Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Wednesday 1 June 2011

Pelaburan Forex Online Menyalahi Syarak


Saya dan beberapa sahabat telah mengadakan kajian terperinci mengenai pelaburan tersebut. Saya telah membentangkan kertas tersebut di Muzakarah Penasihat-Penasihat Institusi Kewangan ke 7 anjuran JAKIM dengan kerjasama ISRA. Di akhirnya kami dapati ia menyalahi Syarak berdasarkan kepada perkara-perkara di bawah:


Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.

i.        i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit melalui leveraj (leveraj) adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii.      ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.

iii.    iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide'

      iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.

v.      v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi.    vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.

vii. Pandangan di atas adalah bersesuaian dengan Resolusi al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami pada persidangannya ke 18 di Mekah pada April 2006.

Walaupun begitu, urusniaga matawang seperti berikut adalah diharuskan dalam Syarak iaitu:

1.     i.  Urusniaga antara prinsipal iaitu bank-bank berlesen untuk menjual matawang dalam skala yang besar kepada syarikat-syarikat. Unsur menjual sesuatu yang tidak dimiliki adalah diminimumkan apabila bank mampu memiliki wang tersebut. Kewajipan qabd lani dilaksanakan dalam kontrak tersebut dalam tempoh dua hari (T-2) kerana ‘urf tukaran asing memerlukan tempoh tersebut, namun keharusan ini dikhususkan kepada ‘keperluan yang sukar dielak’. Walaupun begitu, urusniaga ‘prop trading’ di bank-bank tidak termasuk di dalam keharusan ini.

2.      ii. Urusniaga pasaran sekunder seperti ‘on demand forex’ yang berlaku dengan pengurup matawang adalah harus kerana berlaku ‘qabd’ secara hakiki.

3.      iii. Urusniaga TT (telegraphic transfer) adalah harus kerana berlaku urusniaga bonafide dan qabd hukmi dalam tempoh dua hari (T+2) dan adalah dimaafkan kerana tempoh transaksi semasa dunia yang sukar dielak dan diubah.

Masyarakat awam dinasihatkan menggunakan produk-produk kewangan yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti serta yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihatan Syariah di institusi kewangan.

Wallahu a'lam,
Abu al-'Izz

9 comments:

  1. Salam PM,

    Ada kertas kerjanya?

    ReplyDelete
  2. salam PM,

    ada kertas kerjanya?

    ReplyDelete
  3. Us. Asmadi Mohamed Naim5 June 2011 at 17:44

    Salam kembali,

    Ada, cuma saya mungkin tak dedahkan semuanya lagi sebab, ia akan masuk ke Muzakarah peringkat Mufti-mufti negeri dulu.

    ReplyDelete
  4. betul ka haram.. perbincangan tuan hanya sekitar transaksi kredit yg menjadikannya haram. tapi sebenarnya setiap pemain forex kena hulur duit CASH dulu melalui TT untuk buka akaun. mana ada broker menyediakan khidmat kredit kepada pemain forex.

    ReplyDelete
  5. Sdr Butii, Bagus, sdr mempunyai maklumat mengenai forex online ni. Cuma, saya nak tahu, berapa byk cash yg pelabur masukkan? Kalu setakat RM10,000, keuntungan x seberapa. Hanya beberapa ringgit sehari sbb pergerakan wang terlalu kecil iaiti 0.001 iaitu kurang dari satu sen.

    Utk menjadikan ia untung, broker bagi had pembelian (leveraj) hingga 500 kali (10 ribu x 500= RM1000,000. Barulah ia menguntungkan.

    Kenapa broker boleh bagi? Sebab duit tu, tak keluar pun dr sistem elektronik dia. Masukknya, kalu sdr nak jual pun kena melalui dia. Kalau harga duit jatuhpun, masih di sekitar duit margin 10 ribu tu. Kalau kadar duit jatuh melebihi duait margin tu, akaun sdr otomatik akan ditutup.

    ReplyDelete
  6. http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/05/islam-dan-sistem-kewangan-antarabangsa.html

    ReplyDelete
  7. Us. Asmadi Mohamed Naim11 June 2011 at 10:10

    Sdr Anonymous,

    Ya, kami menyedari ada kritikan terhadap Kewangan Islam. Walaubegitu,pandangan menolak secara 100% juga, bertentangan dgn realiti semasa. Lebih-lebih lg, pandangan berbentuk individu.

    ReplyDelete
  8. Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.

    ReplyDelete
  9. Us Asmadi Mohamed Naim6 July 2011 at 22:43

    Sdr Anonymous,

    Itu pandangan peribadi dia. Dlm fiqh, al-maisur la yasqutu bil ma'sur, yg mudah tidak dtinggalkan apabila wujudnya kesukaran. Islam jg memperakui konsep tadarruj. Jd, kita laksanakan perbankan Islam yg boleh kita laksana, walaupun mgkin bukan tulen secara 100%. Kita tulenkannya step by step. Rasulullah SWT pun, mengubah sesuatu sistem bukan secara sekelip mata.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete