Keharusan Revolusi Tanah Arab???
Alhamdulillah, tiada revolusi berdarah yang dahsyat di Mesir.
Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak, Mufti Saudi mengkritik dan mengharamkan revolusi di Mesir. Demikian juga, al-Azhar juga mengkritik revolusi tersebut. Sesetengah pihak mungkin menyalahkan Mufti Mesir, Shaykh Ali Jumaah atau ulama-ulama lain yang berpandangan sedemikian atas alasan mereka mendokong Hosni Mubarak. Adakah benar mereka 'mendokong' Hosni Mubarak? Atau mereka melihat suasana yang tidak pasti sekiranya rejim itu jatuh, ditakuti suasana menjadi lebih buruk.
Sesetengah orang beriya mengkritik Shaykh Ali Jumaah sehingga terkeluar dari adab ilmu dan melihat kebiadapan dirinya, tapi 'senyap-sunyi' dari mengulas pandangan Mufti Saudi sebab ada kepentingan yang tidak membolehkan mereka mengkritik pandangan Mufti Arab Saudi ini.
Sememangnya, ulama-ulama ini memberi pandangan dalam skop yang mereka mampu memberi pandangan. Dalam ertikata yang lain, 'diam' mereka bukan bererti mereka bersetuju. Mereka cuba bergerak dalam situasi yang membenarkan mereka bergerak. Orang-orang politik pula yang akan meneruskan peranan secara lebih khusus.
Secara peribadi, saya dapat merasai penderitaan penduduk Mesir dan semoga revolusi tersebut berjaya menjadikan hidup mereka lebih baik di dunia mahupun akhirat.
Wallahu a'lam.
انتقاد لموقف مفتي السعودية من مصر
(Kritikan terhadap pandangan Mufti Saudi Terhadap Mesir)
ياسر باعامر-جدة


salam ustaz,
ReplyDeletesaya setuju dengan ustaz. malahan orang tersebut mempertikaikan kelayakan Syeikh Goma utk menjadi mufti mesir. Ini yg saya nak tergelak, dia ingat ketika dia jadi mufti dulu, dia yang paling layak? malahan ada Harun Din lagi utk menjadi mufti ketika itu. Itulah manusia bila mengkritk tetapi memilih. Hanya utk kepentinga diri bukan keikhlasan ingin menegur. Lagi satu ustaz, layakkah dia nak memimpin bahtera perubahan? self appointment...