Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Friday 17 May 2013

ISLAM MENANG ATAU ISLAM SERI?

Para pembaca budiman,

Saya masih lagi membuat analisis kedudukan politik di Malaysia. Secara khusus saya membuat analisis mengenai Tahaluf PAS melalui PR, dan Tahaluf UMNO melalui BN.

Tahaluf UMNO memperuntukkan kepimpinan dan ketuanan atau 'siyadah' (secara kontrak sosialnya) kepada Melayu Islam. Justeru, Islam di sini masih MENANG walaupun belum mampu jadi juara kerana banyak sebab. Antaranya pemimpinnya berdepan dengan pelbagai persepsi buruk masyarakat dan kurang cita-cita untuk mengislamisasikan semuanya.

Tahaluf PAS pula memperuntukkan semua parti adalah sama rata, tanpa ketuanan atau siyadah. Jumlah kerusi parti yang dimenangi akan menentukan kekuatan setiap parti. Terasa bahaya tahaluf ini kerana meletakkan Islam dan Parti Islam berkedudukan SERI  dengan agama-agama dan parti-parti lain. Namun, yang menjadi serba salah, Parti Islam berada dalam pakatan ini.

Kita sebenarnya dalam persimpangan, adakah memilih Tahaluf UMNO yang menjadikan Islam MENANG tetapi tidak berhasrat menjadikan Islam sebagai JUARA, atau memilih PAS yang menjadikan Islam SERI, tetapi berhasrat menjadikan Islam sebagai Juara.

Pada saya, sekiranya Tahaluf BN mahu memperkukuhkan tahaluf mereka, ubahlah sikap dengan 'memperlihatkan' dan 'perlu dilihat' mendahulukan rakyat. Mereka wajib menjauhi segala fitnah, kronisme, korupsi, salah guna kuasa dan lain-lain. Mereka harus cuba bergerak dan bertindak untuk menjadikan Islam sebagai juara tanpa menggugat keharmonian kaum dan agama lain. Mereka sudah mempunyai asas yang kukuh ke arah itu.

Manakala bagi PR yang diletakkan banyak harapan untuk menggantikan BN, PR perlu menyelesaikan 'kelonggaran MOU' mereka. Soal pokoknya ialah masyarakat sudah kurang mempercayai barisan BN, bukan bermakna masyarakat menolak konsep 'siyadah' atau ketuanan kepada Islam atau Melayu Islam. Tahaluf ini sudah sampai masa membuat keputusan 'mendokong Islam' sebagai asas atau menyatakan terus terang kepada penolakan Islam sebagai asas. Pada saya, sepatutnya PR mengekalkan status quo yang ada terhadap masyarakat Melayu Islam, tetapi diubah pendokongnya kepada pendokong daripada PR bagi membuktikan mereka tidak akan membuat perkara-perkara buruk yang telah dipersepsikan menjadi pakaian pendokong BN. Setidaknya, ini mengelakkan kegusaran masyarakat Melayu terhadap kelonggaran MOU ini. Walaupun mereka amat menyayangi PAS, tetapi mereka juga meragui keupayaan PAS melayani bahtera PR dengan MOU yang penuh 'GHARAR' ini. Saya mendoakan mereka dapat menyelesaikan MOU ini dengan segera

Atau langkah alternatifnya, kenapa tidak diusahakan penyatuan orang-orang Melayu melalui PAS dan UMNO beserta denagan parti lain yang sudah menerima UMNO. Mungkin boleh diusahakan syarat-syaratnya bukan sebagaiman syarat-syarat ketika PAS pernah diketepikan oleh UMNO ketika mana UMNO kuat. Apa salahnya meletakkan syarat kepimpinan Negara kepada PAS apabila berlakunya penyatuan UMNO-PAS. Kalau ia berlaku, Islam sentiasa dalam keadaan MENANG walaupun belum mampu menjadi JUARA.

Wallahu a'lam. Allah al-musta'an.

7 comments:

  1. Salam.
    Ulasan yg baik dr al-Fadhil Ustaz...namun saya melihat PR bukan Pas semata2 yg mewakili Islam, PKR juga ada ramai org Islam, sedangkan UMNO hanya mreka sahaja kompenan Melayu Islam. Boleh dilihat agihan kerusi PRU menampakkan kerusi melayu Islam lebih ramai di sebelah PR. Bukankah keadaan ini dilihat PR dpt diistilahkan sbg MENANG?

    Berkaitan dgn penyatuan, suka saya nyatakan jika UMNO mendokong gagasan Islam itu dgn menyokong PAS, malah lebih tepat krn pas dasarnya jelas adlh dr al-Quran dan sunnah, ijmak serta qias...namun dalam keadaan sebuah organisasi yg budayanya rasuah, politik wang dan plbagai isu, adakah mungkin mereka mahu bersatu dengan pas...menyatukan individu itu susah apatah lg menyatukan organisasi...kcuali PAS berkuasa keatas UMNO maka ia adlh lebih baik...persoalannya bolehkah UMNO membiarkan PAS menguasainya..?

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Tulisan tuan menarik utk dikomen.

    Pada hemat saya, kita tak boleh salahkan pas kerana tak menjadikan melayu islam sebagai juara dalam pr kerana negara kita mengamalkan konsep demokrasi.

    Pas dan umno hampir sama dari segi kepimpinan kerana diterajui oleh orang melayu islam, dalam usaha menjadikan islam juara apa salahnya semua orang melayu islam membuat perubahan beralih menyokong pas, dengan itu pas tak perlu lagi bertahaluf dengan dap untuk mendapat sokongan. Ini kerana pas dilihat lebih mengutamakan islam berbanding umno. Tidak timbul sokong pr dap akan berkuasa. Masalahnya sekarang orang melayu islam sudah termakan doktrin sokong selain umno dap akan berkuasa. Sebenarnya kita cuma beralih dari satu parti melayu islam kepada satu parti melayu islam yang lain.

    ReplyDelete
  3. Salam kembali,

    Berkaitan dengan pandangan sdr, ramai calon Melayu, biasanya BN dikritik sebab tidak membuat pernyataan menjunjung al-Quran dan sunnah. Mereka hanya bersetuju berkenaan ketuanan Melayu Islam. Teruklah BN dikritik pasal isu ini. Tapi, apabila PR pula, ramai yang boleh bertolak ansur tiada pernyataan ini atas alasan ramai orang Melayu. Ini yang saya rasa kita 'double standard' membuat penilaian.
    Secara penyataan tersurat mahupun tersirat, BN lebih jelas membuat pernyataan siyadah atau ketuanan. Cuma saya tak menafikan adanya persepsi yang buruk terhadap pendokongnya.

    Berkaitan penyatuan, penyatuan bukan bermaksud 'menguasai'. Bukan bermaksud, Pas menguasai UMNO< atau Umno menguasai PAS. Penyatuan yang sesuai lebih kepada berkongsi kuasa memerintah negara, cuma diberi peluang kepada Pas mengetuainya pula memandangkan Pas pernah kecewa dengan penyatuan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh...sy sokong dgn knyataan "penyatuan bukan bermaksud 'menguasai'. Bukan bermaksud, Pas menguasai UMNO< atau Umno menguasai PAS."
      sbb terbukti penyatuan jelas diperlukan dlm pengukuhan perpaduan umat sejagat.
      apa pun, umno atau pas ini cuma alat dlm sistem demokrasi di Malaysia..
      sbb apa sy ckp mcm ni??
      pasal selain umno/pas(pkr+dap+dll) tu pon 'alat' yg sama jgk...
      sy ni bkn anti-pr atau anti-bn..sbb keduanya serumpun,jd sy xsokong permusuhan parti..
      pilihan yg ada mungkin yg terbaik tetapi ia juga xbrmakna terbaik selamanya.
      yg salah tetap salah, perlu dilawan,yg betul tetap disokong, perlu ditegakkan..
      sbb sy percaya cuma Sistem Kekhalifahan shj yg akn menyemarakkan semula umat akhir zaman, bkn nya sistem demokrasi pasal bnyk sgt 'kecacatan' dlm sistem demokrasi yg diamalkan di mana2 negara...sy harap semua bangsa didunia akn terus berjuang kearah itu^^
      aku minta maaf dulu ye...sbb mungkin ada yg gelar aku ni mcm 'lalang'...haha

      Delete
  4. Mohon semua hantar komen gunakan nama sendiri atau nama samaran. Kalau guna anonymous, kita tidak boleh membezakan penghantar.

    Berkaitan dengan kenyataan sdr: "Dap berkuasa kalau tak sokong UMNO", saya bersetuju dgn sdr bahawa secara realitinya tidak boleh berlaku.. Ini hanya momokan...

    Kerisauan saya hanya pada meletakkan Islam sebagai SERI sahaja. Apa kata, sebelum PR14, PR mengubah dan menjadikan juga stautus quo "melayu Islam' tu sbg suatu kontrak sosial.. PR seharusnya berubah menjadi lebih kukuh dan menghilangkan unsur 'gharar' dalam kontrak sosial mereka. Mereka ada 5 tahun utk membuat perubahan ini.

    ReplyDelete
  5. Saya org yg pertama komen. Maaf sbb tnpa nama.

    Saya melihat agak mustahil UMNO akan bersatu dgn PAS, walaupun PAS yang mengetuai. Tapi ia ada kemungkinan untuk menjadi realiti. Dalam PR atas kertas status quo "melayu Islam" itu ada, cma mgkin tiada dalam gagasan dan tidak terlalu di tekankan ntk di war-warkan.

    Namun agihan kerusi pda PRU-13 menampakkan melayu Islam lebih dominan.

    Terima kasih atas respon Dr. Jazakallah Khair.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Saya suka jika Melayu UMNO dan Melayu PAS bersatu. Tapi saya nk tengok Melayu UMNO 'berubah' dahulu...

    ReplyDelete