Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Friday 22 August 2014

ISU BERKABUNG

Assalamu alaikum warahmatullah,

Banyak berlegar tuduhan syirik, sesat dan masuk neraka pada isu ini. Berikut adalah respon saya:

Kalau mengikut pandangan mereka yg mentafsirkan bahawa apa-apa yang Nabi SAW tidak buat, sesat dan masuk neraka, maka 'Berkabung Negara' akan termasuk dalam perkara yang bid'ah yang sesat dan masuk neraka.

Kalau kita mentafsirkannya berdasarkan bagaimana ulama-ulama Ahlussunnah yang melihat sesuatu itu berdasarkan 5 hukum, dan hukum kias, mereka berpegang bahawa sesuatu yang Nabi SAW buat boleh diklasifikasikan perkara yang wajib dan mustahab dan harus.

Dalam ertikata, ada yang kita mesti ikut Nabi, iaitu perkara wajib, kalau tak buat tak sah sesuatu itu. Pada kedudukan tersebut, haram meninggalkan perbuatan tersebut jika dilakukan dengan sengaja pada perkara-perkara wajib tersebut.

Manakala perkara mustahab atau sunat ialah perbuatan yang berpahala kalau diikut, tapi tak berdosa kalau tidak lakukan. Kalu melakukan secara bertentangan, termasuk 'mukhalafah al-sunnah', maka hukumnya makruh.

Manakala perkara harus, tiada dalil menyuruh, dan tiada juga dalil pula melarang dan mengharamkannya. Sebab tiadanya dalil bukan melambangkan haram sesuatu perkara itu. Untuk haramkan perlu kepada dalil.

Jadi, bila berkabung sudah menjadi 'adat' yang diterima bagi semua negara, maka perlaksanaannya itu yang perlu diperhatikan dengan asas-asas berikut:
1. Tidak mengamalkan amalan agama lain.
2. Tidak berupa tasyabbuh kepada amalan agama lain.

Oleh itu;
I. amalan bendera separuh tiang adalah harus sebab bukan amalan agama. Tetapi adat semasa sesuatu negara menunjukkan kesedihan.
Ii. Manakala tafakur di dalam Islam dibenarkan untuk mengingati kebesaran Allah dan pengajaran sesuatu peristiwa. Tapi tafakur yang dianjurkan, saya syorkan gantikan dengan bacaan al-fatihah dan sedekahkan kpd si mati.
Iii. Pakai baju gelap, dalam kes isteri kematian suami, digalakkan pakai baju gelap. Dalam konteks negara kita, pakai hitam bukan budaya kita berkabung, tetapi budaya majlis berkabung raja-raja Melayu yang sudah diterima.

Apapun maksud umum berkabung, makruh memanjangkan tempoh berkabung. Sebab itu, sunnahnya ucapan takziah sekitar 3 hari selepas kematian, kecuali kalau seseorang bermusafir. Jadi, meletakkan sehari sahaja hari berkabung sudah memadai memandangkan peristiwa ini sudah lama berlaku.

Wallahu ta'ala a'lam.
 
Abu al-Izz

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum Dr Asmadi. Mohon pencerahan doktor tentang kenaikan harga minyak dan bajet 2015 dari perspektif Islam. Terima kasih - Abu Imran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, saya di Kota Mekah. Tak dgr bajet tu.

      Delete
    2. Semoga Allah mengurniakan Haji yang mabrur kepada Dr Asmadi berserta keluarga dan selamat pulang ke tanah air Malaysia nanti. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin. - Abu Imran

      Delete
  2. ASWJ di Malaysia mesti memakai berhujah atas landasan dilalah qatie dan zanni utk menentukan hukum suatu perkara. ini sahaja boleh mematikan hujahnya orang yg berotak pandir dan asyik dengan kerangka sahih tak sahih...terutama Wahabi Mujassimah.

    Ittifaq seluruh para ulama bahawa qawaid usul utk menentukn hukum agama berasaskan dilalah nas BUKANNYA HADIS SAHIH SEMATA-MATA !!!!

    A. dilalah qatiyyah = mesti sabit dgn quran dan hadis mutawatir mencakupi hukum muktamad dalam usul akidah, usul ibadah dan usul akhlak. tidak akan berubah dgn berubahnya zaman dan tidak boleh diragui
    B. dilalah zanniyah = sabit dgn quran (mujmal) dan hadis ahad, bisa berubah dan boleh berselisih para ulama ...tambah satu lagi WAJIB BERLAPANG DADA JIKA TIDAK KT PUN KENA BERTEGAS.


    1. Perkara baru (bid'ah hasanah) yg sabit dgn dilalah zanniyah boleh buat dan boleh tinggalkan (HARUS krn ada dalil zanni) asalkan sahaja tidak bercanggah dan tidak menggugat hukum Islam yg sabit dgn dilalah qatiyyah. contohnya tahlilan, berkabung, mawlid, ziarah kubur dan banyak lagi bid'ah hasanah yg bdiri atas hujah yg zanni, muwafaqah secara maknawi dgn dalil quran dan paling mustahak TIDAK BERCANGGAH DENGAN HUKUM QATIE DALAM AKIDAH, FIQH DAN TASAWWUF.

    2. pkara bidah yg membawa kufur spt yg dlakukan oleh mujassimah. menggunakan ayat mutasyabihat (Allah atas arasy) (SEMUA BTARAF DALIL ZANNI & TIDAK MUTAWATIR QATIYYAH DILALAHNYA) utk dijadikan pkara iktikad keimanan. ini bcanggah dgn akidah ASWJ, krn akidah ASWJ hanya menerima dalil qatie dilalah dan thubutnya dalam pkara iktikad...sbb itu semua ulama terdahulu berani menafikan Ibn Taymiyyah.

    3. pkara bidah yg dbuat oleh mujassimah wahabi kerana bersikap bodoh, bebal, buta tentang keluasan amalan islam dalam ruang zanniyah. inilah bida'ah yg sejelas-jelasnya dilakukan mujassimah wahabi.


    ASYAIRAH-MATURIDI boleh hidup aman, begitu juga mazhab fiqhiyyah HANAFI-MALIKI-SYAFII-HANBALI dlm kerangka ASWJ kerana memahami dasar-dasar qatiah & zanniah hukum Islam dalam akidah, fiqh dan tasawwuf.

    KERANGKA QATIE DAN ZANNI perlu digunakan utk mmpertahan ASWJ & mengkritik produk pemikiran. Kerangka ini dijahilkan oleh otak pandir terutama wahabi mujassimah krn sifir mereka adalah berasaskan sahih tak sahih yg hanya valid dalam utk bidang hadis.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete