Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Tuesday 15 November 2011

MAJALAH Q&A MULA DITERBITKAN

Alhamdulillah, Galeri Ilmu mengorak langkah baru menerbitkan satu majalah baru dan segar untuk masyarakat umum. Insya Allah, saya turut menyumbang sebagai salah seorang kolumnis dalam majalah tersebut. Semoga medium dakwah di Malaysia lebih banyak dan dapat menghuraikan ilmu Islam secara tepat, Insya Allah. Pada saya, majalah-majalah begini bukan bertujuan untuk bersaing tetapi memberi ruang kepelbagaian kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Saya juga telah dijemput untuk memberi pandangan mengenai sistem pemasaran mereka yang dipegang oleh anak syarikat mereka iaitu Iqramall.com. Sebagai makluman awal, banyak yang kami perbincangkan khususnya isu MLM yang mengandungi gharar dan mendapat hasil tanpa usaha. Kita cuba merangka meminimumkan unsur MLM di dalam sistem pemasaran tersebut. Sekiranya ada, kita cuba pastikan ianya tidak mengandungi unsur MLM yang terlarang. Tujuan kita ialah memberi 'win-win' kepada syarikat dan para pembaca. Sistem ini tidak memerlukan pembaca atau ahli membayar wang pendaftaran dan tidak ada janji-janji kosong perlindingan takaful atau kharat kematian sebab sebarang janji wajib ditunaikan.

Daripada perbincangan, kami memutuskan bahawa kami sebagai penasihat Syariah pemasaran tersebut yang akan dilantik secara rasmi, tidak akan berada di dalam kerangka perniagaan Iqramall dan Galeri Ilmu. Ini untuk memastikan kami bebas memberikan pandangan kami sekiranya ada kesalahan yang berlaku kelak. Insya Allah, integriti , etika dan ketelusan penasihatan Syariah kita akan jaga dalam menjaga sistem pemasaran ini kelak.

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Salam,
    melalui pengamatan saya, memang ramai yang ingin tahu berkenaan Islam, dan kita boleh nampak di page fb ustaz2 berlambak dengan soalan2..dan pastinya ustaz2 tersebut tidak mampu melayan..

    soalnya, bagaimana mahu buat satu kaedah dimana, setiap soalan akan dilayan oleh orang yang ahli dalam bidang agama kita ini...

    jika ada kaedah sebegitu, dimana setiap soalan PASTI dijawab, alangkah mudahnya...

    mmm.. dr ada idea?

    ReplyDelete
  2. Us Asmadi Mohamed Naim19 November 2011 at 22:45

    Salam kembali,

    Insya Allah satu forum khusus dalam pembikinan dengan berkat kesungguhan pejuang-pejuang ASWJ. Kita harapkan kemunculannya. Ramai yang akan terlibat.

    ReplyDelete