Kitab al-Farq baina al-Firaq
Siri 3: Manakala musyabbihah sifat Allah dengan sifat makhluk terbahagi kepada beberapa golongan:
Antara mereka ialah: Yang mentasbihkan (menyerupakan) iradah Allah SWT (kehendak Allah) dengan kehendak makhluknya. Maka inilah pandangan Mu’tazilah Basrah yang mendakwa Allah Taala berkehendak dengan maksudnya melalui kehendak yang hadithah (baru). Mereka juga mendakwa kehendak Alah adalah sebangsa dengan kehendak kita (manusia). Kemudian mereka bertentang pula dengan dakwaan mereka sendiri dan berkata: Harus terjadi nya iradah Allah, tidak terikat dengan masa, manakala tidak boleh terjadinya iradah kita (manusia) kecuali pada tempat. Jadi di sini mereka bertentangan dengan dakwaan mereka sebelum ini iaitu: Sesungguhnya iradahNya adalah sebangsa dengan iradah kita (manusia), kerana dua perkara sekiranya bersamaan dan bangsa yang sama, maka harus apa-apa bagi pihaknya, maka harus pula ke atas yang satu lagi. Dan apa yang mustahil ke atas suatu pihak, mustahil juga ke atas pihak yang lain.
Al-Karamiah telah menambah bid’ah mu’tazilah Basrah pada mentasybihkan Iradah Allah dengan iradah hamba-hamba-Nya, dan mendakwa iradahNya adalah dari jenis iradah kita (manusia), dan sesungguhnya (iradah Allah) hadithah (baru) pada ZatNya, sebagaimana baru iradah kita pada diri kita. Justeru mereka mendakwa rentetan pada itu: Sesungguhnya Allah Taala adalah tempat untuk perkara-perkara baru! Maha tinggi Allah dari yang demikian itu dengan ketinggian yang maha agung!
Antara mereka (yang termasuk dalam musyabihah ini): mereka yang mestashbihkan kalam Allah dengan kalam makhluk-Nya. Mereka mendakwa sesungguhnya Allah Taala bersuara, berhuruf, dari jenis suara dan huruf yang disandarkan kepada hamba-hambanya. Merekan berpegang akan barunya kalam-Nya. Kebanyakan (jumhur mereka) memustahilkan (kecuali al-Jubba`i) kekal kalam allah Taala. Berkata al-Nizzam (dari golongan mereka): Tiadalah pada susunan kalam Allah yang Maha Suci sebarang I’jaz.
Al-Karamiah serupa dengan Mu’tazilah pada dakwaan mereka baharu kalam Allah Azza wajalla, namun dengan membezakan antara ‘qaul’ dan ‘kalam’ pada dakwaan mereka. Sesungguhnya ‘qaul’ (kata-kata) Allah Yang Maha Suci adalah dari jenis suara-suara hambanya, dan huruf-hurufnya.
Abu al-'Izz
harap ustaz boleh bahaskan berkenaan ayat-ayat yadd (anggota)kerana mereka sering kali katakan bahawa ayat mutasyabihat perlu dilalukan sahaja tanpa takwil, soalnya adakah semua ayat mutasyabihat tambahan pula yg yadd yg seolah2 dinisbatkan kepada Allah itu adalah sifat Allah?
ReplyDeleteharap ustaz dapat bahaskan.
Jawapan yg agak lengkap dlm artikel saya ini:
ReplyDeleteCopy likn ini
http://drasmadinet.blogspot.com/2010/01/wacana-religio-inteletual-pro-kontra.html
salam ustaz,
ReplyDeletepertama, saya nampak bahawa definisi tawfidh seolah2 berbeza oleh golongan wahabi. tawfidh mereka tak sama dengan tawfidh yg difahami kita.
kedua, berkenaan dengan ayat yadd, ada juga rakan saya yang kata bahawa maha 'mendengar' , 'melihat' juga adalah sifat manusia kerna manusia juga melihat dan mendengar, mengapa tak boleh pula sifatkan dengan yadd, asalkan iktikad bahawa itu bukan seperti makhluk..
ketiga, bagaimana mahu tetapkan bahawa sesuatu ayat itu adalah ayat sifat atau tidak?
keempat, ada atau tidak golongan salaf yang menakwil ayat2 sifat?
saya sudah baca dan dengar wacana ustaz itu, namun keempat2 persoalan yang saya nyatakan ini saya masih lagi mencari hujah yg solid.
harap ustaz boleh membantu..
wallahualam..
Salam kembali,
ReplyDelete1. Ya, mereka mendakwa mereka juga tafwidh. Sesetengah mereka menetapkan Allah bertangan tetapi tak serupa dengan makhluk. Cuma, mana dalilnya pegangan sebegini dari kata-kata sahabat. Jika tiada dalil, tidak kuat untuk dipegang. Yang thabit ialah para sahabat 'melalukan' maknanya tanpa membahaskannya.
2. Ulama Ahlussunnah tak meletakkan pun 'yadd', 'ain, dalam pengajian Nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya. Cuba buka sifat 20, tiadapun 'yadd' atau 'ain' termasuk dlm perbahasan sifat. Ini menunjukkan ada perbezaan antara 'sifat yang sebenar' dengan 'anggota'. Ulama Ahlusunnah tidak mentakwilkan 'sifat-sifat sebenar' iaitu sama', basar, kalam. Demikian juga ulama ASWJ tidak mentakwilkan nama-nama Allah.
Mereka hanya mentakwil 'sifat-sifat anggota' seperti yadd, 'ain, atau perbuatan-perbuatan anggota seperti turun, naik supaya sifat-sifat anggota ini atau perbuatan-perbuatan ini berdasarkan sifat sebenar Allah SWT 'mukhalafatuhu lil hawadith' (bersalahan dengan yang baharu). Makhluk adalah beranggota, maka menisbahkan Allah SWT beranggota, adalah menyamakan Allah dengan makhluk dari sudut berketul-ketul.
Contohnya: perkataan istiwa' bagi manusia adalah 'bersila'. Perkataan istiwa' bagi kapal Nabi Nuh AS "istawat 'ala Judi' bererti berlabuh di atas bukit Judi. Maka, istawa' bagi Allah SWT, kita serahkan maknanya pada Allah SWT, tak perlu ditafsirkan dengan maksud makhluk. Jawapan ini sekaligus menjawab soalan ke 3.
Manakala soalan 4, Imam Baihaqi menyebut beberapa riwayat bagaimana Ibn Mas'ud mentakwilkan 'yadd' dan dhahak (senyum) Allah. Az-Zahabi tak menolak riwayatnya, sebaliknya mengatakan kalau sahih riwayatnya maka para sahabat ada 2 qaul pada mentafsirkan ayat anggota. Dalam Tafsir al-Salaf iaitu Tafsir al-Tabari, meriwayatkan 2 tafsiran bg yaddullah fauqa aidihim, antaranya 'kuasa Allah di atas kuasa-kuasa mereka'.