Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Tuesday 16 November 2010

Salam Eidul Adha

Selamat melakukan ibadah korban kepada seluruh pembaca yang budiman. Sudah agak lama saya tidak poskan artikel-artikel terbaharu. Insya Allah, doakan semoga Allah SWT memberikan kelapangan untuk saya terus menulis.

Abu al-'Izz

11 comments:

  1. Assalamu'alaikum ustaz,

    dijemput ke forum Http://ad-deen.proboards.com

    Jazakallah ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum ustaz,

    mohon ulas penulisan hafiz firdaus ini. Beliau menyebarkannya kepada orang awam .

    http://hafizfirdaus.com/content/view/405/78/

    Orang Awam Yang Perlu Kepastian.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam,

    Saya masih gagal buka halaman tersebut. Lebih senang kalu sekiranya copy dan hantar melalui emel saya.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum ustaz,

    mohon ustaz ulas tulisan dr asri nih..sy org awam makin hari makin pening...thanks..ni url dia..

    http://drmaza.com/home/?p=1297
    Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam,

    Sdr Zul,

    Masyarakat mengaitkan Tahun Baru dengan hijrah adalah kerana tahun Islam dimulakan dgn tahun Hijrah Nabi SAW ke madinah. Jadi bersempena tahun baru Hijrah, inilah peluang mengingatkan kembali dgn Hijrah (bukan bermaksud Hijrah itu dlm bulan Muharram). Bagus juga MAZA membetulkan sedikit silap faham siapa yg menganggap Muharram adalah bulan Hijrah.

    Namun, tidak boleh pula menganggap sesiapa yg mengaitkan tahun baru Hijrah dengan Hijrah sebagai tersilap sambut, sebab kita sambut utk mengingati bermulanya tahun dlm Islam dikira selepas Hijrah Nabi SAW.

    Manakala utk bulan Muharram, adanya beberapa peristiwa besar dalam sejarah Nabi-nabi terdahulu dan umat islam digalakkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. Sdr Ananymous,

    Isu yg dibawa oleh Hafiz Firdaus sebenarnya soal menyapu di khuf. Perkara ini diperkatakan secara jelas dlm bab-bab bersuci.

    Sdr Hafiz Firdaus menggunakan pentafsiran 'khuf' kepada kasut zaman sekarang. Ulama-ulama Mazhab Imam Shafie dan ulama-ulama lain memberi syarat 'tidak selonggar' syarat yg diberi oleh Hafiz Firdaus.

    Menurut kebanyakan ulama, khuf disyaratkan 'boleh di bawa berjalan' dan menutupi sehingga ke buku lali. Maka stokin dan kasut yg terlondeh adalah tidak memadai. Namun kasut boot dan 'kasut tentera' adalah memenuhi syarat sapuan di atas khuf. Caranya pakai kasut tersebut ketika berwuduk. Bila wuduk terbatal, baru bermula kiraan waktu iaitu sehari utk orang bermukim dan 3 hari utk org bermusafir. Bila berwuduk, sapukan di atas kasut tersebut (bukan basuh) dgn syarat tidak ada najis di atas kasut tersebut. Di maafkan bg najis di tapak kasut yg dibawa berjalan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum ustaz

    Terima Kasih...atas respon.maaf kerana bertanyakan hal remeh temeh, kerana semenjak dua menjak ini, saya pon sbg org awam rasa x senang nak bertaklid..ada sahaja org yang bangkitkan isu2 khilaf,,mcm2, kdg2 mcm kita luntur keyakinan dan makin keliru dgn konsep mazhab..maklumlah.org mcm saya nih tak reti baca bahasa arab..

    Ya Allah tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dijalan agamamu..amin..

    tq ustad

    ReplyDelete
  8. Us Asmadi Mohamed Naim13 December 2010 at 14:12

    Sdr Zul,

    Bagi orang awam, kena bertaqlid. Tingkatkan ilmu sedikit-sedikit supaya bertaqlid dgn dalil. Insya Allah, mazhab-mazhab yg 4 yg ada adalah pandangan yg muktabar. Tidak ada kesesatan pd mereka. Ikutilah, insya Allah anda selamat. Mazhab mereka diperaku zaman berzaman.

    Elakkan bertukar-tukar mazhab, ditakuti memilih-milih berdasarkan hawa nafsu.

    Namun, bg mazhab yg pelbagai yg baru muncul sekarang, tiada jaminan ianya selamat.

    Wallahu a'lam,

    Abu al-'Izz

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum Dr,

    Maafkan saya kerana bertanya lagi, apa sebenarnya yang berlaku? dalam wacana pluralisme agama?

    http://www.malaysiakini.com/news/150923

    benarkah seperti yang didakwa? saya keliru kerana hanya dapat maklumat separuh masak dari kedua2 belah pihak..

    mohon dr merungkaikan kekeliruan ini..atau dr ada videonya yang booleh dikongsi?

    wassalam..

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam,

    Sdr Zul,

    Melihat komen Juanda dalam Malaysiakini, kami sebenarnya pernah terkena dengan 'tidak cermat' dan 'gopoh'nya. Seminar di UM hari tu pun, dia membuat ulasan berdasrkan ulasan seseorang yg 'gopoh' di akhbar, tanpa buat usul periksa.

    Betullah Dr Yusri dan Ustaz Uthman bukan sealiran dengannya, sepatutnya dia support pembenterasan 'aliran pluralism agama'.

    Secara khusus, saya tak boleh bg komen pd pembentangan Us Uthman dan Dr Yusri sbb saya tak hadir. Cuma, secara realitinya pendokong pluralisme agama ada dalam semua parti politik khususnya UMNO dan PKR, dan di dlm PAS mungkin ada memandngkn ramai juga golongan profesional yg tidak ada latarbelakang agama yg kukuh. Kalu tidak, masakan ada org sanggup turut sama 'bakar lilin' kerana kematian seseorang.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum Dr,

    Oleh kerana saya tidak ada guru, maka saya terpaksa bertanya lagi kepada dr melalui saluran ini. Semalam saya ada ke masjid, dan mendengar tazkirah maghrib, dan penceramah bercerita berkenaan cerita2 nabi2 dahulu yg buleh di ambil pengajaran..tetapi dr, saya bimbang ada unsur israilyat didalam kisah2 tersebut, saya sendiri tidak pasti, antara kandungan cerita2 yg saya "agak" keliru ialah:

    1) nabi Adam dan Hawa makan buah khuldi, Adam makan sebiji sampai dileher, dan jibril datang tepuk dari belakang, sebab tu la ada biji khalkum. Hawa makan 2 biji, sampai dada..

    2) setelah dimurkai, maka terlucut la segala pakaian, adam sempat ambil 3 helai daun tutup, manakala hawa pula 5 helai daun.

    3) Adam diturunkan di india manakala hawa di jeddah..samapi 200 tahun baru bersua kembali.

    4) kisah nabi daud dan 99 org isterinya..

    5) bubur asyura diambil iktibar dari nabi nuh yang kekurangan bekalan makanan..

    bolehkah saya jika bercerita kepada kanak2 atau kawan2 yang lain dengan apa yang saya dengar? atau perlukah saya sebagai org awam menyiasat dahulu segala cerita2 sebelum menyampaikan kepada org lain?

    terima kasih

    ReplyDelete