AYAT-AYAT MUTASYABIHAT: ANTARA TAFWIDH DAN TAKWIL TETAPI BUKAN TAJSIM
Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim
Saya mempunyai sedikit kesempatan untuk melakukan sedikit penelitian di dalam kitab-kitab muktabar bagaimana ulama silam - Salaf mahupun khalaf- berdepan dengan isu ayat-ayat mutasyabihat sebagaimana saya janjikan untuk para pembaca. Saya menyedari sudah banyak kali isu ini ditulis oleh pelbagai pihak, tetapi untuk 'menenangkan hati saya' saya merasakan saya perlu membuat penelitian sendiri. Saya semakin berusaha mengumpulkan kitab-kitab ulama-ulama silam supaya saya tidak perlu banyak ke perpustakaan. Semoga pembaca menilai pandangan ulama-ulama ini dan ada antaranya adalah tafsiran yang diberi oleh mufassir Salaf iaitu al-Imam al-Tabari Rahimahullah.
A. Tafwidh sifat-sifat Allah SWT:
1. Berkata al-Hafiz al-'Iraqi ketika berkata mengenai 'wajah':
Pertama: Lalukannya sebagaimana dia datang tanpa kaif, maka kami beriman dengannya, menyerahkan rahsianya kepada pemberitahunya, beserta jazam (tanpa ada keraguan) bahasanya Allah SWT 'laisa kamithlihi syai', dan sesungguhnya sifat-sifat-Nya tidak menyerupai sifat-sifat makhluk.
Keduanya, mentakwilnya dengan apa yang layak dengan ZatNya yang mulia, dan dikehendaki dengan wajhun itu ialah al-maujud.
Rujukan: العراقي، طرح التثريب، ج3، ص107.
2. Berkata Ibn Qudamah al-Maqdisi:
Bermaksud: Setiap apa yang datang dari al-Quran atau apa-apa yang sah dari Mustafa Alaihissalam mengenai sifat-sifat al-Rahman, wajib beriman dengannya, dan patuh tunduk dan terima. Hendaklah meninggalkan menolak atau mentakwilnya; mentasybih dan mendatangkan contoh. Apa-apa yang memusykilkan dari perkara tersebut, wajib menetapkan lafaznya dan meninggalkan memberi makna padanya dan kita kembalikan rahsianya kepada pengatanya, dan kami menjadikan pengakuannya di atas pembawanya sebagai mengikut jalan-jalan orang-orang al-rasikhin fi al-'ilm yang berkata: kami beriman dengannya setiap apa dari tuhan kami.
Rujukan: ابن قدامة المقدسي، لمعة الاعتقاد الهادي إلى سبيل الرشاد، ص5-8. . نقلا عن ((البيان للشيخ علي جمعة، ص142)).)
3. Kata Imam malik sebagaimana diriwayatkan oleh al-hafiz al-Zahabi dalam Siyar A'lam al-nubala':
Rujukan: الذهبي، سير أعلام النبلاء، ج8، ص105.
4. Kata-kata al-Hafiz al-Zahabi:
Bermaksud: kami katakan pada perkara tersebut dan babnya: Meyakininya, lalukannya dan menyerahkan (tafwidh) maknanya kepada Pengatanya Yang Benar dan Maksum.
Rujukan: الذهبي، سير أعلام النبلاء، ج8، ص105.
5. Kata-kata Ibn Daqiq al-'Id pada masalah akidah:
Kami berpandangan pada sifat-sifat yang pelbagai ini, sesungguhnya ia benar dan membenarkan makna yang dikehendaki Allah SWT, sesiapa yang mentakwil, kami aakan kaji, sekiranya takwilnya dekat dengan penggunaan bahasa Arab, kami tidak membantah. Namun sekiranya jauh takwilannya, kami bertawaqquf darinya (tidak mengiakannya) dan kami kembali pada menyakini dan mengesakan.
B. APAKAH BENAR SALAF TIDAK LANGSUNG MENTAKWIL AYAT-AYAT SIFAT?
Antara contoh yang biasa disebut oleh ulama:
1. Takwil Ibn Abbas RA terhadap ayat 47, Surah al-Dzariyat sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tabari (wafat:310H) dalam tafsirnya:
Dari Mujahid: Dengan kekuasaan.
Rujukan: الطبري، أو جعفر محمد بن جرير، تفسير الطبري، بيروت: دار الكتب العلمية، ط2005م، ج11، ص472.
2. Takwil al-Imam al-Bukhari mengenai makna al-dhahak (الضحك)
Imam al-Baihaqi (wafat 456) menukilkan riwayatnya mengenai takwilan Imam al-Bukhari:
Bermaksud: Makna al-dhahak ialah rahmat.
Rujukan: البيهقي، أبو بكر أحمد بن الحسين بن علي، كتاب الأسماء والصفات، القاهرة: المكتبة الأزهرية للتراث، (د.ت)، ص433.
3. Imam al-Tabari memberikan dua tafsiran iaitu tafwidh dan takwil secara serentak:
Pertamanya, tangan Allah di atas tangan-tangan mereka ketika baiah kerana mereka ketika itu berbaiah kepada Allah apabila mereka berbaiah dengan Nabi-Nya SAW.
Keduanya: Kekuasaan Allah di atas kekuasaan mereka pada membela Rasul-Nya SAW kerana mereka berbaiah dengan Rasulullah SAW untuk membelanya berhadapan dengan musuh.
Kesimpulan
Nukilan-nukilan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa para Salaf mentafwidh sifat-sifat yang disandarkan kepada Allah SWT. Namun begitu, pentakwilan pada sesebahagian sifat adalah dibenarkan dan bersifat minimum dan ia tidak membawa kepada ta'til (menafikan sifat-sifat Allah SWT).
Wallahu a'lam.

penerangan yang cukup baik.Teruskan usaha Tuan.
ReplyDeleteUstaz, saya nak tanya...adakah wahabi Malaysia ni merujuk kpd kitab2 yang telah diubah oleh pemuka2 wahabi sehingga mengatakan ulama Asyairah, Imam Baqilani berpendapat Allah duduk diatas arasy...semakin berserabut aqidah umat Islam Msia akan datang kalau wahabi menguasai kerajaan...http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=532455.html#532455
ReplyDeleteSdr Muhammad,
ReplyDeleteKalau mereka tak setuju takwil, paling afdhalnya tafwidh (serahkan pada allah SWT maknanya).
Memang mereka katakan demikian, kadang2 mereka gunakan kitab-kitab ulama Asha'irah yg diubah. Sg contoh, dalam al-Ibanah oleh Imam Abu Hasan al-Ash'ari (perenggan ini dipadamkan dlm sesetengah cetakan):
وأن الله استوى على العرش على الوجه الذي قاله، وبالمعنى الذي أراده، استواء منزها عن الممارسة، والاستقرار، والتمكن، والحلول، والانتقال. لا يحمله العرش بل العرش وحملته محمولون بلطف قدرته، ومقهورون في قبضته، وهو فوق العرش، وفوق كل شيء إلى تخوم الثرى، وفوقية لا تزيده قربا إلى العرش والسماء، بل هو رفيع الدرجات عن العرش، كما أنه رفيع الدرجات عن الثرى، وهو مع ذلك قريب من كل موجود، وهو أقرب إلى العبد من حبل الوريد، وهو على كل شيء شهيد.
Bermaksud: Bahawasanya Allah 'beristiwa, di atas 'arasy' dalam bentuk yang Dia sebutkan, dengan makna yang Dia kehendaki, istiwa' yang suci dari perlaksanaan, tetap, menyerap, bergerak. Arasy tidak memikulnya, sebaliknya arasy dan angkatannya terpikul di dalam kelembutan kudratnya, arasy tergagah dalam genggaman-Nya, Dia di atas arasy dan di atas segala sesuatu sehingga tukhumu al-thara, fauqiyah (sifat atas) tidak menambah-Nya dekat dengan Arasy dan langit, bahkan Dia tinggi darjat dari Arasy, sebagaimana Dia tinggi darjat dari al-thara walaupun begitu Dia dekaatt dengan setiap yang wujud, Dia dekat dengan hambaNya dari saluran darahnya, dan Dia ke tas segala sesuatu adalah maha pelihat.
ReplyDeleteWallahu a'lam, semoga kita mensucikan Allah SWT dari sebarang tajsim.
Mengenai buku al-Baqilani, saya sdg mengumpulkan buku-buku ulama Asyairah bg menolak penggunaan kata-kata mereka utk menyesatkan umat.
Allah al-Musta'an.
Abu al-'Izz
Kata-kata Imam Abu Hasan al-Ash'ari itu adalah dari kitabnya Al-Ibanah 'an usul al-Diyanah, ms. 21, cetakan Dal al-Ansar, kaherah. Tahun 1977. Tahqiq oleh Dr Fauqiyyah.
ReplyDeleteTerima kasih Ustaz, semoga Allah mengurniakan kekuatan dan keikhlasan kepada ustaz didalam menjaga aqidah umat Islam hari ini yang dilanda berbagai fahaman2 sesat...kami (org awam) bersyukur kerana masih ada asatizah yang mampu mempertahankan kesucian aqidah Islam..wasallam
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeleteLayari (http://mukhlis101.multiply.com/) untuk perkongsian ilmu.
Wallahu'alam
Ustaz ..
ReplyDeleteSyukran atas tulisan yg Ustaz ketengahkan, semoga Ustaz sentiasa dlm rahmat Allah dan kasih sayangnya selalu ...
Apa pandangan Ustaz jika ada yg mengatakan bahawa generasi Salaf dahulu memilih Tafwidh kerana tiada fitnah dan kekeliruan yg timbul ketika membincang ayat yg berbentuk mutasyabihat berbanding generasi khalaf yg berhadapan dengan berbagai fahaman yg dibawa oleh dan dari mereka (terutamanya dr golongan a'jam) yg baru memeluk agama islam samada dengan ikhlas atw ingin merosakkan islam dr dalam dan memerlukan kepada beberapa penjelasan dan pemikiran bagi merungkaikan persoalan2 yg ditimbulkan ...
Namun bagi masyarakat kita hari ini, rasanya situasi tersebut sudah tidak sama ... so, apakah pilihan yg sepatutnya kita ambil takwil atw tafwidh ..
mohon pencerahan dari Ustaz ..
Ya benar. Apabila timbul org-org yang menterjemahkan sifat-sifat tersebut dengan makna 'lughawi hissi (makna bahasa secara lahir) yg pasti membawa kpd keyakinan Allah SWT beranggota, maka ulama-ulama ini mengatakan:katakan yadullah fauqa aidiyim ialah qudrah Allah di atas qudrah-qudrah mereka.
ReplyDeleteWallahu a'lam.
Secara peribadi saya mengaku saya amat takut untuk dengar ceramah2 yang diadakan kat pejabat2 sebab kebanyakannya mereka membawa ajaran2 yang ada jarum wahabi ni..nak jemput ustaz datang surau kat taman (di Lembah Kelang) pun saya takut...panggil ingatkan dah ok...sikit2 mesti ada...nak yang pure macam pondok...hampir tiada...lulusan yg paling saya takut adalah dari Madinah dan Jordan...apa komen ustaz...nasib baik saya masih dapat berguru dgn sorang ulama yg saya rasa ustaz pun kenal...
ReplyDeleteSdr Muhammad,
ReplyDeleteSaya bukan org pondok, tak layak wakili pondok. Sy lebih kpd pelajr lulusan madrasah iaitu madrasah Jamiah Dirasat Islamiah, Karachi, Pakistan guna kitab Maahad Bu'uth al-Azhar & ustaz2 dr Mesir.
Tidak semua ustaz-ustaz tu wahhabi, ramai ustaz2 yg x sedar mereka dipengaruhi oleh wahhabi. Mereka masih ikut Mazhab Shafie, masih bg salam pd kubur Nabi SAW. Walau mereka mengajar tauhid 3, tak smpai peringkat kafirkan atau sesatkn ulama silam, atau syirikkn tawassul.
Semoga kita diberikan jalan yg lurus.