Pembaca yang dirahmati Allah Taala,
Termasuk hari ini, kita telah berada di hari ke 18 Ramadhan. Sesekali sayu rasa hati merenung 'kemampuan beribadah' dan kualitinya yang ada pada diri berbanding para Salafussoleh Sesekali merenung bahawa wacana ilmiah kadang-kadang menjadikan kita hanya orang yang keras hati. Lebih-lebih lagi bila terpaksa bertegang pendapat mengenai pelbagai isu khususnya 'Ahlussunnah vs wahhabi'.
Namun apakan daya, keadaan memaksa saya juga turut terjun dalam wacana yang tidak pernah selesai ini. Dalam berdepan dengan wacana ini, saya sebenarnya mempunyai ramai sahabat-sahabat yang berkecenderungan dengan pemikiran wahhabi tersebut. Namun, saya perlu memperjelaskan isu ini tanpa saya menyerang peribadi-peribadi tersebut. Walaupun saya akui, saya kadang-kadang diserang secara peribadi dalam blog-blog tertentu.
Berkesempatan bulan yang penuh barakah ini, dalam kita berdepan dengan wacana yang memakan masa ini, marilah sama-sama kita menggunakan baki bulan Ramadhan ini untuk lebih melebatkan ibadat kita kepada Allah SWT, samada saudara-saudari bersetuju dengan hujah dan pandangan saya, atau tidak bersetuju.
Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang paling hebat di dalam hidup kita. Semoga Allah SWT merezekikan kita untuk terus melalui Ramadhan -Ramadhan mendatang.
Wallahu a'lam. Kullu 'am wa antum bi khayr.
Abu al-'Izz
No comments:
Post a Comment