Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Thursday, 12 April 2007

DI SEKITAR PERAYAAN MENYAMBUT MAULID NABI

(Terjemahan ini diambil dari al-fanshuri blogspot. Untuk teks yang lengkap (beserta tulisan Arab, sila layari http://al-fanshuri.blogspot.com)

Terjemahan dari kitab asal karangan:Al-‘Allamah asy-Syaikh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alwi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Hasani

Diusahakan oleh: Abu Zahra Abdullahtahirhttp://al-fanshuri.blogspot.com

Disekitar Perayaan Menyambut Hari Keputeraan Nabi Yang Mulia

Mengapa Kita Mesti Merayakan Keputeraan Nabi?Banyak pendapat telah disuarakan dari segi hukum mengenai merayakan hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad .

Bagaimana pun tidaklah menjadi tujuan saya yang utama untuk membahaskan soal ini, kerana apa yang sering saya fikirkan dan difikirkan oleh para cendikiawan, adalah mengenai masalah-masalahyang jauh lebih penting daripada perkara ini. Tetapi oleh kerana desakan para shahabat yang ingin mengetahui pendapat saya dalam hal ini dan kerana saya takut terdiri dalam golongan mereka yang menyembunyikan ilmupengetahuan, maka saya menuliskan risalah ini dengan harapan agar Allah Ta’ala mengarahkan kita semua ke jalan yang benar.

Sebelum saya membentangkan dalil-dalil saya mengenai mengadakan sambutan Maulid Nabi , saya suka menjelaskan di sini beberapa perkara:-

Pertama: Kami mengatakan harus merayakan hari keputeraan baginda dan harus berkumpul untuk mendengar sirah Rasulullah , bershalawat kepadanya,mendengar qasidah-qasidah yang memujinya, mengadakan jamuan makan, yang mana semua ini akan menimbulkan kegembiraan dan ketenangan di hati sanubari kaum muslimin.

Kedua: Kami tidak mengatakan sunnah merayakan hari keputeraan baginda , pada malam tertentu sahaja, malah siapa yang mengi’tiqadkan sedemikian, sebenarnya dia telah membuat satu bid’ah didalam agama. Sebab mengingati dan menghayati sejarah itu adalah wajib dilakukan pada setiap waktu dan masa dengan sepenuh jiwa.

Memang benar, merayakan hari keputeraan baginda pada bulan keputeraannya merupakan seruan yang lebih kuat dalam mengumpulkan lebih ramai umat Islam untuk menghadiri majlis-majlis tersebut. Ini akan meninggikan lagi syiar Islam, menghubungkan kisah-kisah zaman dahulu dengan zaman kini, dan mendatangkan manfaat bagi mereka yang tidak hadir daripada mereka yang hadir.

Ketiga: Kumpulan-kumpulan seperti ini merupakan satu perantaraan dan peluang keemasan untuk berdakwah. Kesempatan ini harus tidak diabaikan, terutama sekali apabila menjadi satu kewajipan bagi para pendakwah dan para ulama untuk mengingatkan umat Islam tentang riwayat hidup Rasulullah , mengenalkan mereka tentang akhlaq, pergaulan, ibadah baginda serta mengajakmereka kepada kebaikan, dan menjauhkan diri mereka daripada bencana, bid’ah dan fitnah.

Dalil-dalil Yang Mengharuskan Merayakan Hari Keputeraan Nabi

Dalil Pertama
Bahawa merayakan hari keputeraan Nabi , melambangkan satu kegembiraan dan kebahagiaan terhadap junjungan kita Rasulullah . Malah orang kafir (abuLahab) juga mendapat manfaat dengan kegembiraan ini.(1)Telah disebutkan di dalam kitab al-Bukhari, bahawa Abu Lahab telah diringankan siksaannya pada tiap-tiap hari Itsnin kerana ia telah membebaskan hambanya Tsuwaibah, apabila hambanya itu membawa khabar akan keputeraan Nabi .

Hal ini juga diterangkan dalam sebuah syair al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Nasiruddin ad-Dimasyqi:-Artinya:Jikalau sikafir ini (Abu Lahab) yang telah datang cercaan Allah kepadanya (di dalam surah al-Masad) dan celakalah kedua tangannya didalam neraka selamalamanyaTelah datang (khabar) sesungguhnya dia pada setiap Isnin sentiasa diringankan (azab siksa) darinya kerana kegembiraan dengan kelahiran Muhammad ( )
Maka tidak syak lagi, bagi seorang hamba yang sepanjang hayatnya bergembira dengan Muhammad ( ) dan mati dalam keadaan mengesakan Allah (sudah tentu mendapat kelebihan melebihi daripada apa yang dikurniakan kepada Abu Lahab) Kisah ini diriwayatkan didalam Shahih al-Bukhari, bab nikah dan dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya al-Fath.

Juga diriwayatkan oleh Imam Abdurrazak as-San’ani didalam kitabnya al-Musannaf (jilid 7 mukasurat 478), al-Hafiz didalam kitabnya al-Dala’il, Ibn Katsir di dalam kitabnya, al-Bidayah bab as-Sirah an-Nabawiyyah (jilid 1 mukasurat 224). Ibn ad-Daiba asy-Syaibani didalam kitabnya Hada’iq al-Anwar (jilid 1, mukasurat 134), Imam Hafiz al-Baghawididalam kitabnya Syarah Sunnah (jilid 9 mukasurat 76), Ibn Hisyam dan as-Suhaili didalam al-Raudh al-Unuf (jilid 5 mukasurat 192), al-Amiri didalam kitabnya Bahjatul Mahaafil (jilid 1 mukasurat 41).

Imam al-Baihaqi berkata, bahawa walaupun hadits ini hadits mursal, tetapi ia boleh diterima kerana telah dinaqalkan oleh Imam al-Bukhari hadits ini di dalamkitabnya. Para ulama yang telah disebutkan tadi, juga sependapat menerima hadits ini kerana perkara itu terdiri dari bab manaqib dan khosois (keistimewaan), fadhoil (kelebihan) dan bukannya perkara berkaitan hal hukum halal dan haram. Para penuntut ilmu agama tentu sekali tahu perbezaan istidlal (pengambilan dalil) dengan hadits pada bab manaqib atau ahkam.

Berkenaan dengan manfaat seorang kafir daripada amal perbuatannya sendiri, banyak ulama telah membahaskannya. Tetapi tidak dapat saya terangkansepenuhnya disini. Asalnya adalah apa yang disebutkan di dalam kitab al-Bukhari berkenaan dengan Abu Thalib mendapat keringanan siksa disebabkan doa Rasulullah .

Dalil Kedua
Nabi sendiri memuliakan hari keputeraannya, dan bersyukur kepada Allah Ta’ala pada hari keputeraannya, diatas nikmat dan kelebihan yang besar yang telah diberikan Allah ke atas wujudnya di alam semesta ini, yang membawa kebahagiaan pula kepada segala yang maujud diatas mukabumi ini.

Baginda memuliakan hari keputeraannya juga dengan berpuasa. Hal ini diterangkan oleh sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah:
Artinya: Nabi pernah ditanya akan sebab baginda berpuasa pada hari Itsnin. Baginda menjawab: Pada hari itu aku diputerakan, dan pada hari itu juga wahyuturun kepadaku.” (Hadits riwayat Muslim; Bab Puasa)
Ini jelas menunjukkan bahawa Nabi pernah menyambut hari keputeraannya. Cuma bentuknya sahaja berlainan, namum haqiqatnya sama, iaitu samada disambut dengan berpuasa, atau mengadakan jamuan makan atau berkumpuluntuk mengingati baginda atau bershalawat ketas baginda ataupun mendengar ajaran-ajaran, pesanan-pesanan dan petunjuk dari baginda .

Dalil Ketiga
Sesungguhnya bergembira dengan Baginda dituntut melalui perintah Al-Quran dari firman Allah Ta'ala :
Artinya: “Katakan (wahai Muhammad), dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira …” (Surah Yunus:58) Maka Allah Ta'ala lah yang memerintahkan kita untuk bergembira dengan rahmat, dan Nabi sebesar-besar rahmat.

Allah Ta'ala telah berfirman :
Artinya: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk semesta alam”. (al-Anbiya:107)

Dan dikuatkan lagi tafsiran ini, pakar dalam pentafsiran al-Quran, hibrul ummah wa turjumaanul Quran al-Imam Ibn Abbas. Abu Syeikh meriwayatkan dari Ibn Abbas W? BB X - pada membicarakan ayat di atas beliau telah berkata: Fadh lillah ialah ilmu, manakala wabirahmatihi adalah Muhammad .

Allah telah berfirman: “Dan tidaklah kami utuskan engkaumelainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam.”(3)

Maka kegembiraan dengan baginda adalah dituntut pada setiap waktu, pada setiap nikmat, dan pada setiap keutamaan, tetapi dikuatkan lagi tuntutan ini padasetiap hari itsnin dan setiap kali bulan Rabi’ul Awwal. Ini adalah kerana kuatnya kesesuaiannya serta bertepatan dengan waktunya.

Dalil Keempat:Sesungguhnya Nabi selalu mengambil kira ikatan masa, dengan peristiwaperistiwa besar dalam agama yang telah berlalu sebelumnya. Apabila datangnya masa berlakunya peristiwa tersebut ia menjadi peluang bagi mengingatinya dan membesarkan hari tersebut kerana peristiwa tersebut.

Nabi sendiri telah menetapkan kaedah ini seperti mana dijelaskan dalam hadits shahih bahawa ketika baginda berhijrah ke Madinah, baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura'. Lalu baginda bertanya mereka. Mereka lalu menjawab: itulah hari Fir'aun ditenggelamkan dan Musa diselamatkan. Maka kami berpuasa sebagai bersyukur kepada Allah Ta'ala. Maka Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:Artinya: Kami lebih layak bagi Musa daripada kalian. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan sahabat berpuasa.(4)

Dalil Kelima
Bahawa menyambut maulid Nabi membawa kita bershalawat dan mengucapkan salam kepada Nabi , yang mana hal ini sangat dituntut sebagimana firman Allah Ta'ala:Artinya: Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bershalawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman shalawatlah keatasnya dan salamlah dengan sebaikbaiksalam.” (Surah al-Ahzab:56)

Apa yang berasaskan sesuatu yang dituntut oleh syara', maka ia turut dituntut oleh syara'. Malah shalawat ke atas baginda mempunyai faedah yang tidak terkira banyaknya, dimana pena ini tidak sanggup menghitung kesan-kesan nuraninya yang menyelubungi orang yang bershalawat dan salam itu.

Dalil Keenam
Sesungguhnya sambutan Maulid Nabi dipenuhi dengan memperingati keputeraan baginda yang mulia. Pada sambutan itu kita kan diingatkan dengan mukjizatmukjizatbaginda, sirah baginda agar kita akan lebih mengenali baginda .

Bukankah kita diperintahkan untuk mengenali, mencontohi jejak langkah, mengikuti amalan, dan beriman dengan mukjizat serta membenarkan segala keterangan/tanda-tanda baginda? Dan kitab-kitab maulid banyak memaparkansemua ini.

Dalil ketujuh
Dengan mengadakan sambutan Maulid ini juga sebagai melaksanakan sebahagian kewajipan kita dengan menerangkan sifat-sifat baginda yang sempurna, danakhlak-akhlak baginda yang mulia.

Diriwayatkan, para penyair datang kepada Rasulullah lalu melantunkan bacaan qasidah-qasidah mereka (memuji baginda) dan baginda meredhai perbuatan mereka seraya memberi ganjaran dengan perkara-perkara yang baik seperti mendoakan mereka.(5)

Kalaulah baginda redha sesiapa yang memuji Baginda, bagaimana mungkin baginda tidak redha atas mereka yang menghimpunkan segala sifat baginda yang mulia. Maka ia merupakan suatu perkara yang dapat mendekatkan diri kepada baginda dengan melakukan perkara yang membuatkan kita memperolehi kecintaan dan keredhaannya.

Dalil Kelapan
Sesungguhnya mengetahui sifat-sifat, mukjizat-mukjizat dan ciri-ciri baginda (6) membawa kepada kesempurnaan iman dan kecintaan kepada baginda. Hal inikerana tabiat semulajadi manusia adalah menyukai sesuatu yang indah, dalam bentuk baik dari segi rupa mahupun akhlak, ilmu mahupun amalan, keadaanmahupun dan kepercayaan.
Dan tiadalah yang lebih terindah, sempurna dan utama dari akhlak dan sifat-sifat baginda. Menambahkan kecintaan kepada baginda serta kesempurnaan imanamatlah dituntut oleh syara', dan apa yang boleh membantu menyuburkan keduanya, maka ianya jua dituntut oleh syara'.

Dalil Kesembilan
Mengagungkan baginda dituntut oleh syara'. Manakala bergembira dengan hari keputeraan baginda dengan menzahirkan kegembiraan dengan mengadakanjamuan, mengumpulkan masyarakat untuk berzikir, dan memuliakan fakir miskin merupakan antara cara yang paling jelas dalam mengagungkan, memuliakan,bergembira dan bersyukur kepada Allah, kerana hidayahNya yang menunjukkan kita kepada agamaNya yang mulia, dan apa-apa anugerahNya kepada kitadengan mengutus Nabi XB?

Dalil Kesepuluh
Dari sabda Nabi berkenaan dengan hari Juma’at dan menyenaraikan keistimewaannya:Artinya: "Dan padanya (Jumaat) dijadikan Adam".Dipetik daripada hadits ini kemuliaan sesuatu waktu yang padanya ditsabitkan kelahiran mana-mana Nabi.
Maka bagaimana pula dengan hari yang mana padanya dilahirkan Nabi yang paling utama dan Rasul yang paling mulia? Dan kemuliaan hari tersebut bukanlah dikhususkan pada hari tersebut sendiri, tetapi ia mempunyai sifat yang umum, yang mana sentiasa diulang-ulang kemuliannya setiap kali sampai hari tersebut, seperti kemuliaan hari Jumaat.

Ini adalah sebagai mensyukuri nikmat, menunjukkan keistimewaan kenabian serta menghidupkan peristiwa-peristiwa sejarah yang amat penting. Begitu jugasebagaimana yang kita dapati mulianya tempat lahir seorang Nabi, sebagaimana Jibril menyuruh Rasulullah bershalat dua rakaat diBaitullaham (sewatu peristiwaisra’ dan mi’raj), kemudian dia (Jibril) memberitahu kepada Nabi dengan katanya:Artinya: Tahukah engkau, dimana engkau bershalat? Jawab Rasulullah: Tidak! Berkata Jibrail: Telah bershalat engkau di Baitullaham, tempat ‘Isa dilahirkan.

Kisah ini telah disebutkan dalam sepotong hadits riwayat Syaddad bin Aus yang diriwayatkan al-Bazzar dan Abu Ya’la juga at-Thabrani. Berkata al-Hafidz al-Haitsami didalam kitabnya Majma’ az-Zawaid jilid 1 mukasurat 47, rijalnya adalah rijal yang shahih. Dan telah menaqalkan kisah ini oleh al-Hafidz Ibn Hajardidalam kitabnya al-Fath (jilid 7 mukasurat 199) dengan tanpa komentar.

Dalil Kesebelas
Bahawasanya sambutan maulid ini adalah satu perkara yang dipandang baik oleh para ulama dan kaum muslimin di seluruh pelusuk negeri. Malah ianya telah diamalkan di merata dunia Islam. Ianya adalah dituntut dari segi syara' berdasarkan kaedah yang dipetik dari sebuah hadits yang mauquf dari Ibn Mas'ud yang berkata:Artinya: “Apa-apa yang dipandang oleh kaum Muslimin sebagai perkara yang baik, maka ia baik di sisi Allah. Dan apa-apa yang dipandang oleh kaum Muslimin sebagai perkara yang buruk, maka ia adalah buruk disisi Allah (Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad)

Dalil Keduabelas
Bahawasanya sambutan maulid dipenuhi dengan perhimpunan untuk berzikir, sedekah, serta mengucapkan pujian dan penghormatan kepada Nabi. Semua ini adalah sunnah, dan amat dituntut dari segi syara'. Tidak sedikit hadits-hadits yang shahih yang menekankannya dan mendorong kaum Muslimin mengamalkannya.(6)

Dalil Ketigabelas
Allah Ta'ala telah berfirman:
Artinya: “Dan tiap-tiap berita dari berita rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya” (Surah Hud:120)
Di sini jelas bahawa hikmah kisah-kisah para rasul disebutkan di dalam al-Quran adalah untuk mengukuhkan hati Baginda yang mulia. Dan tidak syak lagi, padahari ini, kita amatlah memerlukan kepada pengukuhan hati dengan berita dan cerita Baginda , malah keperluan kita tentulah lebih kuat lagi berbanding keperluan baginda tadi.

Dalil Keempatbelas
Bukan semua perkara yang tidak dilakukan oleh para salaf dan segala yang tidak pernah berlaku pada kurun-kurun awal Islam adalah bid'ah sayyi'ah yang diingkari dan haram melakukannya serta wajib diingkari. Inilah perkara yang selalu tidak difahami oleh mereka yang mengharamkan sambutan ini.

Sebenarnya perkara yang dibarukan dalam agama harus dipandang dan diukur dari segi dalil-dalil syara’. Maka, perbuatan yang mengandungi maslahat (kebaikan) maka ia wajib, jika mengandungi perkara haram maka ia haram.

Begitulah juga jika mengandungi perkara makruh ia menjadi makruh, mengandungi perkara harus ia menjadi harus, dan jika mengandungi perkara yang mandub maka ia jua mandub. Dan (menurut kaedah fiqh) bagi semua wasilah sama hukumnya dengan sesuatu tujuan.

Seterusnya para ulama’ telah membahagikan bid'ah kepada 5 bahagian (sesuai dengan hukum taklifi yang 5 - wajib, mandub, makruh, haram dan harus).
• Wajib: Seperti menolak perbuatan orang-orang yang menyeleweng daripada jalan yang benar dan mempelajari ilmu nahwu• Mandub: Seperti mengadakan sekolah-sekolah, madrasah, azan di atas menara dan perbuatan baik yang tidak dilakukan pada masa dahulu• Makhruh: Seperti menghiasi masjid dan juga mushhaf• Mubah: Seperti menggunakan tapis dan berlebihan makan-minum• Haram: Seperti apa-apa yang diadakan, bersalahan dengan sunnah dan tidak mempunyai dalil-dalil syara’ yang am, juga tidak meliputi maslahat dari segi syara’.

Dalil Kelimabelas
Bukanlah semua bid'ah itu adalah diharamkan. Jika demikian haramlah perbuatan Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Zaid mengumpulkan al-Quran dan menulisnya didalam mushaf, kerana ditakuiti al-Quran itu hilang setelah matinya para shahabat yang yang alhi dalam membaca al-Quran.

Dan haramlah, Sayyidina Umar ketika beliau menghimpun yang bersembahyang tarawikh untuk dilakukan secara berjemaah dengan seorang imam. Beliau berkata:Artinya: Alangkah eloknya bid’ah ini.

Nescaya haramlah mengarang kitab-kitab ilmu yang manfaat. Jika demikian, maka wajib kita berperang dengan orang kafir dengan lembing dan panah, sedangkan mereka menetang kita dengan peluru, meriam, kereta kebal, jet pejuang, kapal selam dan senjata-senjata yang lain.

Nescaya haramlah azan diatas menara, membuat sekolah-sekolah, asramaasrama, hospital, tempat-tempat pertolongan cemas, rumah anak yatim dan penjara.
Oleh kerana itu, para ulama telah menentukan hadits:artinya: Tiap-tiap bid’ah itu menyesatkan – dengan bid’ah sayyiah (bid’ah yang jahat), dan mereka ulama telah menghuraikan hadits tersebut kerana sepeninggalan Rasulullah banyak diantara shahabat terkemuka dan parapemimpin tabi’in, yang mengadakan hal-hal baharu yang mana ianya pada masa hidup Rasulullah tidak pernah diadakan.(7)

Kita sekarang banyak melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh para salaf. Antaranya diadakan tahajjud berjemaah selepas shalat tarawih pada akhir malam dengan satu imam, mengkhatam al-Quran dalam shalat tersebut, membaca doa khatam al-Quran dan imam berkhutbah ketika shalat tahajjud (8)dalam shalat tahajjud pada malam 27 Ramadhan. Dan seruan muazzin untuk mendirikan shalat tahajjud dengan katanya:Artinya: Marilah shalat tahajjud, semoga Allah memberikan balasan pahala kepada kamu.

Semua ini tidak dilakukan oleh Nabi , juga walau seorang dari kalangan ahli salaf. Adakah semua ini bid’ah yang menyesatkan???

Dalil keenambelas
Merayakan maulid Nabi sekalipun tidak dilakukan pada zaman Nabi , adalah bid’ah hasanah kerana termasuk dibawah dalil-dalil syara’ dan kaedah-kaedahyang umum. Ianya dikira sebagai bid’ah kerana dilaksanakan secara bermasyarakat dan bukannya secara individu kerana amalan ini pernah dilakukan secara individu pada zaman Nabi , sebagaimana tersebut pada dalil yang keduabelas.

Dalil Ketujuhbelas
Perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh generasi salaf dalam bentuk kemasyarakatan tetapi diamalkan secara perseorangan /individu, dituntut olehsyara’ untuk diamalkan. Apa yang telah tersusun dari segi syara’, dituntut untuk diamalkan. Perkara ini amat jelas dan tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun.

Dalil Kelapanbelas
Telah berkata Imam Syafie:Artinya: “Suatu perkara yang diadakan dan ia bercanggah dengan kitab, sunnah, ijma’ atau atsar, maka ia adalah bid'ah yang sesat. Dan suatu yang diadakan dariperkara kebaikan dan tidak bercanggah dengan sesuatu dari yang disebutkan tadi, maka ia adalah terpuji”

Malah Imam al-Izz bin Abdussalam, Imam An-Nawawi dan juga Imam Ibnul Atsir telah mengkategorikan bid'ah kepada 5 bahagian seperti mana yang telah kita sebutkan sebelum ini.

Dalil Kesembilanbelas
Setiap perkara kebaikan yang diliputi olehnya dalil dalil syara', dan tidak bertujuan untuk mereka satu perkara yang baru yang bercanggah dengan syariat, serta tidak mengandungi perkara mungkar, maka ia termasuk dalam agama.

Kata-kata mereka yang taksub bahawa perkara ini tidak pernah dilakukan oleh salaf, bukanlah satu dalil bagi mereka, tetapi dinamakan tiada dalil. Perkara ini amat jelas bagi mereka yang mempelajari dan menyelami ilmu usul fiqh. Malah syari' telah menamakan bid'ah yang baik sebagai sunnah dan dijanjikan pahala bagi pembuatnya, berdasarkan hadis Nabi :Artinya: Barangsiapa yang memulakan perkara dalam Islam suatu sunnah yang baik, maka dia akan diberi pahala bagi perbuatannya, serta pahala mereka yang mengikutinya, tanpa dikurangkan sedikit pun darinya.

Dalil Kedua puluhSesungguhnya sambutan maulid merupakan satu bentuk menghidupkan kembali peringatan kepada Nabi . Dan ingatan ini adalah sesuatu yang disyariatkan di sisikita dalam Islam.

Lihatlah berapa banyak ibadat dalam Islam yang disyariatkan oleh Allah untuk menghidupkan ingatan kita kembali kepada peristiwa sejarah lampau. Misalnyadalam amalan haji, disyariatkan sa'ie antara Safa dan Marwah serta melontar jamrah, serta menyembelih binatang di Mina. Semua perkara ini merupakan peristiwa lampau yang dikuatkan kembali ingatan tersebut dengan cara membaharukan kembali gambarannya dengan kenyataan.Dalilnya, sebagaimana firman Allah:Artinya: “Dan serulah manusia mengerjakan haji” (Surah al-Hajj:27).

Dan firman Allah Ta’ala, cerita Nabi Ibrahim dan Ismail:Artinya: Dan tunjukkanlah kepada kami tempat-tempat ibadah kami” (Surah al- Baqarah: 128)
Dalil Kedua Puluh SatuSetiap apa yang kita nyatakan sebelum ini daripada wajah, dalil serta hujah pensyariatan sambutan Maulid Nabi adalah pada sambutan yang bersih dari perkara-perkara mungkar yang dikeji yang perlu kita ingkari. Jika sambutan tersebut mempunyai perkara-perkara yang mungkar seperti percampuran antara lelaki dan perempuan, melakukan perkara-perakra yang haram, pembaziran dan apa jua yang tidak akan diredhai oleh sohibul maulid sendiri, maka tidak syak lagi pengharamannya dan tegahan padanya kerana ia mengandungi perbuatan yang haram. Oleh itu tegahan ini adalah perkara yang mendatang ('aridh) bukan zat sambutan itu sendiri. Sesiapa yang meneliti perkara-perkara ini tentu jelas sekali.

Pendapat Syaikh Ibnu Taimiyah Mengenai Maulid Syaikh Ibnu Taymiyyah telah berkata: Kadangkala diberikan pahala kepada sebahagian manusia ketika melakukan maulid. Begitulah seperti mana yang dilakukan oleh masyarakat samada sebagai menyerupai orang Nasrani padakelahiran Nabi, atau kerana kecintaan kepada Nabi dan membesarkan baginda .

Dan Allah mungkin memberi pahala di atas kasihsayang dan kesungguhan ini, tidak kerana bid’ahnya amalan ini.Kemudian Ibnu Taimiyah berkata lagi: Ketahuilah, bahawa diantara amalanamalan itu ada yang mengandungi kebaikan kerana itu ianya disyariatkan. Ada juga amalan yang berupa bid’ah sayyiah atau seumpamanya, maka amalan inisalah dan satu penyelewengan daripada agama, seperti hal dan keadaan orang munafiq dan fasiq.

Hal ini telah dilakukan oleh ramai orang pada akhir-akhir ini. Disini saya bentangkan dua cara dari segi adab untuk mengatasinya:-

Pertama: Hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnah Rasulullah zahir dan bathin pada diri kamu dan mereka yang taat kepada kamu. Juga hendaklah kamu taat kepada yang ma’ruf dan ingkar kepada yang mungkar.

Kedua: Hendaklah kamu menyeru manusia supaya melakukan sunnah seberapa terdaya. Dan jika terdapat orang yang melakukan demikian hendaklah kamu terus galakkan, kecuali jika ianya mendatangkan tidak baik. Jangan menyeru kepada meninggalkan yang mungkar dengan melakukan yang lebih mungkar.

Jangan meninggalkan perbuatan yang wajib atau sunnah, kerana dengan meninggalkannya kamu telah melakukan sesuatu yang lebih mudharat daripada melakukan yang makhruh.
Sekiranya ada bid’ah yang berunsur kebajikan, seberapa daya gantikan dengan kebajikan yang disyariatkan, kerana memang tabiat manusia tidak mahu meninggalkan sesuatu kecuali ada gantinya. Hendaklah jangan kita lakukan amalan yang baik kecuali kita lakukan amalan yang sama baiknya atau yang lebih baik lagi.Memuliakan perayaan maulid, dan sewaktu-waktu menjadikannya sebagai amalan yang adakalanya dilakukan oleh setengah orang, mendapat pahala yang besar, kerana mereka mempunyai niat yang baik dan mengandungi unsur-unsur memuliakan Nabi , sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Tetapi adakalanya amalan yang baik bagi sesetengah mu’min, dipandang buruk oleh mu’min yanglain.

Imam Ahmad pernah diberitahu bahawa seorang putera raja telah membelanjakan lebih kurang 1,000 dinar untuk sebuah al-Quran. Maka jawabnya, walaupun mahu dibelanjakan dengan emas sekalipun biarkanlah. Padahal menurut mazhab Imam Ahmad menghiasi al-Quran itu adalah makhruh.

Ada juga yang berpendapat bahawa perbelanjaan 1,000 dinar itu adalah untuk memperbaharui kertas dan tulisan. Tetapi maksud Imam ahmad masalah ini adabercampur kebaikan dan keburukannya. Maka itu tidak digemarinya.(9)

Pendapat saya mengenai maulid
Pendapat kita, sesungguhnya sambutan kelahiran Nabi yang mulia tidak mempunyai kaifiat yang tertentu yang perlu diikuti oleh semua orang atau cara yang kita wajibkan atas semua. Bahkan, bahawa apa sahaja yang boleh menyeru umat manusia ke arah kebaikan, mengumpulkan mereka atas petunjuk Allah, serta mendidik mereka kepada apa juga yang boleh memberi manfaat kepadaagama mereka, boleh merealisasikan tujuan maulid nabi ini.

Oleh yang demikian, jika kita berkumpul dalam majlis puji-pujian ke atas Nabi yang mana padanya ada ingatan terhadap kekasih kita , keutamaan baginda, jihad baginda serta khususiat baginda, (walaupun kita tidak membaca kitab maulid yang dikenali ramai, - seperti maulid ad-daibaie dan al-barzanji - kerana ada sebahagian yang menyangka bahawa majlis maulid itu tidak akan sempurna melainkan dengan membaca kitab-kitab tersebut), kemudian kita mendengar pula apa yang diperkatakan oleh para pendakwah dalam memberi peringatan dan petunjuk, serta apa yang dibacakan oleh qari' daripada ayat-ayat Al-Qur'an.

Saya (as-Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki) ada mengatakan: Jika kita melakukan demikian, sesungguhnya ia telah termasuk dalam lingkungan makna maulid Nabiyang mulia, dan tercapailah maksud sambutan ini, dan saya melihat ia tidak diperselisihkan oleh sesiapa jua.Berdiri ketika Sambutan Maulid Nabi

Adapun amalan berdiri pada Maulid Nabi , iaitu ketika mana disebutkan tentang keputeraan Nabi ke dunia, maka sesungguhnya sebahagian orang menyangka bahawa perbuatan adalah salah, tidak mempunyai asal (dalil) disisi ahli ilmu.

Tidak ternafi juga salah faham ini juga ada pada mereka yang menyambutnya, tetapi di kalangan mereka yang benar-benar jahil yang tidak boleh kita ambil kata-kata mereka. Salah faham ini ialah, berdiri ketika sambutan ini sebagai menyambut kedatangan baginda Nabi dengan jasad baginda yang mulia.

Antara salah faham yang lebih teruk lagi ialah kononnya wangian dan air yang diletakkan di tengah-tengah majlis adalah minuman yang disediakan untuk baginda .
Sangkaan-sangkaan begini tidak patut ada pada fikiran kita ummat Islam, dan kita berlepas diri dari sangkaan buruk begini, kerana hal ini dikira biadab terhadap Rasulullah. I’tiqad sebegini tidak timbul melainkan dari orang mulhid atau pendusta. Persoalan di alam barzakh tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah.

Malah kita meyakini bahawa Rasulullah lebih sempurna dan mulia dari sangkaan kononnya baginda keluar dari kubur dengan jasad baginda yang mulia dan datang ke majlis pada waktu-waktu tertentu. Saya mengata hal ini adalah dusta serta biadab yang terbit dari orang yang benci, dengki atau atau seorang yang bodoh sombong. Namun begitu kita memang beriktiqad bahawa baginda hidupdalam kehidupan barzakh yang sempurna yang sesuai dengan kedudukan baginda.

Dan sesuai dengan hidup yang sempurna tersebut roh baginda boleh pergi ke merata tempat di alam malakut Allah, dan boleh menghadiri majlis-majlis kebajikan dan acara-acara yang dipenuhi cahaya Allah dan ilmu pengetahuan.

Begitu jugalah arwah para mukminin yang sebenar.yang mengikuti baginda. Imam Malik rahimahullahu Ta'ala pernah berkata :Artinya: Telah sampai kepadaku khabar bahawa roh dapat pergi ke mana-mana dihendaki.

Salman al-Farisi radhiyallahu 'anhu pula berkata:Artinya: Roh-roh orang mukmin di alam barzakh, pergi ke mana dikehendaki. (Sebagaimana tersebut didalam kitab ar-Ruh oleh Ibn Qayyim, mukasurat 144)

Setelah engkau telah mengetahui semuanya itu, maka ketahuilah bahawa berdiri ketika sambutan maulid bukanlah wajib mahupun sunnah, dan tidak betul kitaberiktiqad sedemikian. Malahan ia adalah satu harakat (gerakan) yang menggambarkan kesukaan dan kegembiraan manusia ketika mana disebutkan bahawa baginda lahir ke dunia, para pendengar dapat menggambarkan bahawa seluruh alam bergembira dan seronok dengan nikmat ini, maka mereka pun berdiri bagi menunjukkan kegembiraan ini.

Oleh itu, ia adalah masalah kebiasaan semata-mata bukan keagamaan, dan ia bukanlah ibadah, syariah atau sunnah tetapi apa yang dilakukan oleh kebiasaan manusia. Pendapat ulama tentang berdiri ketika membaca maulid Walaupun kita sebutkan sebelum ini bahawa berdiri ketika disebutkan keputeraan Nabi adalah soal kebiasaan manusia, bukanlah suatu ibadah sunnah atau wajib, terdapat juga sebahagian ulama yang memandang baik perkara ini.

Shaikh Ja’afar al-Barzanji rahimahullahu Ta'ala, yang merupakan salah seorang penyusun kitab maulid, ada mengatakan :Artinya: Adalah dipandang baik dikalangan ulama yang mempunyai riwayat dan penelitian, perbuatan berdiri ketika kisah keputeraan baginda disebutkan. Makaberuntunglah sesiapa yang melakukannya dengan tujuan untuk membesarkan Nabi.

Kami maksudkan ‘baik’ disini ialah kerana harusnya hal itu dari segi zatnya, asalnya dan puji-pujian bagi Nabi yang dituntut dari mula kebangkitan itu sehingga kesudahannya. Maksud ini tidak boleh dibandingkan dengan makna yang diistilahkan pada usul fiqh.Penuntut-penuntut ilmu yang kurang pengetahuannya pun tahu bahawa isitilah (memandang baik) itu digunakan pada perkara-perkara yang biasa difaham oleh segolongan manusia, seperti misalnya mereka berkata, “Saya dapati kitab ini baik. Perkara ini dipandang baik. Orang-orang telah menyukai perjalanan tersebut.” Maksud mereka ialah pandangan biasa dari segi bahasa.

Jika tidak demikian, nescaya semua perkara-perkara itu berasal dari segi syara’, tetapi orang yang beraqal dan yang mengetahui ilmu usul fiqh tidak berkata begitu.
Beberapa Alasan Untuk Memandang Baik Berdiri Semasa Membaca Maulid1) Kebiasaan berdiri dalam memperingati maulid pada detik-detik kisah keputeraan Rasulullah disebutkan, dilakukan oleh kaum Muslimin di perlbagai negeri, kawasan dan daerah. Para ulama di timur dan di barat juga memandangnya sebagai kebiasaan yang baik.

Tujuannya tiada lain dari memuliakan, membesarkan pihak yang diperingati maulidnya, iaitu junjunganNabi Muhammad . Dan apa yang dipandang baik oleh muslimin, maka ia adalah baik di sisi Allah dan apa yang dipandang keji maka ia adalah keji di sisi Allahseperti mana yang kita telah sebutkan sebelum ini dalam hadis mauquf daripada Ibn Mas’ud radhiyallahu 'anhu.

2) Berdiri hormat bagi menghormati ahlul fadhl adalah disyariatkan dan dalil-dalil yang mentsabitkannya banyak terdapat didalam sunnah. Malah Imam Nawawirahimahullah Ta'ala telah menyusun bab ini dalam satu bahagian tersendiri dan ia diperkuatkan lagi oleh Imam Ibn Hajar rahimahullah Ta'ala yang telah menyanggah kata-kata mereka yang menolak (iaitu Ibnu al-Haj) pendapat Imam Nawawi dalam perkara ini dalam satu kitab yang lain yang bernama:

(3 Diriwayatkan dalam sebuah hadits yang muttafaq 'alaih bahawa baginda menyeru kepada kaum Ansar :Artinya: "Berdirilah bagi penghulu kalian". Perintah berdiri ini adalah sebagai menghormati dan mengagungkan Sayyidina Sa'ad radhiyallahu 'anhu, dan bukanlah kerana beliau sedang sakit ketika itu.

Ini kerana jika perintah ini hanya disebabkan Sayyidina Sa'ad sedang sakit, tentulah baginda akan memerintah:“berdirilah bagi menyambut orang yang sedang sakit di kalangan kalian”, dan bukannya, berdirilah bagi penghulu kalian.(10)

4) Antara petunjuk Nabi adalah baginda selalu berdiri sebagai menghormati dan menyambut sesiapa yang masuk berjumpa baginda. Ini seperti mana yang baginda lakukan sendiri ketika mana baginda berdiri menyambut puteri baginda Sayyidah Fathimah, dan menyatakan penghormatan baginda untuk beliau. Begitu juga perintah kepada kaum Ansar untuk berdiri menyambut penghulu mereka. Maka ini menunjukkan pensyariatan berdiri, dan baginda adalah yang paling berhak kita agungkan dari para sahabat tadi.(11)

5) Mungkin dikatakan bahawa penghormatan tersebut boleh jika pada masa hayat dan kehadiran baginda , dan ketika sambutan maulid ini baginda tidak hadir. Jawapannya adalah, para pembaca maulid yang mulia menggambarkan didalam jiwa mereka hadirnya baginda.

Dan gambaran ini merupakan suatu perkara yang terpuji dan dituntut, malah mesti dilakukan setiap waktu dalam minda setiap muslim yang benar-benar beriman, bagi menyempurnakan ketaatan dan menambahkan kecintaan kepadabaginda . Mereka berdiri sebagai tanda hormat dan mulia dengan gambaran yang ada pada jiwa mereka berkenaan Rasul yang agung ini, sambil merasakan kemuliaan dan keagungan kedudukan baginda. Dan ini merupakan suatu perkara yang biasa, seperti mana disebutkan sebelum ini. Malah menghadirkan demikian itu adalah suatu yang mesti bagi menambahkan rasa penghormatan kepadabaginda .

Bid'ah dan Perkara Mungkar Pada Sambutan Maulid NabiTidak kita nafikan terdapat beberapa perkara bid'ah dan mungkar yang berlaku pada sebilangan kecil sambutan maulid Nabi yang diadakan di beberapa buah negara ‘Arab dan negara Islam lain. Perkara ini sering kali kita ingatkan dan tegurkan keburukannya. Namun begitu, alhamdulillah di kebanyakan majlis sambutan maulid yang kita hadiri tidak berlaku bid'ah dan perkara mungkardemikian.

Antara perkara mungkar tersebut adalah percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang merupakan pintu utama kejahatan dan sebab terbesar terjadinya fitnah seperti mana yang terdapat dalam hadits.

Antara bid'ah pada sebahagian sambutan maulid lagi ialah apa yang dilakukan oleh golongan yang jahil apabila menyambutnya dengan perkara-perkara yangmelalaikan, permainan, nyanyian yang haram dan apa sahaja bentuk yang berkaitan yang termasuk dalam maksiat kepada Allah serta menghina larangan Allah.

Selain itu terdapat juga mereka yang menyambutnya melakukan perbuatan mungkar, meringan-ringankan shalat, bermuamalah dengan riba', meninggalkan perkara-perkara sunnah (samada yang zahir mahupun batin).

Dan antara perkara yang buruk, yang dikira sebagai berpaling dari kebaikan dan apa yang datang dari Nabi adalah apabila sebahagian mereka hanya menyambutnya pada malam atau hari tertentu, kemudian melupakan danmeninggalkannya pada hari-hari lain sepanjang tahun. Sepanjang tahun mereka tidak ada langsung berkumpul untuk membaca sirah baginda dan mengingatikisah perjuangan baginda.

Terdapat di sebahagian tempat, mereka hanya memberi keutamaan mengingati Nabi dengan membaca sejarah baginda, mengharumkan majlis-majlis denganmembaca sifat-sifat, keutamaan baginda, madah dan pujian buat baginda, memberi makan serta perbuatan-perbuatan kebajikan lain hanya pada bulan Rabiul Awwal. Perkara-perkara ini memanglah amat baik dan tiada seorangpun meraguinya.

Namun apa yang wajib ke atas kita adalah melakukannya pada setiap hari sepanjang tahun, kerana ingatan terhadap Rasul tidak mempunyai waktu yang terhad atau hari yang tertentu, malah ia merupakan agenda kehidupan seorang muslim setiap hari pada setiap urusan kehidupannya. Perhimpunan-perhimpunan yang diadakan ini pula adalah sebagai kunci bagi memperingatkan kita kepada kenyataan dan tujuan ini.

Jikalau sambutan-sambutan maulid bebas dari perkara-perkara bid'ah dan mungkar ini, tentu sekali ia merupakan wasilah yang terbaik bagi kebaikan, dankaedah serta pintu yang termulia bagi dakwah kepada Allah, peringatan dan nasihat ummat manusia sebagai mencontohi generasi salafussoleh yang termulia.Alhamdulillah, kebanyakan majlis sambutan maulid yang kita hadiri samada di sini mahupun di tempat-tempat lain, merupakan perhimpunan yang penuh kemuliaan dan kesucian, majlis yang dipenuhi dengan adab, perasaan indah dan penghormatan, perhimpunan keilmuaan, keutamaan, kegembiraan dan kegemilangan. Ia diadakan pula di masjid-masjid (tempat yang termulia di mukabumi), ataupun di dewan-dewan, dataran-dataran, sekolah dan institusi pengajian agama, mahupun di rumah para ulama. Ia dihadiri pula oleh para ulama besar serta para pendakwah ke jalan Allah yang menyerikan majlis dengan nasihat dan pengajaran mereka.

Mungkin mereka yang anti-sambutan maulid ini melihat kepada beberapa majlis yang diadakan yang mana terdapat padanya perkara-perkara bid'ah dan mungkar yang kita sebutkan di atas tadi. Kita jawab kepada mereka, sesungguhnya perkara-perkara mungkar tersebut tidak hanya terjadi pada sambutan maulid sahaja, tetapi juga pada sambutan-sambutan yang kita sepakati pensyariatannya, seperti di masjid-masjid, tempat-tempat mengerjakan haji dan umrah (terutamanya ketika berlaku kesesakan), atau pada perhimpunanperhimpunantahunan seperti solat eidul fitri dan eidul adha, wuquf di Arafah, melontar jamrah, dan apa jua perhimpunan lain. Namun begitu perkara mungkarini tidak menjejaskan asas perhimpunan-perhimpunan ini,kerana bahawasanya air yang suci lagi menyucikan itu tidak akan ternajis dengan sesuatu yang lain.

Maka bolehkah seorang yang berakal mengatakan kita harus melarang semua perhimpunan yang disyariatkan tersebut kerana berlaku padanya perkara-perkaramungkar tersebut? (Maha Suci Engkau, ya Allah. Ini adalah satu pembohongan yang besar!)

Jika seorang yang benar-benar ingin melarang perkara mungkar dengan insaf dan berfikiran jelas tentulah mengatakan, wajib bagi kita mengingkari segala bentukkemungkaran tidak kira berlaku dalam apa juga majlis, samada ia berlaku dalam sambutan maulid, mi'raj, haji, hari raya, tarawih, atau apa juga majlis lain, tanpahanya menumpukan perhatian hanya pada sambutan maulid itu sendiri, dengan mengerah segala tenaga dan media, di forum-forum atau laman web tertentu atau diatas mimbar-mimbar masjid untuk memerangi perhimpunan bagisambutan maulid.

Sesiapa yang ingin memerangi perkara mungkar dan bid'ah dengan hikmah dan keinsafan, tanpa mengkhususkannya pada sambutan tertentu sahaja, tentu sekali kita semua akan menyokong dan membantu sedaya upaya. Semoga segala sambutan yang kita adakan bersih dari perkara mungkar demi menjaga kesucian dan menghormati Tuan kepada sambutan maulid ini sendiri, .

Tohmahan Yang Gugur
Pada hakikatnya Maulid tidak lain dan tidak bukan adalah perhimpunan untuk mendengar sirah Nabi , serta memperingati kurniaan Allah Ta'ala ke atas umat inidengan kelahiran Nabi Yang Mulia Lagi Penyantun dan Penyayang .

Namun demikian terdapat beberapa serangan liar serta tohmahan yang sangat lemah, yang dipegang kuat oleh mereka yang mengingkari maulid. Malah merekasaban tahun akan membuat serangan-serangan ini demi menegakkan benang basah mereka.

Antara tuduhan mereka adalah, orang yang menyambut Maulid beriktiqad bahawa ia adalah hari raya yang ketiga. Dakwaan ini telah ditolak dan telahditerangkan sebelum ini.

Selain itu mereka juga mendakwa bahawa sambutan Maulid merupakan tambahan kepada syariat dan seolah-olah menokok tambah dalam agama. Ini kerana, kata mereka, jika ia merupakan suatu perkara yang baik, tentu sekaliNabi akan membuatnya. Dakwaan ini merupakan suatu dakwaan liar yang lemah sama-sekali. Ini kerana, tiada seorang pun sama ada orang awam di kalangan Muslimin, jauh sekali para ulama, yang akan beriktiqad atau menyangka sedemikian. Tambahan pula, bukanlah semua yang tidak dilakukan oleh Nabi atau salaf, dan dilakukan oleh golongan selepas mereka dikira sebagai cubaan menyempurnakan agama atau menokok tambah dalam syariah. Amat jauh sekali fahaman ini. Kalaulah demikian di manakah pintu ijtihad???

Apakah yang mereka katakan pada ribuan masa'il ijtihadiah (permasalahan yang diselesaikan dengan ijtihad para mujtahidin) yang diselesaikan selepas kurunkurun yang utama tersebut? Adakah ia menyempurnakan agama juga???! Dan bolehkah kita katakan semua permasalahan ini, terlepas pandang dari Nabi danpara Salaf? Atau mereka melupakannya atau tercuai dari menyelesaikannya?. (Maha Suci Engkau, ya Allah. Ini adalah satu pembohongan yang besar!) Ini merupakan satu sangkaan yang jelas sesat.

Seterusnya kita persoalkan, siapakah yang mendakwa bahawa amalan maulid ini mempunyai cara dan teknik yang berbentuk ta'abbudiyyah yang mempunyai nash secara langsung ke atasnya? Dakwaan ini merupakan sebesar-besar tipu daya dan sebathil-bathil perkara yang cuba diserapkan oleh mereka. Dakwaan ini juga telah kita jawab sebelum ini. Selain itu mereka mengatakan bahawa sambutan maulid ini merupakan bid'ah dari kelompok Rafidhah, kerana yang pertama menciptakan sambutan ini adalah kerajaan Fatimiyyah yang mereka katakan zindiq, rafidhah dan keturunan Abdullah bin Saba'. Begitulah apa yang mereka dakwa.(12)

Jawapan kepada tuduhan ini telah kita sebutkan sebelum ini, yang mana sesungguhnya yang pertama sekali menyambut maulid adalah shohib kepada Maulid ini sendiri, iaitu Saiyiduna Muhammad . Kita telah sebutkan dalil-dalil shahih padanya yang mana tiada khilaf padanya. Adapun perselisihan pada kaifiat dan jalannya (tekniknya) yang sentiasa berkembang dan berubah, ia bukanlah suatu perkara yang mesti mempunyai nash secara langsung. Malah sebenarnya umat Islam telahpun menyambutnya sebelum zaman Fatimiyyah lagi. Dan para ulama telah menyusun perihal maulid ini dalam kitab-kitab yang khas baginya.

Penipuan dan Pemalsuan Terhadap Ibn Katsir
Kita juga ada membaca dan mendengar cubaan mereka yang anti-maulid, untuk menyebarkan kebathilan mereka dengan apa jua cara, walau dengan pemalsuan (seperti mana kebiasaan mereka bagi mengaburi orang awam di kalanganMuslimin, terutamanya yang kurang ilmu), apabila mereka mengatakan begini (dengan lafaz mereka sendiri):(13 )“Sesungguhnya al-Hafiz Ibnu Katsir menyebutkan dalam al-Bidayah wa an- Nihayah (Jilid 11 mukasurat 172), bahawa Daulah Fatimiyah al-Ubaidiyyah (yang dinisbahkan kepada Ubaidullah bin Maimun al-Qadaah berbangsa Yahudi), yangmemerintah Mesir dari tahun 357H hingga 567H, telah mengadakan pelbagai sambutan pada hari-hari yang tertentu, dan antaranya ialah sambutan Maulid Nabi .” – Tamat petikan

Beginilah yang mereka naqalkan dari al-Hafiz Ibnu Katsir. Dan apabila kita merujuk kepada apa yang mereka sebutkan, kita katakan kepada mereka:Wallahi, Kamu semua telah berdusta!!! Sesungguhnya kami dapati daripada apa yang kamu dakwa daripada al-Hafiz Ibnu Katsir merupakan satu dustaan, tipudaya, pemalsuan dan pengkhianatan dalam mengambil kata-kata ulama.

Nah, bagaimanakah kita boleh mempercayai dan berasa aman dengan mereka yang sanggup berbuat demikian kepada ulama? Mereka amat taksub dan mengikut hawa nafsu mereka sehingga sanggup berbuat apa sahaja dan engganbermunaqasyah dengan adil, insaf dan jauh dari hawa nafsu.

Berikut pendapat sebenar al-Hafiz Ibn Katsir pada amalan maulid dan perkembangannnya, dan yang telah disembunyikan oleh mereka yang mendakwa kononnya mereka bermunaqasyah dengan penuh keadilan dan keinsafan. Al-Hafiz Ibn Katsir berkata dalam al-Bidayah wa an-Nihayah Juzuk 13, Halaman 136, Terbitan Maktabah al-Ma'arif seperti berikut:"... al-Malik al-Mudzaffar Abu Sa'id al-Kukabri, salah seorang dari pemimpin besar yang cemerlang serta raja-raja yang mulia, baginya kesan-kesan yang baik (lihat kata Ibn Katsir "kesan-kesan yang baik"), beliau telah mengadakan maulid yang mulia pada bulan Rabiulawwal, dan mengadakan sambutan yang besar.

Selain itu, beliau seorang yang amat berani, berakal, alim lagi adil. Semoga Allah merahmati beliau dan memperbaikkan kesudahannya..." dan beliau berkataseterusnya : “dan beliau (Sultan Muzaffar) berbelanja untuk menyambut maulid 300,000 dinar”

Maka lihatlah sidang pembaca sekalian, kepada puji-pujian kepadanya oleh Ibn Katsir, yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang alim, adil lagi berani, dantidak pernah mengatakan, zindiq, pembuat dosa, fasiq, melakukan dosa besar, sepertimana yang didakwa oleh mereka yang menentang sambutan ini. Sidang pembaca boleh merujuk sendiri kepada rujukan yang diberi, dan akan menemui kata-kata yang lebih hebat lagi dari ini, yang tidak disebutkan di sini bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Lihatlah juga kata-kata al-Imam al-Hafiz adz-Dzahabi dalam Siyar A'lam an- Nubala', Juzuk 22, halaman 336, ketika menerangkan perihal al-Malik al- Mudzaffar apabila disebutkan: “Beliau merupakan seorang yang tawadhu', baik, ahli sunnah, dan menyintai para fuqaha' dan muhadditsin."

Selain itu bagi menjawab tohmahan mereka kononnya ulamak silam mencerca sambutan ini, kita bawakan kata-kata yang jelas dari tiga ulamak yang kehebatanmereka diakui semua.

1) Al-Imam al-Hujjah al-Hafiz as-Suyuthi: Di dalam kitab beliau, al-Hawi lil Fatawa, beliau telah meletakkan satu bab yang dinamakan Husnul Maqsad fi'Amalil Maulid, halaman 189, beliau mengatakan: Telah ditanya tentang amalan Maulid Nabi pada bulan Rabiul Awal, apakah hukumnya dari sudut syara'? Adakahia dipuji atau dicela? Adakah pelakunya diberikan pahala atau tidak?

Dan jawapannya di sisiku: Bahawasanya asal kepada perbuatan maulid, iaitu mengadakan perhimpunan orangramai, membaca al-Quran, sirah Nabi dan kisahkisahyang berlaku pada saat kelahiran baginda dari tanda-tanda kenabian, dan dihidangkan jamuan, dan bersurai tanpa apa-apa tambahan daripadanya, ia merupakan bid'ah yang hasanah yang diberikan pahala siapa yang melakukannya kerana padanya mengagungkan kemuliaan Nabi dan menzahirkan rasa kegembiraan dengan kelahiran baginda yang mulia.

2) Syeikh Ibn Taimiyah : "Di dalam kitab beliau, Iqtidha' as-Shiratil Mustaqim, cetakan Darul Hadis, halaman 266, beliau nyatakan: Begitu juga apa yangdilakukan oleh sebahagian manusia samada menyaingi orang Nasrani pada kelahiran Isa, ataupun kecintaan kepada Nabi dan mengagungkan baginda, dan Allah mengurniakan pahala kepada mereka atas kecintaan dan ijtihad ini...”

Seterusnya beliau nyatakan lagi : “Ia tidak dilakukan oleh salaf, tetapi ada sebab baginya, dan tiada larangan daripadanya.”

Kita pula tidak mengadakan maulid melainkan seperti apa yang dikatakan oleh Ibn Taimiyah sebagai: “Kecintaan kepada Nabi dan mengagungkan baginda.”

3) Syeikhul Islam wa Imamussyurraah al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: Berkata al- Hafiz as-Suyuthi dalam kitab yang disebutkan tadi: Syeikhul Islam Hafizul 'Asr Abulfadhl Ibn Hajar telah ditanya tentang amal maulid, dan telah dijawab begini:"Asal amal maulid (mengikut cara yang dilakukan pada zaman ini) adalah bid'ah yang tidak dinaqalkan dari salafussoleh dari 3 kurun (yang awal), walaubagaimanapun ia mengandungi kebaikan serta sebaliknya. Maka sesiapa yang melakukan padanya kebaikan dan menjauhi yang buruk, ia merupakanbid'ah yang hasanah.
Telah jelas bagiku pengeluaran hukum ini dari asal yang tsabit iaitu apa yang tsabit dalam shahihain (shahih al-Bukhari dan shahih Muslim) bahawa Nabi ketika tiba di Madinah mendapati orang Yahudi berpuasa Asyura', lalu baginda bertanya kepada mereka (sebabnya). Mereka menjawab: Ia merupakan hari ditenggelamkan Allah Fir'aun dan diselamatkan Musa, maka kami berpuasakerana bersyukur kepada Allah. Maka diambil pengajaran darinya melakukan kesyukuran kepada Allah atas apa yang Dia kurniakan pada hari tertentu, samada cucuran nikmat atau mengangkat kesusahan."

Seterusnya beliau berkata lagi: Dan apakah nikmat yang lebih agung dari nikmat diutuskan Nabi ini , Nabi Yang Membawa Rahmat, pada hari tersebut? Dan ini adalah asal kepada amalan tersebut. Manakala apa yang dilakukan padanya, maka seharusnya berlegar pada apa yang difahami sebagai bentuk kesyukuran kepada Allah Ta'ala samada tilawah, memberi makan, sedekah, membacakanpuji-pujian kepada Nabi, penggerak hati atau apa sahaja bentuk kebaikan dan amal untuk akhirat."

Inilah istinbat-istinbat yang dikatakan oleh mereka yang menentang sambutan maulid (anti-maulid) sebagai istidlal yang bathil serta qias yang fasid, lalu merekamengingkarinya. Cukuplah bagi kita memerhatikan siapakah yang mengingkari dan siapa pula yang mereka ingkari!!!

Golongan yang anti-maulid juga mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah melakukannya, begitu juga khulafa' ar-rasyidun serta tidak juga dari mereka dikalangan para sahabat yang lain.

Maka Kita katakan kepada mereka bahawa sekadar meninggalkan sesuatu perkara tanpa diiringi nash bahawa apa yang ditinggalkan adalah perkara yang dilarang, bukanlah merupakan satu nash padanya. Malah ada menunjukkan bahawa apa yang ditinggalkan itu suatu yang disyariatkan. Manakala suatu perbuatan yang ditinggalkan menjadi suatu perkara yang dilarang bukanlah diambil dari sifatnya ditinggalkan semata-mata, tetapi berdasarkan dalil lain yang menunjukkan larangan. Walaubagaimanapun soal jawab ini gugur kerana kita katakan apa yang bercanggah adalah pada teknik dan cara, bukannya pada asal hakikat maulid itu sendiri yang ada dilakukan sendiri oleh baginda.

Dan adapun dakwaan mereka dengan bahawa kebanyakan yang menyambut maulid ini adalah golongan fasiq dan yang membuat maksiat merupakan satu tuduhan yang jelas tidak berasas sama sekali. Mereka perlu membawakan buktipada apa yang mereka katakan. Jika tidak ini merupakan suatu fitnah kepada majoriti umat Islam di seluruh dunia, dan merupakan satu maksiat dan dosabesar pula ke atas mereka. Malah kita juga sudah menjawab dakwaan ini sebelum ini.

Antara tohmahan mereka lagi ialah: Sesungguhnya sambutan ini bukanlah dalil kecintaan kepada baginda.Jawapan baginya pula ialah: Kita tidak mengatakan bahawa sambutan maulid ini merupakan satu-satunya dalil kecintaan kepada baginda, dan siapa yang tidakmenyambutnya bukanlah pencinta. tetapi apa yang kita katakan adalah:Sesungguhnya sambutan maulid ini merupakan satu tanda daripada tanda-tanda kecintaan kepada baginda, dan ia merupakan satu dalil dari dalil-dalil kepada kaitan kita kepada baginda dan mengikuti baginda. Selain itu, tidak semestinya siapa yang tidak menyambutnya bukan seorang pencinta atau pengikut baginda.

Dan sabitnya kecintaan dengan mengikuti jejak baginda tidak menafikan tsabitnya kecintaan dengan mengikuti baginda serta ditambah lagi dengan mengambil berat dan berusaha lagi, seperti mana yang disyariatkan, yangtergambar dalam sambutan ini. Sambutan ini pula tidak terkeluar dari kaedah dan asas-asas syariah di sisi mereka yang berakal.

Antara tohmahan mereka yang gugur lagi ialah, kata-kata sebahagian mereka bahawa ayat Alquran yang kita sebutkan dalam dalil ketiga, (bahagian 1)sebelum ini iaitu :
Mereka mengatakan bahawa ayat ini tidak menunjukkan kepada kegembiraan dengan adanya Rasul kerana yang dimaksudkan dengan rahmat di sini adalah Islam dan Al-Quran.

Mereka juga menaqalkan kata-kata beberapa mufassir padanya, serta beberapa atsar padanya, walaupun tidak diriwayatkan langsung hadits marfu' padanya.

Kita katakan: Subahanallah!. Betapa pelik dan ajaibnya kata-kata ini. Kalaulah yang berkata ini tidak mengucapkan syahadah, nescaya kita katakan dia adalahseorang musuh yang nyata menyesatkan, mempunyai dendam dan hasad serta niat jahat. Namun kalimah tauhid yang disebutkan menyelamatkan mereka dari kata-kata ini, lalu dengan lidah-lidah sesama mu'min yang mengesakan Allah serta mangasihi satu sama lain, kita bersangka baik kepada mereka bahawa ini adalah kerana kejahilan mereka serta salah faham.

Dan sebagai jawapan bagi tohmahan ini, kita katakan bahawa telah jelas disifatkan Nabi sebagai rahmat dalam ayat-ayat dan hadits yang begitu banyak yang sebahagiannya telah pun kita sebutkan sebelum ini. Maka apakah penghalang dari kita katakan rahmat dalam ayat yang disebutkan ini juga merangkumi Nabi, maka kita katakan Islam, Al-Quran dan Nabi semuanya adalahrahmat.

Dan siapakah yang datang dengan Islam yang merupakan rahmat? Dan siapa pula yang diturunkan padanya Al-Quran yang merupakan rahmat? Bukankah baginda Nabi Muhammad yang datang dengan rahmat ini? Jikalah tidak didatangkan dalam Al-Quran nash yang jelas menunjukkan secara mutlak zat serta syakhsiah baginda yang mulia sebagai rahmat, cukuplah penyataan di atassebagai menunjukkan bahawa yang membawa rahmat itu sendiri adalah rahmat.

Dan berdasarkan manhaj mentafsir Al-Quran dengan al-Quran, tidak syak lagi bahawa ayat tersebut merangkumi Nabi yang merupakan rahmat yang diperintahkan oleh Allah kepada kita supaya bergembira dengannya.

Tohmahan mereka lagi ialah: Sesungguhnya hari kelahiran baginda adalah hari kewafatan baginda juga. Maka kegembiraan tentulah tidak lebih utama dari kesedihan. Dan lebih utama bagi seorang yang menyintai menganggap hari ini sebagai hari berkabung dan bersedih.Kita katakan: Sesungguhnya cukuplah bagi kita al-Imam Al-'Allamah Jalaluddin as-Suyuthi sebagai balasan kepada kesalahan ini. Beliau telah menyatakan didalam kitabnya al-Hawi: Sesungguhnya kelahiran baginda merupakan seagungagung nikmat, manakala kewafatan baginda musibah terbesar kepada kita. Dan syariah menyeru kita untuk menzahirkan kesyukuran atas nikmat, dan sabar serta bertenang ketika ditimpa musibah. Syariat telah memerintahkan 'aqiqah pada kelahiran sebagai menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kelahiran.

Sebaliknya tidak pula diperintahkan demikian atau lainnya ketika kematian, malah dilarang pula ratapan dan menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.

Maka kaedah syariah telah menunjukkan bahawa pada bulan ini digalakkan menunjukkan kegembiraan dengan kelahiran baginda, dan bukanlah menunjukkan kesedihan dengan kewafatan baginda

Antara tohmahan mereka yang gugur lagi ialah bahawa kisah Abu Lahab yang membebaskan Tsuwaibah ketika dikhabarkan kepueteraan Nabi merupakan satu atsar yang bathil, kerana ia hanya sebuah mimpi yang tidak boleh dijadikan hujah, serta bercanggah dengan al-Quran.

Kemudian mereka berdalilkan kata kata Ibn Hajar dan mereka berkata : Telah berkata al-Hafiz di dalam al-Fathbahawa ia adalah mimpi yang tiada hujah padanya.
Kita katakan bahawa, Ibn Hajar yang mereka ambil kata-katanya sebagai dalil dan mereka sifatkan sebagai "al-Hafiz" merupakan Ibn Hajar yang sama yang telah mengistinbatkan hukum maulid berdasarkan asas yang shohih berdalilkan hadits puasa ‘asyura' (seperti disebutkan sebelum ini), lalu mereka tidak mengambil kata-katanya malah mengatakan : "Pendalilan ini adalah pendalilan yang bathil dan kias yang fasid".

Lihatlah kepada kepincangan teknik mereka. Apabila mereka menyangka ijtihad Ibn Hajar menepati hawa mereka, lantas mereka katakan: “telah berkata 'Al-Hafiz'”, sebagai menghormati dan memuliakan beliau dengan gelaran ini. Tetapi apabila bercanggah dengan hawa mereka, mereka tidak akan menyebutkan demikian malah mengatakan dalilnya fasid dan kiasnya fasid.Tambahan pula, ini merupakan gambaran jelas kejahilan mereka yang anti sambutan maulid ini yang kononnya mengambil dalil dari kata-kata Ibn Hajar pada menolak khabar berkaitan tsuwaibah. Ini kerana orang yang menaqalkan kata-kata ini telah menyeleweng serta menggunakan kata-kata Ibn Hajar mengikut nafsunya semata-mata, dan tidak mendatangkannya dengan gambaranyang sebenar. Kalaulah didatangkan kata-kata beliau dengan sempurna, tentulah gugur hujjah mereka. Ini kerana al-Hafiz Ibn Hajar telah menolak serangan ini dipenghujung perbahasannya tentang tajuk tersebut dengan mengatakan bahawa Allah Ta'ala berhak untuk melebihkan apa yang dikehendaki ke atas Abu Lahab, seperti mana yang dikurniakan kepada Abu Talib. Sesiapa yang merujuk kitab tersebut dengan sempurna tentu sekali akan memahami secara jelas pendapat Ibn Hajar yang sebenarnya.
Berkenaan hadits atau khabar tersebut pula, kita katakan secara ringkasnya bahawa kisah tersebut adalah sangat masyhur dalam kitab-kitab hadits dan sirah,dan telah dipetik dari para huffaz yang muktabar dan muktamad. Dan cukuplah bagi kita bahawa ia diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab shahihnya,yang kita sepakati kesahihannya yang tidak disangkal sama sekali.

Selain itu permasalahan ini termasuk dalam bab manaqib dan kelebihan serta kemuliaan yang mana tidak disyaratkan padanya sahihnya suatu khabar tersebut.Selain itu dakwaan mereka bahawa khabar ini sekadar mimpi yang tidak boleh dijadikan hukum syara', kita katakan bahawa mereka tidak tahu membezakan antara hukum syara' dan bukan. Pada hukum syara' memang ada padanya perselisihan sama ada mimpi boleh dijadikan hujjah ataupun tidak. Adapun dalam bab manaqib seperti ini, berpegang dengan mimpi adalah dibolehkan secaramutlak. Inilah yang dipegang oleh para huffaz berdasarkan mimpi masyarakat jahiliyah akan tanda perutusan Rasulullah serta perkhabaran lain. Perkara inibanyak sekali terdapat dalam kitab-kitab sunnah terutamanya dalam menceritakan tanda-tanda kenabian.Mereka juga mengatakan bahawa yang bermimpi dan meriwayatkan khabar ini, iaitu Abbas, dalam keadaan kufur, sedangkan orang kafir tidak diterimapersaksian mereka dan tidak diterima khabar dari mereka. Ini merupakan katakata yang ditolak, dan tiada padanya haruman ilmiah langsung. Ini kerana tidakpernah langsung kita katakan mimpi merupakan suatu persaksian. Maka tidak disyaratkan padanya keislaman seseorang. Ini seperti yang diriwayatkan dalamal-Quran kisah mimpi raja Mesir di zaman Nabi Yusuf yang merupakan seorang penyembah berhala, akan tetapi dijadikan sebagai tanda kenabian Nabi Yusuf.
Kalaulah ia tidak boleh dijadikan dalil serta tiada faedah, mengapa pula disebutkan oleh Allah dalam al-Quran?

Dan apa yang lebih pelik lagi ialah, mereka mengatakan bahawa Abbas bermimpi ketika beliau kafir, dan orang kafir tidak diterima persaksian mereka, sedangkankata-kata ini hanya layak keluar dari mereka yang tidak mengetahui ilmu hadits sahaja. Ini kerana apa yang dinyatakan dalam ilmu hadits adalah periwayathadits yang mengambil hadits ketika kafir kemudian meriwayatkannya sesudah Islamnya, boleh diambil riwayatnya serta diamalkan. Lihatlah contoh-contoh bagiperkara ini dalam kitab-kitab ilmu hadits, supaya anda akan mengetahui bahawa orang yang mengatakan begini adalah orang yang berkata tanpa ilmu, dansesungguhnya nafsunyalah yang mendorongnya menceburkan diri dalam bidang yang dia bukan ahlinya.Selain itu, apa yang lebih kuat lagi ialah, mimpi Abbas ini bukanlah seperti mimpi lain. Ini kerana beliau telah menceritakannya ketika Rasulullah ada bersama, danbaginda mendengar serta menyetujuinya dan membenarkannya. Jikalau ia merupakan sesuatu yang salah atau bercanggah dengan agama, tentu sekali baginda akan mengingkarinya. Dan oleh kerana baginda telah mendengar dan bersetuju dengannya, maka ia telah menjadi sunnah taqririah.

Sebahagian Kitab Yang Masyhur Berkenaan Maulid

Kitab-kitab yang ditulis berkenaan maulid terlalu banyak, dalam pelbagai bentuk penulisan. Di sini kita tidak akan menyebut semua kitab tersebut, tetapi kita akan menyebutkan sebahagian sahaja daripadanya, terutamanya dari pada huffazul hadits, serta para Imam, yang ada menulis kitab maulid dan terkenal pula karangan mereka ini. Cukuplah sekian banyak kitab ini menjadi pedoman kita akan keutamaan dan kemuliaan maulid Nabi ini.

Antara yang mengarang kitab-kitab tersebut adalah:
1) Al-Imam al-Muhaddis al-Hafiz Abdul Rahman bin Ali yang terkenal dengan Abulfaraj ibnul Jauzi (wafat tahun 597H), dan maulidnya yang masyhur dinamakan "Al-Arus". Telah dicetak di Mesir berulang kali.
2) Al-Imam al-Muhaddis al-Musnid al-Hafiz Abulkhattab Umar bin Ali bin Muhammad yang terkenal dengan Ibn Dahyatilkalbi (wafat tahun 633H). Beliau mengarang maulid yang hebat yang mempunyai tahqiq yang begitu berfaedah yang dinamakan "At-Tanwir Fi Maulidil Basyirin Nadzir"
3) Al-Imam Syeikhul Qurra' Waimamul Qiraat pada zamannya, al-Hafiz al-Muhaddis al-Musnid al-Jami' Abulkhair Syamsuddin Muhammad bin Abdullah al-Juzuri asy-Syafi'e (wafat tahun 660H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip berjudul "'Urfutta'rif bilmaulidis syarif"
4) Al-Imam al-Mufti al-Muarrikh al-Muhaddis al Hafiz 'Imaduddin Ismail bin Umar bin Katsir, penyusun tafsir dan kitab sejarah yang terkenal (wafat tahun 774H).
Ibn Katsir telah menyusun satu maulid nabi yang telah pun diterbitkan dan ditahqiq oleh Dr Solahuddin al-Munjid.
Kemudiannya maulid ini telah ditanzimkan dan disyarahkan oleh al-'Allamah al-Faqih as-Sayyid Muhammad bin Salim bin Hafidz, Mufti Tarim, dan diberikomentar pula oleh al-Marhum al-Muhaddis as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, yang telah diterbitkan di Syria pada tahun 1387H.
5) Al-Imam al-Kabir wal'alim asy-Syahir, Hafizul Islam wa 'Umdatul Anam, wa Marja'il Muhaddisin al-A'lam, al-Hafiz Abdul Rahim ibn Husain bin Abdul Rahmanal-Misri, yang terkenal dengan al-Hafiz al-Iraqi (725H - 808H). Maulidnya yang mulia dan hebat, dinamakan "Al-Mauridul Hana" dan telah disebutkan oleh ramaihuffaz seperti Ibn Fahd dan As-Suyuthi.
6) Al-Imam al-Muhaddis al-Hafiz Muhammad bin Abi Bakr bin Abdillah al-Qisi ad-Dimasyqi asy-Syafie, yang terkenal dengan al-Hafiz Ibn Nasiriddin ad-Dimasyqi(777-842H). Beliau merupakan ulamak yang membela Ibn Taymiyah malah menulis kitab bagi menjawab pertuduhan ke atas Ibn Taimiyah. Beliau telah menulis beberapa kitab maulid, antaranya:i) "Jami'ul Atsaar Fi Maulidinnabiyil Mukhtar" dalam 3 Jilidii) "Al-Lafdzurra'iq Fi Maulid Khairil Khalaiq" - berbentuk ringkasan.iii) "Maurid As-Sabiy Fi Maulid Al-Hadi"
7) Al-Imam al-Muarrikh al-Kabir wal Hafiz asy-Syahir Muhammad bin Abdul Rahman al-Qahiri yang terkenal dengan al-Hafiz as-Sakhawi (831-902H) yang mengarang kitab Addiyaullami' dan kitab-kitab lain yang berfaedah. Beliau telah menyusun maulid Nabi dan dinamakan "Al-Fakhrul 'Alawi Fi al-Maulid an-Nabawi"(Disebutkannya dalam kitab ad-Diyaullami', Juzuk 8, halaman 18).
8) Al-Allamah al-Faqih ss-Sayyid Ali Zainal Abidin as-Samhudi al-Hasani, pakar sejarah dari Madinah al-Munawarrah (wafat tahun 911H). Maulidnya yang ringkas(sekitar 30 muka surat) dinamakan "Al-Mawarid Al-Haniyah Fi Maulid Khairil Bariyyah". Kitab ini dalam tulisan khat nasakh yang cantik dan boleh didapati diperpustakaan-perpustakaan di Madinah, Mesir dan Turki.9) Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafie, yang terkenal dengan Ibn Daibai'e. beliau dilahirkanpada bulan Muharram 866H, dan meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Rejab 944H. Beliau merupakan salah seorang Imam pada zaman beliau, dan merupakan kemuncak masyaikhul hadits. Beliau telah meriwayatkan hadits-hadits al-Bukhari lebih seratus kali, dan membacanya sekali dalam masa enam hari. Beliau telah menyusun maulid yang amat masyhur dan dibaca di merata dunia (maulid daibaie). Maulid ini juga telah ditahqiq, diberi komentar serta ditakhrijkan haditsnya oleh al-Marhum al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.
10) Al-'Allamah al-Faqih al-Hujjah Syihabuddin Ahmad bin Hajar al-Haitami (wafat tahun 974H). Beliau merupakan mufti Mazhab Syafie di Makkah al-Mukarramah. Beliau telah mengarang maulid yang sederhana (71 mukasurat) dengan tulisan khat naskh yang jelas yang boleh didapati di Mesir dan Turki.
Beliau namakannya "Itmamun Ni'mah 'Alal 'Alam Bimaulid Saiyidi Waladi Adam". Selain itu beliau juga menulis satu lagi maulid yang ringkas, yang telah diterbitkan di Mesir dengan nama "An-Ni'matul Kubra 'Alal 'Alam Fi Maulid Saiyidi Waladi Adam".
As-Syeikh Ibrahim al-Bajuri pula telah mensyarahkannya dalam bentuk hasyiah dan dinamakannya : "Tuhfatul Basyar 'ala Maulid Ibn Hajar"
11) Al-'Allamah al-Faqih asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ys-Syarbini al-Khatib (wafat tahun 977H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip sebanyak 50 halaman, dengan tulisan yang kecil tetapi boleh dibaca.
12) Al-'Allamah al-Muhaddits al-Musnid al-Faqih asy-Syaikh Nuruddin Ali bin Sultan al-Harawi, yang terkenal dengan al-Mulla Ali al-Qari (wafat tahun 1014H)yang mensyarahkan kitab al-Misykat. Beliau telah mengarang maulid dengan judul "Al-Maulidurrawi Fil Maulidin Nabawi". Kitab ini juga telah ditahqiq dandiberi komentar oleh al-Marhum al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, dan dicetak di Matba'ah As-Sa'adah Mesir tahun 1400H/1980M.
13) Al-'Allamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja'far bin Hasan bin Abdil Karim al-Barzanji, Mufti Mazhab As-Syafi'e di Madinah al-Munawarah (khilaf pada tahunwafatnya, 1177H atau 1184H). Beliau merupakan penyusun maulid yang termasyhur yang digelar Maulid al-Barzanji. Sebahagian ulama menyatakan nama sebenar kitab ini ialah "'Aqdul Jauhar Fi Maulidin Nabiyil Azhar". Maulid ini merupakan maulid yang termasyhur dan paling luas tersebar di negara-negara Arab dan Islam, di timur dan barat. Malah dihafal dan dibaca oleh orang Arab dan'Ajam pada perhimpunan-perhimpunan mereka yang berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan.
14) Al-'Allamah Abul Barakat Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-'Adawi yang terkenal dengan ad-Dardir (wafat tahun 1201H). Maulidnya yang ringkas telah dicetak di Mesir dan terdapat hasyiah yang luas padanya oleh Syeikul Islam di Mesir, al-Allamah As-Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Baijuri atau al-Bajuri (wafat tahun 1277H).
15) Al-'Allamah asy-Syeikh Abdul Hadi Naja al-Abyari Al-Misri (wafat tahun 1305H). Maulidnya yang ringkas dalam bentuk manuskrip.
16) Al-Imam al-'Arifbillah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid asy-SyarifMuhammad bin Ja'far al-Kattani al-Hasani (wafat tahun 1345H). Maulidnya berjudul (Al-Yumnu Wal-Is'ad Bimaulid Kharil 'Ibad" dalam 60 halaman, telah diterbitkan di Maghribi pada tahun 1345H.
17) Al-'Allamah al-Muhaqqiq asy-Syeikh Yusuf an-Nabhani (wafat tahun 1350H). Maulidnya dalam bentuk susunan bait dinamakan "Jawahirun Nazmul Badi' Fi Maulidis Syafi'" diterbitkan di Beirut berulangkali.
Begitulah sebahagian daripada kitab-kitab maulid yang telah disusun oleh para ulamak ummat Islam yang terkenal. Kebanyakan maulid yang ada hari inidikarang oleh para huffaz, muhaddisin dan ulamak yang masyhur. Cukuplah bagi kita melihat betapa maulid ini begitu dimuliakan oleh para ulamak silam, tetapicuba diingkari oleh mereka yang mengaku cerdik pandai dalam agama di zaman ini.- TAMAT TERJEMAHAN-
PenutupSemoga terjemahan ini memberi gambaran sebenar yang jelas serta kefahaman yang jitu kepada para pembaca tentang persoalan menyambut maulid Nabi . Usahlah terpedaya kepada mereka yang menentang akan sambutan ini. Saya, Abu Zahrah mengucapkan jutaan terimakasih kepada al-Fadhil Ustaz Sayyid Abdul Kadir al-Joofre kerana mengizinkan saya untuk menggunakan sebahagiandaripada terjemahannya serta membuat pengolahan. Dan semoga Allah merahmati dan memberkati penulis asal kitab iaitu al-Marhum al-Muhaddits as- Sayyid Muhammad bin Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani.
InsyaAllah kita akan menyambut maulid dalam waktu terdekat, oleh itu marilah menghadiri sambutan maulid di masjid, surau, balairaya atau dimana sahaja –hayatilah sirah yang dibaca, jiwailah shalawat yang dialunkan, fahamilah tazkirah yang disampaikan, kerana ia akan menyuburkan serta menambahkan lagi rasakasih serta cinta kita kepada Rasulullah .- jiwa kita akan lebih bertenaga untuk terus mengikuti segala ajarannya, jejak langkahnya dalam rangka kita mentaatiAllah setiap detik dan ketika.
______________________________________________________Notakaki:-1) al-Hafiz Syamsuddin ibn al-Jazari menyebut didalam kitabnya ‘Urf al-Ta’rif bi Muulidasy-Syarif:Artinya: Bahawa seseorang (yakni Sayyiduna Abbas) bermimpi melihat Abu Lahab selepaskematiaannya. Maka dia bertanya tentang keadaannya? Abu Lahab menjawab: Aku beradadi dalam neraka tetapi diringankan azabku pada setiap malam itsnin dan aku menghisapair diantara 2 jariku sekadar ini (sambil mengisyaratkan hujung jarinya). Yang demikianitu kerana aku membebaskan Tsuwaibah ketika dia mengkhabarkan kepadaku tentangberita gembira mengenai keputeraan Nabi Muhammad dan kerana aku telah menyuruhnyamenyusukan MuhammadSekiranya Abu Lahab seorang kafir yang dicela di dalam al-Quran mendapat balasan didalam neraka kerana kegembiraannya diats keputeraan Rasulullah apatah lagi perasaangembira yang lahir dari hati seorang muslim yang mentauhidkan Allah?2) Asy-Syeikh Dr Isa bin Abdullah Mani' al-Himyari menyatakan di dalam Bulugh al-Ma’mulfi al-Ihtifa’ wa al-Ihtifal bi Maulid ar- Rasul, nash ini menunjukkan dengan jelas tetnagkeharusan menyambut maulid Nabi dan pada hadits ini tiada ihtimal yang lain.Beliau berkata melalui hadits diatas, saya tidak mendapati sebarang jawapan yangmenyokong pendapat golongan anti-maulid ini. Malah sekiranya mereka berpegangbahawa sambutan maulid Nabi hanya dibolehkan dengan melakukan ibadah puasa dantidak boleh dilakukan dengan ibadat lain lain seperti membaca shalawat, membaca sirahNabi , bersedekah dan sebagainya, maka golongan ini termasuk didalam golongan ahlizahir, yang hanya mengikut buta zahir hadits tanpa merujuk kepada kaedah usul danmereka mengkhususkan hadits ini tanpa ada dalil yang mengtakhsiskannya.3) Ad-Durrul Mantsur Juz 3, Halaman 3084) Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka.Artinya: “Sesungguhnya Rasulullah . Setelah sampai ke Madinah, maka bagindamendapati kaum Yahudi sedang berpuasa hari ‘Asyura. Maka baginda bertanya kepadamereka: apakah hari kamu berpuasa ini? Jawab mereka: Iannya adalah hari yang besar,dimana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya dan Allah menenggelamkan Fir’aun dankaumnya. Maka Musa berpuasa kerana bersyukur keatasnya dan kami berpuasa keranabersyukur (diatas ni’mat tersebut). (Mendengar jawapan mereka) maka Rasulullah .punbersabda: Kami lebih berhak dan lebih utama (memperingati) Musa daripada kalian. MakaRasulullah . Pun berpuasa dan memerintahkan (shahabat-shahabat baginda) berpuasa(pada hari tersebut).”Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa perbuatan Rasulullah . Memuliakanhari Nabi Musa diselamatkan, menunjukkan bahawa menyambut maulid Nabi Muhammad . Adalah disyariatkan di dalam Islam, sebagaimana di dalam fatwanya yang dinaqalkanoleh al-Hafiz as-Sayuthi di dalam Husn al-Maqasid fi ‘Amal al-Maulid. (Sila lihat al-Hawi al-Fatawa) Beliau menyatakan, dari dalil diatas dapat diambil pengajaran bahawa:a) Hendaklah kita bersyukur di atas kurniaan Allah yang telah menghapuskan kebathilandan menegakkan kebenaranb) Umat Islam dianjurkan supaya memperingati pada setiap tahun hari-hari yang dianggappenting dalam Islam.Justeru, melahirkan rasa kesyukuran kepada allah boleh terhasil dengan pelbagai caraibadat sepeti bershalat, bersedekah, membaca la-Quran dan sebaginya. Sesungguhnya29apakah nikmat yang lebih besar daripada nikmat dikurniakan seorang Nabi pembawarahmat kepada kita?5) Diantara penyair-penyair Rasulullah adalah Sayyiduna Hasan bin Tsabit, SayyidunaAbdullah bin Rawahah dan Sayyiduna Ka’ab bin Malik W? BB X - .Satu ketika, Ka’ab bin Zuhair mengubah qasidah pujian untuk baginda . Setelahmendengar pujian disampaikan oleh Ka’ab, Nabi meleaskan burdah (selendang)nya danmemakaikan kepada Ka’ab sebagai hadiah sekaligus sebagai ungkapan bahawa bagindameredhainya.Baginda Rasulullah juga pernah mendoakan Abdullah bin Rawahah setelah bagindamendengar syair dibacakan oleh Abdullah bin Rawahah. Baginda berdoa: * @H فoO@N BB ? O M_Artinya: Dan engkau wahai Abdullah Rawahah, semoga Allah meneguhkanmu. DoakRasulullah ini membuktikan bahawa baginga senang mendengar syair pujian untukbaginda.6) Berkumpul untuk melakukan sesuatu yang baik adalah digalakkan berdasarkan kepadasabda RasulullahArtinya: Tidak duduk suatu kaum yang berzikir kepada Allah melainkan mereka dikelilingioleh para malaikat, dicucuri rahmat, diturinkan ketenangan dan Allah meyebut merekakepada para malaikat yang berada disisiNYA. (Hadits riwayat Imam Muslim)7) Persoalan ini dibahaskan panjang lebar oleh para ulama. Insyaallah sekiranya diberikesempatan olehnya, saya akan menulis sedikit tentang persoalan bid’ah sertapembahagiannya menurut pengertian para ulama’ kita.8) Menurut Sayyid Muhammad al-Maliki, perkara ini berlaku di Haramain (Mekah danMadianh) selama beberapa tahun tetapi telah ditinggalkan. Apa yang berlaku, ketikamereka melakukannya, mereka menyatakan bahawa perbuatan ini adalah baik tetapiapabila mereka meniggalkannya, maka mereka mengatakan bahawa perbuatan itu adalahsesat. Atau dalam erti kata lain, mula-mula perbuatan yang baik tetapi kemudiannyamenjadi kemugkaran. Apakah boleh tergambar atau diterima oleh orang yang beraqalwarak sesuatu perkara yang sama boleh menjadi baik dan tidak baik.(9) Begitulah pendapat Ibnu Taymiyah yang jelas tidak mengingkari sambutan ini,walaupun beliau mengingkari apa-apa perbuatan mungkar yang ada pada sambutan ini(sama seperti fahaman kita yang telah diterangkan sebelum ini). Malah Ibnu Taymiyahmenyamakan hukum sambutan ini dengan jawapan Imam Ahmad pada perbelanjaan besaruntuk menghiasi mushaf. Namun demikian mereka yang mengingkari sambutan ini, akanmenggunakan pendapat Ibnu Taymiyah secara umum dalam memerangi bid'ah (yangsesat – pada pandangan mereka) sambutan maulid Nabi , sambil meninggalkan apa yangdikatakan sendiri oleh Ibnu Taymiyah dalam perkara ini secara khusus. Semoga Allahmemberi hidayah kepada semua.(10) Selain itu tentulah tidak diperintahkan semua orang berdiri bagi menyambutnya,kerana cukuplah sebahagian sahaja yang berdiri menyambut orang yang sakit. Di sini jelasbahawa perintah berdiri bagi memuliakan seseorang adalah disyariatkan.](11) Terdapat beberapa hadits lagi yang menunjukkan bahawa baginda berdiri keranamenyambut seseorang antaranya:-قB@ *- B-ؤ- ? Xlw_ W? BB X : ق5- s?5 O M o_ B-5? _ B O? ف? O?@?H فق X BOO فق- B?mailto:فX@%04ق قOBArtinya ( lebihkurang): Ummul Mu’minin ‘Aisyah berkata: Ketika Zaid bin Haritsah tiba ke30Madinah, dan ketika itu baginda sedang berada dirumahku. Maka Zaid mengetuk pinturumahku. Maka Nabi berdiri menyambut kedatangannya, lalu memeluk dan menciumnya.*g h *O 5 5 X *O? ? _ W? BB X قB: N B O? ?M5o ف ق- ق- B? M@u ق5 5gBArtinya ( lebihkurang): Dikeluarkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah W? BB X ,katanya: Adalah Rasulullah berbicara dengan kami. Apabila baginda berdiri, maka kamipunsehingga melihat baginda telah pun masuk (ke dalam rumahnya). *g h *O 5 5 ف? ` : * B O? N hB` ? - ف*قOB *O - B WX_ ف WX B OXW o O فhB`XB? H o- *قOB@ *- - B WX_ ف WX B wق o O - Bh O Bg H o- *قOB *g - B WX_ فق- ف*hB`O? ?5?Artinya ( lebihkurang): Dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam sunannya bahawa pada suatuhari Nabi sedang duduk. Lalu datang ayah susuan baginda. Baginda membentangkan kainbaginda untuknya, dan dia (ayah susuan baginda) duduk diatasnya. Kemudian datang pulaibu susuan baginda. Baginda membentangkan bahagian dari kain baginda, dan dia (ibususuan baginda) duduk diatasnya. Setelah itu datang saudara susuan baginda, makabaginda berdiri mempersilakan duduk bersama baginda.(12) dan (13): Tuduhan ini dibuat oleh Shaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (meninggalpada1420H), bekas mufti Saudi didalam fatwanya (rujuk fatwa markaz ad-dakwah wa alirsyad)(14) Maksudnya menpunyai akhlaq yang baik.Saya bawakan petikan dari kitab Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin oleh TuanGuru Hj ‘Abdul Qadir bin Hj Wan Ngah Sekam. “ …… iaitu satu raja yang adil dan ‘alim …namanya Abu Said Kukubri bin Zainuddin … raja negeri Irbil dan bercerita oleh setengahmereka …….. [seterusnya] …. Dan cerita oleh isterinya bahawa baju bagi raja itu taksampai harga lima dirham pun, maka isterinya merepek [berleter] kepadanya, maka jawabraja itu: Pakai aku akan kain lima dirham dan bersedekah aku dengan dirham yang lebihlagi itu terlebih baik daripada aku pakai yang mahal dan tinggal aku akan faqir miskin …..”- Halaman 11. – Tamat petikan -.Al-Malik al-Mudzaffar Abu Sa'id al-Kukabri adalah ipar kepada Sultan Salahuddin al-Ayyubi.Beliau gugur syahid didalam medan jihad menentang tentera salib Perancis ketikamempertahan kota Akka pada tahun 630H. Beliau pernah menghadiahkan wang sebanyakseribu dinar kepada Shaikh Abu al-Khattab ibn Dihya kerana telah menyusun untuk beliausebuah kitab maulid bertajuk al-Tanwir fi Maulid al-Bashir al-Nadzir. – Wallahu a’lam______________________________________________________

Wednesday, 4 April 2007

PERBANKAN ISLAM PERLU LEBIH BERTOLAK ANSUR

Oleh Asmadi Mohamed Naim

PERKEMBANGAN perbankan Islam menjadi semakin rancak di Malaysia. Berdasarkan laporan Berita Harian, 24 Mac lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan penubuhan syarikat penuh perbankan Islam kepada Maybank Berhad.

Ini bermakna kaunter perbankan Islam di Maybank akan berdiri sebagai satu anak syarikat Maybank yang mempunyai satu entiti berasingan daripada Maybank yang ada pada waktu ini.

Menurut laporan itu lagi, Bahagian Perbankan Islam Maybank mempunyai pemilikan aset berasaskan syariah bernilai AS$6.4 bilion, menjadikan ‘Maybank Islamic’ sebagai penyedia perkhidmatan perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik.

Pertumbuhan industri perbankan Islam semakin rancak dengan beberapa bank luar negara seperti Citibank dan HSBC Bank dilihat sentiasa memperkemaskan produk perbankan Islam mereka.

Perkembangan pesat perbankan Islam di Malaysia dilihat pemerhati dan pengamal perbankan Islam dari pelbagai sudut. Antaranya, ia melambangkan keterbukaan masyarakat Malaysia menjadikan perbankan Islam mudah diterima.

Kedua, cuaca pelaburan yang memberangsangkan di Malaysia meyakinkan pelabur untuk melabur di negara ini. Faktor ini disokong rasa tidak yakin pelabur Asia Barat terhadap pelaburan di Barat lantaran fenomena mengaitkan Islam dengan keganasan.

Walaupun begitu, penulis berasakan perbankan Islam perlu menyelesaikan segera beberapa isu yang masih menyelubungi sistem itu. Ungkapan seperti ‘perbankan Islam salinan kepada sistem konvensional’ masih kedengaran di kalangan pendukung atau pelanggan setia perbankan Islam.

Contoh, kontrak BBA terus menjadi kontroversi kepada perbankan Islam. Ia kerap dilihat sebagai satu ciplakan kepada sistem riba dalam perbankan konvensional. Ramai berasakan kontrak BBA satu kontrak yang lemah menurut perundangan Islam.

Sebenarnya BBA singkatan kepada al-Bai' bi Thaman Ajil iaitu jual dengan pembayaran balik secara tangguh. Pihak penjual biasanya memperoleh keuntungan melalui harga tangguh berkenaan (modal campur keuntungan).

Sebagai contoh, pihak bank membeli barang daripada pembekal dengan harga modal secara tunai. Selepas itu, bank menjual kepada pihak pengguna dengan harga tangguh tertentu (modal + untung) untuk satu tempoh masa tertentu contohnya enam bulan.Perbankan Islam di seluruh dunia menerima konsep ini. Kebanyakan ulama menerima konsep BBA dan murabahah termasuk ulama di Asia Barat. Kontrak ini adalah kontrak antara tiga pihak iaitu pembekal, bank dan pengguna akhir.

Walaupun begitu, BBA yang diamalkan di Malaysia bercampur dengan unsur lain menyebabkannya dipertikai perbankan Islam di Asia Barat. Antara unsur dimaksudkan ialah unsur bai' al-'inah dan menjual sesuatu yang belum wujud (bai' al-ma'dum).

Pembiayaan peribadi

Kontrak ini terjadi apabila seseorang (contohnya si B) yang inginkan wang tunai mengunjungi sebuah perbankan Islam. Bank A menjual sebahagian asetnya kepada pelanggan B dengan harga RM10,000 secara tangguh atau hutang untuk tempoh lapan tahun contohnya.

Selepas itu, Bank A akan membeli semula aset berkenaan dengan harga RM6,000 secara tunai. Dengan itu, pelanggan B perlu membayar lebihan RM4,000 dalam tempoh itu.

Sebenarnya kontrak di atas mengandungi dua kontrak. Pertama, Bank A menjual aset kepada pelanggan B. Kedua, pelanggan B menjual balik aset itu kepada bank A. Tujuan pelanggan B ialah mendapatkan wang tunai dan bukannya aset bank. Inilah konsep yang dipakai untuk pembiayaan peribadi.

Pembiayaan rumah sedang dibina

Perkara lain yang dipertikaikan ialah konsep BBA dalam pembiayaan perumahan yang sedang dalam pembinaan. Kebanyakan konsep dilaksana ialah pihak bank membeli hak ke atas rumah sedang dibina daripada pihak pemaju.

Selepas itu bank menjadikan ‘rumah yang sedang dibina’ sebagai satu sekuriti yang kemudian diiktiraf sebagai aset terasing bernilai dan kemudian dijual kepada pelanggan dengan harga tangguh (modal + untung) menggunakan konsep BBA tanpa menghiraukan rumah itu terbengkalai atau lambat pembinaannya. Segala risiko pembinaan dipikul sepenuhnya oleh pelanggan.

Konsep ini menimbulkan kontroversi besar di kalangan ulama Islam. Pertama, adakah sekuriti itu haq maliy yang terasing daripada aset sebenar? Haq maliy di dalam Islam sebenarnya terikat secara terus dengan aset yang wujud.

Dalam kes di atas, aset sebenarnya belum wujud (masih dalam pembinaan). Atas dasar itu, kebanyakan ulama khususnya di Asia Barat berpegang bahawa haq maliy pada rumah berkenaan berbentuk al-dayn (hutang).

Berdiri di atas pandangan boleh menjual dayn mustaqir (hutang yang diyakini boleh bayar), bank tidak boleh menjual hutang dengan harga lebih tinggi atau lebih rendah. Sebarang perubahan pada harga membawa kepada mengambil riba.

Pembiayaan rumah siap
Kedua ialah tiada bukti diiktiraf perundangan Malaysia yang menunjukkan bank membeli rumah siap sebelum menjualnya kepada pelanggan. Kebanyakan bank hanya menyediakan dokumen menunjukkan pemilikan mereka terhadap rumah itu.

Kes mahkamah yang lampau membuktikan bagaimana mahkamah di Malaysia tidak melihat adanya transaksi pindah milik rumah daripada kontraktor kepada bank. Hasilnya, segala transaksi bank dilihat sebagai memberikan pinjaman wang kepada pelanggan dengan kadar bunga tertentu.

Penulis tidak berhasrat mempertikai keputusan dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah bank atau Majlis Penasihat Syariah Bank Negara. Namun, liberalisasi perbankan Islam di Malaysia diharap menjadi lonjakan kepada satu arus baru perbankan Islam.

Ada bank yang mula melakukan anjakan dengan menawarkan produk berbentuk perkongsian risiko berpandukan konsep ‘al-ghunm bi al-ghurm’ iaitu ‘perolehan melalui risiko’. Penawaran konsep yang mempunyai hujah lebih kuat) seperti musyarakah mutanaqisah bagi pembiayaan perumahan, diharap dapat menceriakan pelanggan setia perbankan Islam.

Mengikut konsep ini, sesebuah bank Islam dan pelanggan akan berkongsi membina rumah. Rumah itu disewakan dan keuntungan daripada sewa dibahagikan antara bank dan pelanggan bergantung kepada jumlah modal masing-masing.

Pada masa sama, pelanggan boleh membeli bahagian bank sedikit demi sedikit untuk membolehkan mereka menguasai keseluruhan rumah itu.

Kesimpulannya, liberalisasi dan pertambahan jumlah perbankan Islam di Malaysia seharusnya dilihat dan dianalisis secara teliti.

Kemasukan perbankan Islam dari Asia Barat sebenarnya suatu interpretasi ketidakupayaan prinsip perbankan Islam versi Malaysia diyakini sepenuhnya pelabur syariah tegar dari Asia Barat.

Lantaran itu, Bank Negara Malaysia meneruskan langkah bijak dengan menawarkan dan meluluskan bank Islam Asia Barat untuk beroperasi dan memilih prinsip syariah yang diyakini mereka.Secara tidak langsung, bank Asia Barat akan membawa masuk pelaburan dari sana.

Operasi bank Asia Barat diharapkan membawa arus perubahan kepada prinsip perbankan yang sedang digunakan.

Pelanggan mengharapkan perbankan Islam yang benar-benar mengutamakan ‘kesahan’ kontrak menurut syariah. Mereka juga mengharapkan konsep kerjasama, tolak ansur dan risiko menjadi asas kuat perbankan Islam berbanding perbankan konvensional.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perbankan dan Kewangan Islam, merangkap Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia.

INTI PATI:

Beberapa bank luar negara dilihat sentiasa bersaing bagi memperkemaskan produk perbankan Islam menunjukkan pertumbuhan industri perbankan Islam semakin rancak.
Tindakan Barat mengaitkan Islam dengan keganasan menyebabkan kebanyakan pelabur Asia Barat beralih kepada Malaysia.

Perbankan Islam perlu menyelesaikan beberapa perkara seperti anggapan ‘perbankan Islam salinan kepada sistem konvensional’.
Kemasukan perbankan Islam dari Asia Barat membayangkan ketidakupayaan prinsip perbankan Islam versi Malaysia diyakini sepenuhnya pelabur syariah terutama dari Asia Barat.

Pelanggan perbankan islam mengharapkan sistem yang benar-benar mengutamakan ‘kesahan’ kontrak menurut syariah. Mereka juga mengharapkan konsep kerjasama dan sistem yang lebih bertolak ansur berbanding perbankan konvensionaL.
Sumber: Berita Harian, 3 April 2007, Selasa, mukasurat 10. Lihat: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20070402234758/Article/

Sunday, 1 April 2007

ANJAKAN MELALUI LIBERALISASI PERBANKAN ISLAM

Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

Perkembangan perbankan Islam menjadi semakin rancak di Malaysia. Berdasarkan laporan Berita Harian, 24 Mac 2007 menjelaskan bahawa Bank Negara Malaysia telah meluluskan penubuhan syarikat penuh perbankan Islam kepada Maybank Berhad. Ini bermakna kaunter perbankan Islam di Maybank akan berdiri sebagai satu anak syarikat Maybank yang mempunyai satu entiti berasingan dari Maybank yang ada pada waktu ini.

Menurut laporan itu lagi, Bahagian Perbankan Islam Maybank mempunyai pemilikan aset berasaskan Syariah yang bernilai AS$6.4 bilion. Justeru ia akan menjadikan 'Maybank Islamic' sebagai penyedia perkhidmatan perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik, meninggalkan Bank Islam Malaysia Bhd di tempat yang kedua dan perbankan Islam yang sedia wujud iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd, AmIslamic Bank Bhd dan CIMB Islamic yang sebelum ini dikenali Commerce Tijari Bank Bhd.

Sekaligus, mencetuskan saingan yang lebih sihat terhadap dua buah bank Islam milik asing ialah Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd. dan Al-Rajhi Bank Malaysia.

Pertumbuhan industri perbankan Islam ini semakin rancak dengan beberapa bank luar Negara seperti Citibank dan HSBC Bank dilihat sentiasa memperkemaskan produk-produk perbankan Islam mereka.

Perkembangan pesat perbankan Islam di Malaysia dilihat oleh pemerhati dan pengamal perbankan Islam dari pelbagai sudut. Antaranya, ia melambangkan bagaimana keterbukaan masyarakat perbankan Islam di Malaysia, telah menjadikan perbankan Islam mudah diterima. Malaysia dikatakan amat terbuka di sudut pemilihan prinsip-prinsip Syariah dalam perbankan Islam.

Keduanya, cuaca pelaburan yang memberangsangkan di Malaysia telah meyakinkan pelabur untuk melabur di negara ini. Faktor ini disokong dengan ketidakyakinan pelabur-pelabur Timur Tengah terhadap pelaburan di Barat lantaran fenomena mengaitkan Islam dengan keganasan.

Walaupun begitu, penulis berasakan perbankan Islam perlu menyelesaikan segera beberapa isu yang masih menyelubungi system ini. Ungkapan seperti "perbankan Islam merupakan 'duplicate' kepada system konvensional" masih kedengaran di kalangan pendukung atau pelanggan setia perbankan Islam.

Sebagai contoh, kontrak BBA terus menjadi kontroversi kepada perbankan Islam. Ia kerap dilihat sebagai satu ciplakan kepada system riba dalam perbankan konvensional. Ramai merasakan kontrak BBA merupakan satu kontrak yang lemah menurut perundangan Islam.

Sebenarnya BBA merupakan singkatan kepada al-Bai' bi Thaman Ajil iaitu jual dengan pembayaran balik secara tangguh. Pihak penjualnya biasanya memperolehi keuntungan melalui harga tangguh tersebut (modal campur keuntungan).

Sebagai contoh, pihak bank membeli barang dari pihak pembekal dengan harga modal secara tunai. Setelah itu, pihak bank menjual kepada pihak pengguna dengan harga tangguh tertentu (modal + untung) untuk satu tempoh masa tertentu contohnya enam bulan,

Perbankan Islam di seluruh dunia menerima konsep ini. Kebanyakan ulama menerima konsep BBA dan murabahah termasuk ulama-ulama di Timur Tengah. Kontrak ini adalah kontrak antara tiga pihak iaitu pembekal, bank dan pengguna akhir.

Walaupun begitu, BBA yang dipraktis di Malaysia bercampur dengan unsur-unsur lain yang menyebabkannya dipertikai oleh perbankan Islam di Timur Tengah. Antara unsur-unsur yang dimaksudkan ialah unsur bai' al-'inah dan menjual sesuatu yang belum wujud (bai' al-ma'dum).

Pertikaian terhadap konsep perbankan Islam versi Malaysia

Pertikaian terhadap BBA muncul apabila unsur bai' al-'inah dimasukkan ke dalam kontrak BBA. Mereka mengekalkan nama BBA untuk transaksi tersebut.

Pembiayaan peribadi
Kontrak ini terjadi apabila seseorang (contohnya si B) yang inginkan wang tunai mengunjungi sebuah perbankan Islam. Bank A menjual sebahagian asetnya kepada pelanggan B dengan harga RM10000.00 (Sepuluh Ribu) secara tangguh atau hutang untuk tempoh 8 tahun contohnya. Selepas itu, Bank A itu akan membeli semula aset tersebut dengan harga RM6000.00 (Enam Ribu) secara tunai. Dengan itu, pelanggan B perlu membayar lebihan RM4000.00 (emapat ribu) dalam tempoh tersebut.

Sebenarnya kontrak di atas mengandungi dua kontrak. Pertamanya ialah Bank A menjual asetnya kepada pelanggan B. Keduanya pelanggan B menjual baliknya aset tersebut kepada bank A. Tujuan pelanggan B ialah mendapatkan wang tunai dan bukannya aset bank tersebut. Inilah konsep yang dipakai untuk pembiayaan peribadi.

Pembiayaan rumah sedang dibina
Perkara lain yang dipertikaikan ialah konsep BBA dalam pembiayaan perumahan yang sedang dalam pembinaan. Kebanyakan konsep yang dilaksana ialah pihak bank membeli hak ke atas rumah yang sedang dibina daripada pihak pemaju. Setelah itu bank menjadikan 'rumah yang sedang dibina' sebagai satu sekuriti (securitization). Sekuriti ini kemudiannya diiktiraf sebagai aset terasing yang bernilai (haq maliy) yang kemudiannya dijual kepada pelanggan dengan harga tangguh (modal + untung) menggunakan konsep BBA tanpa menghiraukan rumah tersebut terbengkalai atau lambat pembinaannya. Segala risiko pembinaan dipikul sepenuhnya oleh pelanggan.

Konsep ini menimbulkan kontroversi yang besar di kalangan ulama-ulama Islam. Pertamanya, adakah sekuriti tersebut merupakan haq maliy yang terasing dari aset sebenar? Haq maliy di dalam Islam sebenarnya terikat secara terus dengan aset yang wujud.

Dalam kes di atas, aset sebenarnya belum wujud (masih dalam pembinaan). Atas dasar tersebut, kebanyakan ulama khususnya di Timur Tengah berpegang bahawa haq maliy pada rumah tersebut berbentuk al-dayn (hutang). Berdiri di atas pandangan boleh menjual dayn mustaqir (hutang yang diyakini boleh bayar), bank tidak boleh menjual hutang dengan harga yang lebih tinggi atau lebih rendah. Sebarang perubahan pada harga membawa kepada mengambil riba.

Pembiayaan rumah siap
Kedua ialah tiada bukti yang diiktiraf oleh perundangan Malaysia yang menunjukkan bank membeli rumah yang telah siap sebelum menjualnya kepada pelanggan. Kebanyakan bank hanya menyediakan dokumen mereka sendiri yang menunjukkan pemilikan mereka terhadap rumah tersebut. Kes-kes mahkamah yang lampau membuktikan bagaimana mahkamah di Malaysia tidak melihat adanya transaksi pindah milik rumah daripada pihak kontraktor kepada pihak bank. Hasilnya, segala transaksi bank dilihat sebagai memberikan pinjaman wang kepada pelanggan dengan kadar bunga yang tertentu.

Penulis tidak berhasrat mempertikai keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Penasihatan Syariah bank-bank, atau Majlis Penasihatan Syariah Bank Negara. Namun, liberalisasi perbankan Islam di Malaysia ini diharap menjadi lonjakan kepada satu arus baru perbankan Islam.

Terdapat bank-bank yang mula melakukan anjakan dengan menawarkan produk-produk yang berbentuk perkongsian risiko berpandukan konsep ' al-ghunm bi al-ghurm' iaitu 'perolehan melalui risiko'.

Penawaran konsep yang 'strongly Islamic' (konsep yang mempunyai hujah yang lebih kuat) seperti musyarakah mutanaqisah bagi pembiayaan perumahan, diharap dapat menceriakan pelanggan-pelanggan setia perbankan Islam.

Di bawah konsep ini, sesebuah bank Islam dan pelanggan akan berkongsi membina rumah. Setelah itu, rumah tersebut disewakan dan keuntungan daripada sewa dibahagikan antara bank dan pelanggan bergantung kepada jumlah modal masing-masing. Pada masa yang sama, pelanggan boleh membeli bahagian bank sedikit demi sedikit untuk membolehkan mereka menguasai keseluruhan rumah tersebut.

Kesimpulannya, liberalisasi dan pertambahan jumlah perbankan Islam di Malaysia seharusnya dilihat dan dianalisis secara teliti. Kemasukan perbankan Islam dari Timur Tengah sebenarnya merupakan suatu interpretasi ketidakupayaan prinsip-prinsip perbankan Islam versi Malaysia diyakini sepenuhnya oleh pelabur-pelabur Syariah tegar dari Timur Tengah. Lantaran itu, Bank Negara Malaysia meneruskan langkah bijak dengan menawarkan dan meluluskan bank-bank Islam Timur Tengah untuk beroperasi dan memilih prinsip-prinsip Syariah 'strongly Islamic' yang diyakini oleh mereka. Secara tidak langsung, bank-bank Timur Tengah akan membawa masuk pelaburan dari sana.
Kedua, operasi bank-bank Timur Tengah diharapkan membawa arus perubahan kepada prinsip-prinsip perbankan yang sedang digunakan. Pelanggan-pelanggan mengharapkan perbankan Islam yang benar-benar mengutamakan 'kesahan' kontrak menurut Syariah. Mereka juga mengharapkan konsep kerjasama, tolak ansur dan risiko bersama menjadi asas yang kuat kepada perbankan Islam berbanding dengan perbankan konvensional.