Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Thursday, 15 March 2007

HUKUM ‘SALAM’ MUFTI PERLIS MENGELIRUKAN

SAYA membaca pandangan Mufti Perlis berkaitan dengan salam dalam Mingguan Malaysia, 11 Mac 2007. Saya dapati banyak perkara mengelirukan.

Berikut respon saya :

* Isu menjawab salam bukan Islam:
Ulama-ulama dan ustaz-ustaz termasuk ulama pondok juga membenarkan jawab salam kepada bukan Islam dengan jawapan: ‘Waalaikum’ atau ‘Alaikum (lihat Nawawi Syarh Sahih Muslim). Jadi, kenapa Mufti Perlis memfitnah ulama pondok dengan sebegitu rupa?

* Isu memberi salam kepada bukan Islam:
Dr. Asri juga menukilkan kata Imam Ibnu Qayyim iaitu ‘Kata kebanyakan ulama (kebanyakan salaf dan khalaf): Tidak dimulakan ucapan salam kepada mereka’. Jadi, kebanyakan ulama berpegang kepada pandangan ini kerana ada hadis yang nyata dan pandangan kebanyakan ulama salaf dan khalaf.
Apakah dosa mereka sehingga diperkecilkan kerana mengikut pandangan kebanyakan ulama ini?

* Pandangan yang membenarkan memberi salam kepada bukan Islam hanya pandangan satu kumpulan kecil (toifah). Ibn Qayyim juga menggunakan perkataan ruwiya bermaksud ‘diriwayatkan’ menggunakan wazan ‘fi’il majhul’ merupakan bukan hujah yang kukuh.

* Memberi salam kepada sekumpulan manusia yang bercampur antara Muslim dan bukan Muslim:

Ulama-ulama Islam, termasuk ulama pondok membenarkan memberi salam kepada kumpulan ini. Kenapa difitnah ulama pondok sebegitu rupa? Adakah disebabkan mereka tidak memiliki PhD agama?. Mereka juga membelek kitab Arab. Mohon elakkan fitnah memfitnah dan hina-menghina sesama Islam.

Pada saya, salam bukan masalah besar dakwah. Dalam masyarakat kita, kita biasa mengucapkan ucapan-ucapan aluan kepada bukan Islam seperti ‘Apa khabar’, ‘Selamat Pagi’ dan sebagainya. Tidak hodoh Islam bila kita mengucapkan Selamat Pagi, How are you? Dan sebagainya.

ABU KHAULAH,
B.A Syariah Universiti Yarmouk,
Jordan.


Sumber: Utusan Malaysia, 13 Mac 2007
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

No comments:

Post a Comment