Saya juga pernah berdepan soalan-soalan sebegini. Terlalu banyak pemikiran-pemikiran yang cuba mengolah dan mempakejkan semula Islam dalam bentuk baru, sehingga mencerca keluarga Nabi Muhammad SAW. Semoga umat ini dilindungi dari fitnah-fitnah sebegini. Selamat membaca artikel di bawah. Untuk membaca terus dari Utusan Malaysia, sila klik terus pada tajuk di atas.
KEDUDUKAN AYAHANDA, BONDA NABI SAW
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.
Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.
Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.
Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.
Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.
Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.
Masyarakat Arab jahiliah
Zaman Jahiliah yang meliputi era kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.
Manusia pada zaman tersebut melakukan amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah menyeleweng sekian lama.
Diriwayatkan bahawa pegangan asal masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s. Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat asing.
Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah: "Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah 'Amru ibnu 'Amir al Khuza'i memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk Nabi SAW. Maka 'Amru ibnu 'Amir telah mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat."
Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.
Ahli fatrah
Setelah sekian lama amalan penyembahan berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat keuzuran daripada sebarang petaklifan.
Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.
Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra': 15)
Agama dan kepercayaan
Dalam keadaan masyarakat yang begitu tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada acuan asalnya.
Demikian juga tidak sunyi pada zaman tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali sebagai agama hanif.
Ajaran ini tidaklah tersebar luar sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.
Ada banyak fakta sejarah yang diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.
Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah Adnan, Ma'ad, Rabi'ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.
Daripada perbahasan di atas secara ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.
Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menyentuh tentang perbahasan akidah ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.
Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa mereka adalah golongan yang beriman.
Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail), orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)
Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.
Ibnu Jarir berkata: "Allah telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala".
Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam tafsirnya, Sufyan ibn 'Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?
Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)
Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu'ara': 219)
Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas RA berkata: "Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai seorang nabi".
Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil pernikahan seumpama Islam".
Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada Ummu Sama'ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata: "Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliah".
Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas bagi kita.
Marilah kita mengambil sikap yang lebih selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang dilaporkan berkata: "Aku berfatwa sesungguhnya yang layak (dii'tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak melakukan amalan menyembah berhala".
Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma'ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan, ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.
Semoga kita sentiasa digolongkan di kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW dengan sebaik-baiknya.
Assalamu'alaikum
ReplyDeleteTerima kasih kerana Dr menulis artikel sebegini, namun sya sdikit kecewa kerana Dr tdak menyatakan sumber dan status Hadith yg Dr Sertakan
Saya pernah terdengar ada ustz membaca Hadith Sahih(sya x ingt matan hadithnya,tpi yg pastinya Sahih)yg mengatakan bahawa ada seorg lelaki berjumpa dgn nabi SAW dan menanyakan kepada nabi SAW tgtang kedudukan ayahnya yg mati di zman jahiliyyah, Baginda SAW menyatakadi neraka,lelaki itu sedih dan pergi.kemudian Bginda SAW memangil smula lelaki itu dan menyatakan bahawa ayah Baginda SAW dan ayah lelaki itu kedua2 dalam neraka.
minta Dr ulas Hadith ini.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam,
ReplyDeleteSdr Khairul,
Ini bukan artikel saya, ini artikel Yayasan Sofa yang saya naqalkan dari Utusan Malaysia.
Saya periksa balik artikel di atas, dan hanya ada satu hadis yg tak dinyatakan rujukan, manakala penerangan al-Tabari kita sedia maklum kitab tafsir besarnya.
Mengenai hadis yg sdr berikan, sdr juga tak nyatakan rujukannya, susah pula saya nak rujuk terus, tapi nanti saya cuba cari.
Mengenai penafian keturunan Nabi Muhammad SAW 'bukan penyembah berhala' BUKAN BERMAKSUD MEREKA 'MAKSUM'. Mereka juga tak terlepas dari azab neraka seblum dimasukkan dalam syurga.
Kemudian, dalil yang sdr nyatakan tidak menyebut bapa nabi syirik, jadi kenapa mahu disyarahkan melebihi sepatutnya.
Sbg contoh, Rasulullah SAW ditanya mengenai seorg perempuan yg solat malam, tapi menyakiti jirannya, lantas nabi SAW bersabda: Dia adalah ahli neraka!
Justeru, adakah perempuan itu jatuh 'kufur'? Kekal dineraka selama-lamanya? atau dimasukkan ke neraka sebelum dimasukkan ke syurga kerana dosanya lebih banyak dari pahalanya, atau dosanya memakan pahalanya?
Dlm kontek bapa nabi SAW, melalui dalil-dalil lain menjurus kepada mereka bukan musyrik. Terserah kalau sdr mahu berpegang mereka adalah musyrik.
Sesungguhnya, saya berlepas tangan dari pegangan yg mensyirikkan bapa dan bonda Nabi SAW.
Wallahu a'lam.
Saya bersetuju dengan jawapan Dr. itu. Jangan kita terlalu mudah untuk 'mengkufurkan' ayah bonda Rasulullah s.a.w. Kalau orang lain mengkufurkan ibu bapa kita pun kita akan terasa. Apatah lagi ianya Rasulullah, kekasih Allah.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum
ReplyDeleteSaya amat berharap Dr baca artikel tengtang kedudukan ayahanda dan bonda Nabi SAW di link yang saya sertakan ini dan amat berharap Dr bagi komen atau pendapat.
http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2010/03/keimanan-ibu-bapa-rasulullah-saw.html
Wa'alaikumussalam,
ReplyDeleteInsya allah, sy akan semak artikel tu.
Sdr Khairul,
ReplyDeleteSy sempat menyemak blog tu.
1. Awal-awal lg penulis kata ia adalah fahaman Syiah (sebelum bg hujah). Ini sememangnya uslub (cara) aliran ini berhujah. Terus dihukum pandgn bertentangan sbg syiah, sesat & sbgnya.
Ini tak benar. Ulama ahlussunnah pun ramai yg berpegang pd pandangan ibubapa Nabi SAW selamat. Sdr buka kitab Tuhfat al-murid Syarh Jauharat al-Tauhid karangan Imam al-Bajuri (ms29, cetakn 1983, dar al-kutub al-ilmiyah atau ms 45-47, tahqiq Abd al-Karim al-Rifa'i). al-Bajuri juga pengarang kitab Fiqh Shafie Hasyiah al-Bajuri.
2. Kata-kata imam al-Nawawi sememangnya begitu dlm kitab sharahnya yg saya rujuk berkaitan hadis 'In abi wa abaka fi al-nar'. Cuma Imam al-Nawawi tak detailkan siapa yg dimaksudkn 'abi' tu.
Jwpan ulama yg menolak kpd hujah ini ialah:
i. hadis-hadis tersebut ialah khabar ahad, manakala ayat quran (Syu'ara: 219) bertaraf qat'i.
ii. Mengenai lafaz: 'Inna Abi wa abaka fi al-nar', dlm kitab al-Sirah al-Halabiyah mengatakan para rawi tak sepakat mengenai kalimah tersebut, sebaliknya ayatnya ialah: Apabila dia bertanya: Di mana bapamu? Nabi SAW bersabda: Ketika mana aku melalui kubur kafir, aku memberikan 'khabar gembira' dia di neraka'. Penulis itu mengatakan naqal ini lebih kuat.
iii. Yg dimaksudkan dengan bapa, ialah Abu Talib (kerana memeliharanya), bukannya Abdullah.
3. Mengenai perbahasan ulama mengenai hadis Ibubapa Nabi SAW dihidupkan, sememangnya perawi-perawi hadis ada yg mengatakan ianya majhul, munkar jiddan, bahkan maudu'. Sebab itu ulama lain menolak hujah Imam Sayuti yg gunakan hadith ini. Cuma al-Qurtubu melontarkan persoalan: Sesungguhnya Allah SWT menghidupkan segolongan org mati di tangan Rasulullah SAW, bila thabit kisah ini, apa pula yg boleh menghalang imannya keduanya selepas menghidupkannya? (Ta'liq Sheikh Abdul Karim al-Rifai dlm kitab al-Tuhfat, ms47).
Atas dasar itulah (tiadanya dalil qat'i utk mensyirik), dan hujah-hujah Yayasan Sofa tersebut, fatwa Mufti Mesir menunjukkan tidak sedikit ulama Ahlussunnah yg berpegang ibubapa Nabi SAW BUKAN MUSYRIK.
Wallahu a'lam.
Salam, ust saya juga pernah telusuri perbahasan bahawa 'abu' dlm bahasa arab boleh bermaksud 'ayah dan bapa saudara'. Firman Allah S.W.T:
ReplyDeleteوَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ آَزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آَلِهَةً إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Maksud: dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya Aku melihatmu dan kaummu Dalam kesesatan Yang nyata". (al-An’am 74)
Dalam tafsir al-Tabari, ada perbahasan ttg nama Azar tersebut, ada kata bapa Nabi Ibrahim ada dua nama, lg satu Tarikh. Menurut Sheikh Mutawalli Sya'rawi:
وهنا نفهم أن أبوة إسماعيل ليعقوب إنما هي أبوة عمومة؛ لأن يعقوب بن إسحاق ، وإسحاق أخو إسماعيل . إذن فقد أطلق الأب وأريد به العم ، ويدلنا الرسول صلى الله عليه وسلم على ذلك حينما أُخِذَ عمه العباس أسيراً فقال : ردوا عليّ أبي؛ وأراد عمّه العباس .
Sheikh mutawalli bawakan ayat ini: Firman Allah S.W.T:
أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Maksud: (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana Yang kamu katakan itu Wahai orang-orang Yahudi)! kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah Yang kamu akan sembah sesudah Aku mati?" mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, Iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja Kami berserah diri (dengan penuh iman)". (al-Baqarah 133)
Ayat di atas menunjukkan, aba' tersebut merangkumi bapa saudara,kerana Nabi Ismail adalah bapa saudara bagi nabi Ya'kub. Menurut al-Tabari:
والعرب لا تمتنع من أن تجعل الأعمام بمعنى الآباء، والأخوال بمعنى الأمهات
(tafsir al-Tabari bagi ayat di atas)
Kalau tak silap, ada pendapat (wAllahua’lam), sebelum datangnya nabi,umat sebelumnya dianggap ahl fatrah,yakni yg terlepas dari azab kerana belum tiba utusan Allah. Kalaupun ada perbezaan pndapat, saya juga LEBIH memilih keturunan Nabi tidak diazab. Dan saya bukanlah SYIAH.
Klu diazab pun hanyalah bapa saudara (dll) seperti Abu Talib (azab diringankan dgn capal neraka) dan Abu Lahab (azab diringankan setiap hari Isnin kerana ia gembira dgn kelahiran nabi pada hari Isnin ,sehingga bebaskan hambanya yakni thuwaibah; sohih Bukhari syarah 'Umdatul Qari)
WAllahua’lam
Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.
ReplyDeleteBeliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.
Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.
Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'
NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html
Banyak lagi maklumat seumpama ini boleh diperolehi dari blog Fakeh Khalifah