Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Monday, 25 April 2011

Isu video, tuduhan zina dan isu poco-poco

Rimas dibuatnya membaca pelbagai isu-isu yang menyesakkan dada di dada akhbar pada awal tahun ini. Pada mulanya saya bersemangat melihat semangat revolusi Timur Tengah dan bagaimana perubahan berlaku di sana. Saya masih mengharapkan 'sinar bahagia' di Timur Tengah. Pada masa yang sama, timbul kerisauan revolusi itu menjadi 'perang saudara' yang tidak kesudahan. Ditakuti juga berlaku apa yang dikatakan oleh pepatah menjemput penyamun atau perompak untuk menghalau pencuri. Pencuri berjaya dihalau, perompak atau penyamun yang untung!

Pada masa yang sama, berita dalam negara seperti 'video porno' sehinggalah perbahasan samada ia boleh dijadikan bukti untuk jenayah zina memenuhi dada-dada akhbar. Ditambah lagi pula isu 'poco-poco', yang turut mewarnai akhbar-akhbar kita sekitar sebulan dua ini.

Video Porno

Mengenai video porno, saya sempat berbisik kepada rakan-rakan, dalam Islam jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan EMPAT saksi. Tak tahulah kalau ada yang mahu menggunakan pandangan 'syaz' yang mahu membenarkan bukti fizikal sebagaimana jenayah yang lain. Walaupun begitu, ramai ulama pasti bersetuju menggunakan bukti-bukti fizikal (tanpa 4 saksi) untuk jenayah rogol.

Berbalik kepada video porno, untuk lebih selamat, kalau mahu didakwa orang yang terlibat dengan video itu, jangan didakwa atas kesalahan melakukan zina, sebaliknya dakwalah atas perbuatan terlibat dengan 'hubungan lucah secara tidak sah'. Sekaligus, kita boleh mengelak dari persoalan hukum qazf, rentetan tidak mempunyai empat saksi.

Poco-poco

Ada yang berpandangan 'asal hukum tarian adalah harus', maka hukumnya harus kecuali sekiranya ada unsur-unsur yang diharamkan. Maka, hukum tarian poco-poco harus sebab tak pasti ada unsur-unsur Kristian atau penyembahan atau pendewaan di dalamnya.

Benarkah, asal hukum tarian itu harus? Sepatutnya kita perlu melihat apakah secara umumnya tujuan tarian itu dilakukan? Rasanya semua memahami bahawa 'tarian' adalah satu alat yang dibawa oleh barat untuk berhibur dan memenuhi tuntutan dan runtunan nafsu, memenuhi tuntutan gejala hendonisme? Tarian dicipta bukan untuk ditarikan secara 'berjubah' dan secara untuk mendekati Allah! Sebaliknya, tarian dilakukan ke arah untuk berhibur dan jauh dari Allah SWT beserta dengan pemakaian yang mengairahkan.

Kecuali bagi minoriti golongan Sufi yang beramal dengan kaedah ini! Itupun dihukum 'bid'ah bagi ramai orang.

Malangnya, ada ustaz-ustaz memberikan pandangan yang terkeluar dari realiti. maka difatwakan diharuskan 'poco-poco' sekiranya tidak ada unsur yang bertentangan dengan Syariat. Ini adalah FATWA YANG TERKELUAR DARI REALITI! Kita menunggu kelak, dilaksanakan tarian dalam keadaan 'tanpa muzik yang melalaikan', menutup aurat, tidak bercampur lelaki dan wanita', wanita tidak mengolek-golekkan badan di depan lelaki! Apakah perkara ini mampu dilakukan dalam tarian di dalam masyarakat kita pada hari ini? Hakikatnya mereka telah memberikan fatwa HARUS tarian tanpa berpegang kepada realiti bahawa tarian aktiviti penuh dengan kemungkaran!

Wallahu Taala a'lam.

Abu al-Izz.

8 comments:

  1. salam PM,

    saya mahu bertanya kepada ustaz, pandangan yang "syaz" itu siapa? pastinya ulama-ulama silam mustahil berijtihad bahawa dibolehkan cctv atau dna dijadikan bahan bukti kerana zaman itu tiada teknologi sebegini...

    untuk jenayah rogol, bukankah akan menjadi bahan ketawa orang bukan Islam jika cctv dan dna dengan jelas menunjukkan seseorang itu dirogol dan ulama-ulama zaman sekarang ckp kena cari 4 saksi, kena rogol perempuan dan 4 saksi nampak baru boleh dakwa, dan 4 saksi ni pulak ada syaratnya lagi...dimanakah letaknya keadilan? menurut pemahaman saya sebagai org awam(tolong betulkan saya), jika gagal membawa 4 saksi, namun berjaya buktikan melalui cctv dan dna, ulil amri berhak membuat hukuman ta'zir kepada si tertuduh..

    bukankah perintah mendapatkan 4 saksi, dan 4 saksi tersebut mesti nampak jelas itu boleh ditakwilkan iaitu dengan bermaksudkan keadilan?(sama seperti perintah al-quran menyuruh kita mempersiapkan kuda-kuda perang sbg persiapan ke medan peperangan?) kerana ini adalah jenayah rogol, bukan zina yang lebih kepada peribadi.

    Mohon Penjelasan terhadapa jenayah ROGOL, bukan ZINA..

    Tq

    ReplyDelete
  2. Asmadi Mohamed Naim27 April 2011 at 18:58

    Salam kembali Zul,

    Mengenai jenayah rogol, saya antara yg bersetuju 'bukti fizikal' perlu digunakan dan penjenayah boleh ditakzirkan oleh pemerintah. Bahkan, hukuman takzir boleh sampai ke tahap hukum bunuh mengikut pandangan Mazhab Maliki.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. salam,

    Alhamdulillah, saya lega dengan pandangan ustaz....
    nampaknya mmg betullah org agama tak elok berpolitik, kerana mereka akan mengeluarkan pandangan yang mengelirukan...

    ReplyDelete
  4. Salam kembali Zul,

    Kita kena berpolitik, tapi tidak semestinya politik kepartian.

    Dlm persoalan video porno. kita dalam dua persimpangan. Kalaulah 'seseorang terlibat dgn adengan dlm video itu, timbul dua persoalan, pertama, bolehkah didakwa atas kesalahan zina? Kedua, bolehkan digunakan utk menolak kredibiliti seorang itu?

    Pd pandangan sy utk isu pertama tadi, Video tu tak boleh dikaitkan dgn zina, sebab tidak mempunyai saksi yg cukup. Tapi boleh didakwa atas kesalahan bukan 'hudud' seperti terlibat dgn perbuatan lucah tanpa hubungan yg sah.Ini juga dpt mengelakkkan dari terkena hukuman 'qazf' bagi pihak yg mendakwa.

    Namun, utk isu kedua, kita tak mahukan seseorg yg terlibat dengan aksi tersebut menjadi pemimpin kita. Sekiranya sesuatu video itu tulen pelakunya, Video itu cukup utk menidakkan kredibiliti seseorang itu.

    Kalau video itu palsu, samada ketulenan mahupun pelakunya, maka IA adalah satu fitnah yang BESAR! Tungguhlah azab Allah terhadap penuduhnya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum ustaz, maaf terpaksa bertanya di sini. Harap ustaz terima permohonan maaf saya. Sekarang nih dah ada pelaburan emas menggunakan sistem/konsep ar rahnu. Adakah pelaburan sebegini dibenarkan dalam Islam ?

    ReplyDelete
  6. Us Asmadi Mohamed Naim5 May 2011 at 19:09

    Waalaikumussalam,

    Caranye, beli emas dr syarikat yg menawarkan secara tunai. Kemudian gadaikan di kedai al-Rahn. Duit gadaian, beli emas lagi. Lepas tu. Gadai lagi. Duit gadai, beli emas lagi. Kenaikan harga emas mgkin tinggi dari upah simpan.

    Ada syubhat dlm transaksi tersebut.
    1. Gadaian dlm kedai al-rahn, masih merupakan produk kontroversi. Mgkin dibenarkan utk yg terdesak bg mengelak pergi ke gadaian konvensional.
    2. Sebenarnya, sdr menambah hutang utk melabur.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum uztaz
    Boleh dikatakan kurang dari 10% web yang ada dapat mengulas kes-kes yang ada sekarang didalam negara secara berhemah dan bijak..seperi tidak terdorong oleh kepentingna parti dan kumpulan.Yang banyak saya baca adalah yang menolak sama sekali hujah pilihan keatas suatu hukuan keatas suatu sabitan tanpa tolak ansur..Nampak mereka ini seperti pakaryang mempraktis undang-undang di mahkamah syariah berpuluh-puluh tahun...no compromy no choice...Saya berfikir bagaimana keadaan jika mangsa atau yang terlibat itu adalah darah daging mereka sendiri...tentu hujah keras mereka akan berubah.wassalam

    ReplyDelete
  8. Us Asmadi Mohamed Naim27 May 2011 at 12:44

    Waalaikumussalam Azam,

    Benar Azam apa yg saudara fikirkan. Sebagai cth, kalu kita menolak bulat-bulat penghujahan bukti fizikal, maksiat juga akan bermaharaja lela sebab jenayah sebgai contoh 'sumbang mahram', sukar dibuktikan dgn 4 saksi. Demikian juga jenayah rogol yang lain.

    Manakala, kalu kita menerima bukti fizikal pula, persoalan hudud memerlukan lebih 'persoalan berhati-hati' atau 'ihtiyat'. Sebab ada kaedah yg diperaku oleh fuqaha', iaitu tinggalkan 'hudud' bila adanya unsur syubhah.

    Jadi, kita perlu mengambil kira perkara ini secara serentak.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete