Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Wednesday 3 April 2013

BOLEHKAH UNDI NON MUSLIM YANG ADA MOU DENGAN ORANG ISLAM?

Para pembaca budiman,

Ada persoalan yang dilontarkan, bolehkan mengundi non-muslim yang ada MOU dengan orang Islam. Pada pandangan saya, lihat situasi berikut:

Situasi 1: Lihat MOU mereka, sekiranya hanya MOU untuk ke Putrajaya, MOU itu tidak kuat dan bukan alasan untuk mengharuskan boleh memilih bukan Islam sebagai wakil kita. Jadi, sekiranya non-Muslim tu secara terang-terangan menyokong pluralisme, LGBT dan mahu membawanya diperingkat pemerintahan, maka adalah HARAM menyokong calon tersebut.

Situasi 2: Sekiranya MOU itu menyatakan secara terang, atau dapat dilihat secara tersirat tunduk kepada pemerintahan orang-orang Islam, maka MOU ini boleh diterima pakai. Maka, jika secara terang-terangan tolak hudud, sokong pluralisme dan ketuanan Islam atau orang Islam, maka wajib ditolak.

Wallahu a'lam.

16 comments:

  1. ustaz ni tak paham sebenarnya perjuangan PAS di Malaysia. Semoga Allah SWT memberi kesempatan masa dan taufik -Nya kepada Ustaz untuk taammul dan melihat kebenaran pejuangan PAS untuk menegakkan agama Allah di bumi Malaysia ini mengikut kehendak syarak.

    - kalau ikut pandangan Ustaz di atas, kena tolak calon DAP yang ada MOU dengan PAS, kerana dalam waktu yang sama, mereka masih tidak jelas kefahaman tentang agama kita,( dan mungkin masih menolak hudud),saya nak tanya di sini, ...APA HUKUMNYA menyokong orang Islam yang menolak hudud secara terang-terangan dan melarang perlaksanaannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat disclaimer awal2, saya bukan orang UMNO-BN.

      1. Ini pandangan ustaz berdasarkan ilmu dan kefahaman beliau. Dia tak menolak perjuangan PAS utk menegakkan Islam. Berbeza bab furu', jangan assume terus berbeza bab usul.

      2. Masih tak jelas? walaupun dah duduk di Malaysia (yg banyak ceramah dan penerangan agama di tv, radio, majalah, surat khabar, etc) bertahun2, MOU with PAS almost 5 years. Jika mereka nak faham, mudah saja.

      3. Mungkin juga alasan untuk mereka tak faham, boleh diterima. tetapi kenapa tidak di applykan kepada UMNO (terus terang saja)? walaupun mereka Muslim, ia tak memberi jaminan utk mereka faham 100% what Islam is.

      wallahu'alam.

      Delete
  2. Saudara, Pandangan saya adalah umum dan tidak menjurus kepada mana-mana parti. Bila saya menolak satu-satu pandangan, bukan bermaksud saya menolak kesemua perkara berkaitan pihak tersebut, Contohnya bila TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi menerima penggunaan nama Allah untuk orang kafir dalam Bible (sebelum ulama menolaknya), saya sudah lama menolaknya. Adakah saya dikira menolak keseluruhan perjuagan dan kebaikan mereka. Pasti tidak! Dalam kontek MOU ini, saya tidak bersetuju dengan 'ijtihad' ini kerana MOUnya longgar yang boleh kita mengorbankan firman Allah SWT bahawa 'wala' utk orang-orang Islam.

    Mengenai soalan saudara, hukum orang Islam menolak hudud? jawapannya jelas, sekiranya seseorang itu menolak kerana merendah-rendahkannya, meremehkannya, menghinanya, maka dia boleh jatuh murtad. Manakala jika dia tidak melaksanakannya kerana tidak mempunyai kekuatan sedangkan dia mampu, maka dia berdosa.

    Jawapan ini seharusnya tidak dilihat disudut parti. Sebaliknya lihat disudut realiti. Malaysia dan Kelantan kedua-duanya gagal memartabatkan undang2 hudud. Kelantan berjaya mendraf undang-undang, tetapi tak berjaya melaksana dan tak dicuba membicarakan orang-orang bersalah di bawah hudud utk melihat adakah kerajaan pusat akan menghalangnya? Malaysia gagal dalam mendraf undang-undang hudud, apatah lagi melaksanakan. Jadi, kedua-duanya berdoasa sebab gagal melaksanakannya sekiranya mereka MAMPU.... dosa berdasarkan sejauh mana kegagalan mereka... Namun, sekiranya kedua-dua TIDAK MAMPU dan TIDAK MEMPERLEKEH maka mereka tidak berdosa...

    Dubai
    10 April 2013

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum,

    Saya ingin memohon emel Dr Asmadi kerana ada persoalan yang ingin saya bincangkan dengan dr. Dr boleh hantarkan ke emel saya: bsyafie2@yahoo.com. Terima kasih. - Munir

    ReplyDelete
  4. Tak payah bincang la pasal undi bkn islam mou ke tak, undi org islam pun tak laksana hudud wlaupun dah 50 tahun memerintah. Tu apa hukumnya pulak..

    ReplyDelete
  5. Sdra,
    Dlm Islam, setiap pemerintah wajib laksanakan semua hukum Islam, antaranya hudud, takzir, kewangan Islam, menegakkan syiar Islam, pendidikan Islam. Kalau mereka mampu tapi mereka tidak mahu melaksanakannya, mereka berdosa. Sama shj kedudukannya kerajaan mana2 parti sekalipun, tidak terkecuali Kelantan dan Kedah. Hakikatnya kedua2 nya gagal laksana hudud dalam tempoh 5 tahun lepas!

    Kegagalan melaksanakan salah satu hukum di atas, tidak menjadikan sesuatu kerajaan itu menjadi kerajaan kafir. Kalu pegang mereka kafir, boleh jatuh Khawarij kerana kita mengatakan menjadi kafir bila melakukan dosa besar.

    Pada saya, boleh mengundi mana-mana pihak yang kita yakini boleh menegakkan kalimah Allah SWT secara lebih tersusun, terancang dan menjaga kepentingan umat. Perlu diingat, parti adalah alat, Islam adalam matlamat.

    Undilah calon Islam yg soleh kerana terdapat survival ummah di situ. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz tak paham bidang kuasa negeri dalam perlembagaan kah? Pelaksanaan undang2 jenayah adalah dibawah persekutuan, bknnya kuasa negeri. Mereka bknnya gagal utk melaksana tp sengaja utk tidak melaksana. Saya tidak pernah mengkafirkan sesiapa jd apa kaitan saya dengan khawarij, nampaknya ustaz yg menuduh sy seolah2 sy mengkafirkan pemerintah. Ustaz patut bertaubat! Ustaz sendiri mengatakan parti adalah alat jd apa salahnya mengundi cina Dap kalu dapat memberi laluan utk kita lihat pula sejauh mana pas bersama pakatan menjulang Islam sebagai satu jalan hidup.

      Anon 16 April 2013

      Delete
  6. Sejauh mana Dap setuju kepada hudud? Tiada pun dalam MOU tu? Kalau ada, saya pun mungkin setuju dgn saudara? Kalau setakat mengharap, belum cukup kuat untuk mengubah wala'.

    Dalam melaksana hudud dan hukum2 Islam, mmg ada cabaran. Buat je lah dulu, baru kita akan nampak bagaimna tak islamik kerajaan persekutuan. Tapi kita beralah sebelum cuba. mana janji kita? Kedah pun takde tindakan apa2.

    ReplyDelete
  7. Jangan salah faham, ustaz tak tuduh Sdr Anon sbgai Khawarij. Cuma nak bawa kepada kefahaman bahawa tidak melaksanakan satu sudut daripada hukum-hukum syarak, tak membawa kepada seseorang tu jadi kafir. Justeru, kalau sokong sesuatu calon yang soleh tp drpd parti yg tak isytihar apa-apa psl hukum hudud, bukanlah dalam kedudukan berdosa. Lagilah, kalu calon itu boleh membantu perlaksanaan hukum Islam yang lain seperti hukum takzir, kewangan Islam, sosial Islamn dan lain.

    Keduanya, harap Anon tidak terlalu membawa perbincangan mengenai parti-parti orang2 Islam sebab saya pun setuju supaya diundi calon yg termasuk dalam kriteria di atas. Yang saya tak setuju ialah undi non Muslim di atas MOU yg terlalu longgar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang paham dengan pendirian ustaz tentang melaksanakan hukum islam, apakah ianya wajib atau harus sahaja? Kalau ustaz berpendapat bahawa ianya harus maka bg saya tiada manfaat lg utk dibincangkan, tp kalau wajib maka pemerintah yang ada sekarang berdosa. Sama juga seperti hukum solat, seseorang tetap berdosa jika meninggalkannya sekalipun tidak mengisytiharkan apa apa. Jika ustaz menyokong maka ustaz dapat bahagian ustaz juga insyaallah.

      Anon 16 april 2013

      Delete
  8. Assalamu'alaikum,

    Saya ingin memohon emel Dr Asmadi kerana ada persoalan yang ingin saya bincangkan dengan dr. Dr boleh hantarkan ke emel saya: bsyafie2@yahoo.com. Terima kasih. - Munir

    ReplyDelete
  9. Sdr Anon,
    Hukum-hukum Islam ada pelbagai jenis, bukan setakat hukum hudud. Hukum hudud adalah sebahagian drpd hukum2 Islam. Ini adalah kefahaman yg salah bila kita hanya merujuk hukum Islam hanya pada hudud.

    Hukum-hukum Islam ada 5 hukum, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Amat malang kalau pejuang negara Islam tidak memahami perkara asas ini.

    Pernyataan menegakkan Islam boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk iaitu 'menjunjung al-quran dan al-sunnah' atau 'menjaga kesucian agama Islam'. Dalam kes Turki, mereka tidak menjadikan perkara tersebut sebagai pernyataan dlm parti mereka, sebaliknya mereka menjadikan 'negara kebajikan' sebagai asas parti mereka.

    Apa pula hukum negeri atau negara yg gagal laksana hukum Allah? Kalau negara tu dipimpin oleh orang Islam, maka mereka berdosa!. Begitu juga negeri, kalau gagal lasana hukum Islam, maka pemimpin negeri tu berdoa samada negeri Selangor, perak, kelantan, johor, kedah, kelantan dan lain-lain. Hukum berdosa bukan hanya utk negeri-negeri UMNO sj. Semua berdosa.
    Pasal dosa ni, dia tak khusus untuk UMNO sj, tapi meliputi semua..!

    Walauppun begitu, pemerintahan negeri atau negara masih ada kelonggaran bila pemerintah berdepan masalah perlaksanaan. Sebab itu ulama mengeluarkan kaedah; tasarufat al-hakim berdasarkan maslahah (kepentingan masyarakat). Ada perkara yg pemimpin perlu dahulukan untk kebaikan umat. Dlm kes Kedahn kerajaan kedah masih belum membuat apa2 mengenai hudud kerana kedudkannya yang mustahil untuk mengubah perundangan negeri sebab belum dapat dua pertiga. Tp kelantan adalah sebaliknya, sepatutnya perlu cuba laksanakannya. Adakag Kelantan takut sokongan bukan Islam lari, maka Kelantan menunggu dapat negara.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ustaz, maaf sebab sekali lagi terpaksa tulis diruang comment ustaz. Tiada lain niat saya selain membawa pencerahan kepada semua pembaca.

      Sebagai ahli akedemik ustaz pastinya tahu peranan utama seorang pemerintah. Terlalu banyak kitab2 yang ditulis oleh ulama menerangkan fungsi dan peranan pemerintah. Hampir kesemuanya menjurus kepada aspek perundangan. Ini menunjukkan aspek perundangan adalah perkara terpenting dalam pemerintahan bagi memelihara keadilan, kerukunan dan kestabilan sesebuah negara. Maksud aspek perundangan ini termasuklah hudud, qisas dan ta'zir.

      Dalam aspek selain hudud, qisas dan ta'zir ustaz tak perlu bangkitkan kerana kebanyakkannya tidak melibatkan pemerintah. Sebagai contoh dalam muamalat, kebanyakkan bank dan syarikat insuran telah beralih kepada perbankan islam dan takaful kerana sudah ada permintaan tinggi dikalangan orang islam terhadap produk2 muamalat islam. Sudah tentu pihak bank dan syarikat dengan sendiri mengeluarkan produk2 islamik kerana membawa keuntungan kepada mereka walaupun tanpa arahan kerajaan. Jd tak perlulah ustaz berbangga kerana kerajaan telah mewujudkan sistem kewangan islam kerana sistem tersebut telah lama wujud tetapi tidak dipraktikkan kerana kurangnya kesedaran dikalangan pengguna dan penyedia perkhidmatan.

      Saya kurang faham pembahagian hukum syarak yg ustaz utarakan (wajib, sunat, harus, makruh, haram) dengan hukum melaksanakan undang2 Allah dimuka bumi. Yang saya faham hukum melaksanakan undang2 Allah WAJIB dan tergantung dengan maslahah. Namun maslahah bukanlah alasan untuk menjadikannya sebagai hukum harus sahaja. Disamping maslahah juga mempunyai dhobit dan kaedahnya. Harap ustaz faham dengan kaedah tersebut.

      Rasanya saya terpaksa mengulang kembali maklumat yg telah saya sebut dimana bidangkuasa melaksanakan undang2 jenayah adalah dibawah kuasa persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan. Kerajaan negeri tidak boleh sewenangnya menggubal undang2 hudud tidak kira negeri mana sekalipun. Ia tiada kaitan dengan majoriti 2/3 dalam dun. Kerajaan pusat telah memerintah lebih 50 tahun tetapi tiada langsung inisiatif untuk berubah kearah perundangan islam kerana mereka lebih memuja undang2 ciptaan manusia.

      Wallahua'lam

      Anon 16 april

      Delete
  10. Sdr Anon, Saya setuju bahawa kerajaan sekarang gagal dlm melaksanakan hudud dan qisas. Bahkan cita-cita politik kerajaan persekutuan ke arahnya adalah sifar.

    Manakala hukum takzir, adalah hukum yg diputuskan oleh pemerintah. Hukum ini telah dilaksanakan oleh pemerintah sekarang.

    Manakala hukum-hukum jenayah keluarga Islam, ia masih dlm bidang kuasa kerajaan negeri contohnya zina dan khalwat. Ini masih dlm kemampuan kerajaan negeri untuk laksana, tetapi tidak dilaksana oleh semua negeri termasuk kedah dan kelantan. Kenapa? Kerana maslahah? Yang ada dlm kanun keluarga Islam ialah takzir semata-mata. Kelantan dah buat perundangannya, tapi tak berani laksana. Tak berdosakah?

    Saya faham maksud Anon. Memang kita bersemangat ke arah negara Islam. Saya pun begitu, cuma menafikan atau mengatakan semua yg dilakukan adalah salah dan berdosa, juga adalah salah.

    Pada saya, kerajaan sekarang telah melakukan banyak perkara yg baik utk Islam termasuk mewujudkan akta Islam utk kewangan Islam. Bukan setakat bank dan masyarakat yang mahukan, bahkan kerajaan pun telah merangka perundangan Islam untuk kewangan walau mereka tidak menghebahkan perjuangan perundangan Islam.

    Saya cuma mahu memperbetulkan, jangan melihat sesuatu yang betul itu semuanya salah, masih banyak kebaikan yg dibuat.

    Walau bagaimana pun, utk PRU ini, sekali lagi saya nyatakan, undilah mereka yang boleh menguatkan Islam termasuk utk melaksanakan hudud. Elakkan memberikan 'wala' utk non-Muslim yg hanya bergantung dengan MOU yg terlalu longgar. Kalau ada Muslim di situ, undilah Muslim.

    Jangkaan saya, mana-mana pihak akan menang tipis. Selepas ini saya mengharapkan pemenang2 muslim akan duduk semeja utk survival umat seterusnya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. Syabas, menarik untuk dibaca perbincangan antara anak muda yang bersemangat tapi masih banyak ilmu yang perlu ditimba, dengan Mursyid wara' dan berilmu, sabar dalam memberi pencerahan.

    ReplyDelete
  12. Salam Dr Asmadi,
    Saya ada menghantar emel kepada Dr. Semoga Dr sudi meluangkan masa untuk memberi respon. Terima kasih. - Munir

    ReplyDelete