abyad). Manakala sunnah 'imsak' (menahan makan) pada kadar waktu imsak berdasarkan dalil di atas.

Selamat beramal. Wallahu ta'ala a'lam.

Saturday, 29 March 2014

MESIR BERGOLAK LAGI?

Para pembaca budiman,

Bila membaca berita Mesir, semua hati umat Islam yang mempunyai jiwa perjuangan Islam pasti tersentuh. Sudah ditakdirkan mereka diuji daripada zaman berzaman termasuk pada zaman al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna Rahimahullah sehinggalah pengikut mereka pada hari ini. Kita terkejut dengan beberapa pegangan ulama dan Negara Islam mengenai isu ini:


1. Sebahagian ulama terkenal Mesir berterusan menyokong Jen Sisi walaupun terbukti ia telah melakukan pembunuhan terhadap umat Islam.

2. Kerajaan Arab Saudi juga menyokong Jeneral Sisi. Dimanakah ulama-ulama Saudi menasihati dan membantah pegangan Negara mereka terhadap 'stance' pemimpin mereka?

3. Parti Salafi Mesir juga menyokong Jen. Sisi dan dimanakah pembelajaran mereka mengenai Islam? Adakah kerana Ikhwan Muslimin bukan Salafi, maka boleh diperlakukan apa sahaja dan mereka diam terhadap kezaliman ini?

Pada keadaan tersebut, sebahagian umat Islam menggelarkan mereka sebagai ulama Su' (ulama jahat) kerana bersekongkol dengan pemerintah melakukan perkara zalim ini.

Sebahagian orang kita pula, hanya menyalahkan ulama Mesir, tetapi MENUTUP MATA kepada ketidakupayaan ulama Saudi yang TAKUT menasihati raja mereka, dan grup Salafi Mesir yang GAGAL membela sahabat mereka di Mesir. Kalau benar ulama Mesir dipalitkan gelaran ulama Su' (ulama Jahat), ulama Saudi juga dan Salafi Mesir juga boleh diklasifikasikan sedemikian kerana gagal menasihati pimpinan mereka.

Semoga kita semua adil dalam membela sahabat-sahabat se Islam kita. Wallahu t'ala a'lam. Allah al-Musta'an.


Abu al-'Izz

Wednesday, 26 March 2014

KEMUNCAK KEZALIMAN MODEN

Para pembaca budiman,

Rupanya masih berlaku kezaliman pada zaman moden ini apabila 529 anggota Ikhwan Muslimin dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Jika benar gambar di bawah, maka mereka telah berjaya mendapat Syahid dalam memburu cinta Allah SWT. Mahkamah Mesir akan menentukan nasib lebih 600 orang yang lain di akhir April ini. Semoga seluruh dunia bangun membantah 'kemuncak kezaliman moden' ini.


Namun, gambar-gambar di bawah BUKAN merupakan gambar hukuman gantung tersebut kerana mereka baru ditentukan hukuman, tetapi belum dilaksanakan hukuman tersebut. Gambar ini sebenarnya berlaku di tempat lain.