Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Friday 19 January 2018

Pahala kepada sesiapa baca surah Yasin pada malam Jumaat..

Sempat membelek kitab al-Hafiz Abi Bakar Muhammad Syarafuddin al-Dimyati (wafat 705) yg bertajuk: "al-matjar al-Rabih fi thawab al-amal al-salih" (Pintu Perniagaan yg menguntungkan pada Pahala Amal Soleh) yg diterbitan oleh Maktabah Al-Asadi, Makkah.

Menurut al-Hafiz al-Dimyati: Ketahuilah aku menyebut dalam kitab ini semua amalan yg dinyatakan oleh Nabi SAW sebagai berpahala, namun bukan jenis-jenis hadis-hadis yang Nabi SAW melakukan atau memerintahkan buat.

 ثواب من قرأ يس ليلة الجمعة

٤٣٨- خرج الإصبهاني بإسناده عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قرأ سورة يس في ليلة الجمعة غفر له.

Bermaksud: Al-isbahani mentakhrihkan hadis dengan sanadnya daripada Abi Hurairah Radiallahu taala anhu, bersabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, diampunkannya".

Taraf hadis jika al-Hafiz  al-Dimyati meriwatkan dengan menyebut 'perawi meriwayatkannya dengan sanadnya', hadis bertaraf daif sebagaimana kata Pentahqiq: Prof Dr Abdul Malik Duhaisy.

Saya katakan: "Ulama Nusantara menyusun amalan sebegini daripada dalil ini. Dan sesuatu yg diterima dlm ilmu hadis... boleh beramal dengan hadis daif yg ringan." Apatah lagi setiap huruf ayat Quran itu berpahala.

Selamat beramal.

Allahu al-musta'an.

Fb di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1579491685451883&id=100001732002898