Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Sunday 6 June 2010

BERI LESEN UNTUK HALAL JUDI 'PENDEK AKAL'.

Cukuplah dengan pelbagai gejala sosial yang dilakukan secara 'halal' atau secara 'haram'. Menghalalkan perkara haram menggunakan hujah akal dan 'cukai' akan mengundang bala dan bencana kepada masyarakat. Selepas ini mungkin pelacuran juga dibenarkan atas alasan rugi kutipan cukai sebab ia dilakukan secara haram! Semoga umat Islam dan masyarakat bukan Islam akan terlindung dari bencana judi yang merosakkan institusi keluarga dan masyarakat. Sila klik pada tajuk untuk membaca terus dari Harakahdaily 6 Jun 2010, atau baca di bawah. Selamat membaca.


Beri lesen untuk halal judi ‘pendek akal’


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti 'judi haram' adalah golongan `pendek akal’. Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk ‘menghalalkan’ judi dengan mengeluarkan lesen judi.

Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya.

“Orang pendek akal melakukan demikian,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azami Abdul Hamid dan wakil sebahagian daripada 21 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan itu.

Mereka turut menyebarkan risalah mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Nahar menegaskan bahawa perkara yang buruk dan haram seperti judi tidak boleh diatasi dengan cara memberi lesen. Katanya lagi, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia akan menyebabkan rakyat terus terperangkap dengan ketagihan judi.

Menurutnya, kajian menunjukkan mereka yang terperangkap dengan kes along kerana terlibat dengan perjudian.

Berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Abim, Rahimi Abdul Rahman pula melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana bantahan rakyat terhadap judi sukan itu tidak disambut oleh media arus perdana.

Sehubungan itu, beliau berharap media arus perdana turut memainkan peranan untuk membantah kelulusan lesen judi itu bagi menyedarkan masyarakat.

Tuesday 1 June 2010

Obama..oh..Obama... Palestin Berdarah Lagi

Terasa untuk berkongsi kesedihan dan kemarahan yang meluap terhadap peristiwa yang berlaku di perairan Gaza.

Bila Obama dipilih menjadi Presiden US, ramai menaruh harapan kononnya Palestin akan lebih terbela... Itulah harapan demi harapan apabila berlakunya pertukaran pemimpin di USA.  Ramailah penganalisis politik membuat pelbagai ramalan. Inilah harapan palsu.....

Yang pasti Palestin tetap ditindas. Sekiranya masyarakat antarabangsa yang menyertai 'rombongan kemanusia GAZA yang tidak bersenjata' boleh dibunuh sedemikian rupa, apalagi kiranya anak-anak bumi Palestion sendiri.....

Semoga Allah SWT memberikan 'syahadah' kepada mereka yang terkorban dalam rombongan tersebut. Semoga Palestin dan Masjidil Aqsa terbebas jua akhirnya nanti....yang pastinya, Palestin bebas bukan di tangan Obama..tetapi di tangan pemuda-pemudi Islam sendiri...Semoga darah sukarelawan menjadi baja kepada pembebasan Palestin...Insya Allah..wa fathun qariiib...

Abu al-'Izz