Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Monday 8 February 2010

TERBABAS BILA BERBICARA MENGENAI KALIMAH ALLAH SWT

Oleh: Dr. Asmadi Mohamed Naim

Kita masih lagi membincangkan boleh atau tidak menggunakan nama Allah SWT oleh orang-orang Kristian dalam penerbitan mereka berbahasa Melayu..

Kerap kali juga kita TERBABAS tajuk bila kita masukkan juga isu lain seperti, bolehkah orang-orang kafir sebut nama Allah? Bukan setakat orang-orang awam terbabas, ahli-ahli panel diskusi pun terbabas.

Kadang-kadang kita membolehkan penerbitan tersebut, dgn menggunakan hujah 'ulama tidak melarang' orang-orang kafir sebut nama Allah. Saya pun secara peribadi, tak akan melarang kalau orang-orang Cina kata: Jangan mencuri nanti tuhan Allah nampak!

Saya juga tak akan melarang kalau orang Arab Kristian gunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka, sebab itu memang bahasa mereka.

Saya juga tak melarang, kalau ada orang nak gunakan nama Islam, walau dia bukan Islam, seperti Nurul Huda Abdullah (bekas perenang tersohor negara). Menggunakan nama baik-baik memang disuruh.

Yang saya tak setuju, menggunakan perkataan Allah utk PENERBITAN mereka dalam bahasa Melayu. Secara realiti, berapa kerat sangat orang nak guna bahasa Melayu dalam gereja? Di Sabah & Serawak, ramai guna bahasa kaum masing-masing? Kalau nak diguna dalam gerejapun, kita bukannya periksa pun.

Mengenai dalil, ramai berhujah Allah SWT sebutkan bahawa (lidah-lidah) mereka mengatakan Allah lah tuhan mereka, namun hati mereka belum pasti beriman (katanya ada iman tauhid rububiyah?) Kita tolong isbatkan mereka beriman dan bertauhid!.

Tapi, takde pula orang bangkitkan Allah SWT marah orang yang sebut nama Allah ini sebagai '3 in One', lihat ayat 73, Surah al-Maidah:

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. JIKA MEREKA TIDAK BERHENTI DARI APA YANG MEREKA KATAKAN ITU, PASTI ORANG-ORANG KAFIR DI ANTARA MEREKA AKAN DITIMPA SIKSAAN YANG PEDIH.


Saya hairan: Ancaman siksaan pedih itu (huruf besar), tak cukupkah untuk menunjukkan Allah SWT pun tak setuju namanya disebut sebegitu!. Kalau ikut kaedah istinbat hukum pun, ancaman siksa menandakan haram. Kalu kita dah mampu kekang perkara ni berlaku (dah berjaya halang dengan perundangan agar Allah itu ditafsirkan  bukan 3 in 1), tak berdosakah utk kita izinkan berlaku semula kemurkaan Allah SWT itu?


Wallahu A'lam, Allahu al-Musta'an.

Abu al-Izz

2 comments:

  1. Saya setuju dgn Dr. Itulah salah faham yang timbul. Org yang membenarkan org kafir menggunakan kalimah tersebut memetik sebagaimana hujah Dr. diatas. Tapi mrk juga turut lupa dgn ayat al-Quran tersebut.

    ReplyDelete
  2. Salam dr.

    saya juga bersetuju dengan dr. dan sya juga berpendapat penggunaan kalimah Allah di Malaysia untuk penganut kristian adalah sgt tidak bersesuaian, dan sya juga berpendapat adalah satu sikap yg mengelirukan apabila segelintir orang islam di malaysia membenarkan penggunaan kalimah Allah sedangkan pemahaman mereka mengenai penggunaan kalimah Allah adalah merujuk kpd makna 3 tuhan dalam 1 tuhan yang amat mengelirukan.

    sedangkan nama Allah itu sendiri menunjukkan keEsaan Zat dan Sifat-Nya.

    ReplyDelete