Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Saturday 22 March 2014

KENAPA 'ELERGIK PERDANA' DENGAN SELAWAT PERDANA?

Para pembaca budiman,

Saya melihat semacam suatu 'alergik perdana' kepada mereka yang menegatifkan program-program Selawat Perdana. Mereka yang elergik ini terlajak sehingga menerbitkan kalimah-kalimah takfir, sesat dan bid'ah kepada masyarakat yang mengikuti atau menghadirinya. Saya suka menyorot kembali elergik perdana mereka ini:

1. Majlis selawat sebegini suatu yang bid'ah sesat masuk neraka sebab Nabi SAW tidak pernah buat. MasyaalLah, mereka masih berpegang secara literal hadis bid'ah walhal telah dijawab oleh banyak ulama mengenai perkara itu. Majlis ini tidak menambah sebarang rukun solat, atau mana-mana ajaran baru di dalam Islam. Bahkan di dalamnya ada peringatan-peringatan dan tausiyyah untuk pesertanya.

2. Majlis ini syirik kerana mengagungkan Nabi Muhammad SAW? Pengamatan saya, adakah dengan berselawat sebegitu sudah berubah pula penyembahan kepada Nabi SAW? Tidak pula majlis ini menjadikan Nabi SAW kita berubah menjadi orang yang disembah. Tinggal lagi ia memperingatkan kepada kita sepatutnya idola kita ialah manusia yang sempurna ini.

3. Majlis ini majlis yang sia-sia kerana turut dihadiri oleh mereka-mereka yang juga turut meluluskan konsert-konsert yang mungkar? Pada saya, sepatutnya kita gembira apabila mereka masih melihat majlis-majlis yang baik untuk dihadiri. Sekiranya para habaib itu hanya senyap terhadap perlakuan mungkar pemimpin, adakah dengan senyap menunjukkan mereka bersetuju? Tidak! Sebaliknya mendatangkan program alternatif adalah jawapan kepada program mungkar tersebut. Itu adalah jawapan yang lebih tajam daripada melafazkan kata-kata melarang mereka. Bahkan inilah jalan yang lebih berhikmah.

4. Program ini membazir kerana jumlah wang yang sedemikian boleh digunakan untuk majlis dakwah yang lain. Pengamatan saya, kenapa saudara tidak melihat ini sebagai sebahagian daripada aktiviti dakwah iaitu memenuhi keperluan hiburan golongan muda. Golongan muda memang sentiasa memerlukan alunan-alunan muzik sebagaimana mereka menjadi pengikut kepada ramai artis yang menerbitkan album secara berterusan. Maka Selawat Perdana yang pelbagai boleh memenuhi keperluan mereka ini. Bahkan perlu diingat, sekiranya Selawat Perdana ini tidak dibuat, kita tidak pasti juga adakah wang ini akan dikhususkan untuk program dakwah yang lain.

5. Qasidah dan berzanji mengagungkan Nabi Muhammad SAW sehingga syirik? Pengamatan saya, ini suatu konklusi yang buruk. Ungkapan-ungkapan qasidah penuh dengan bunga-bunga bahasa. Maknanya tidak terkeluar daripada makna kemanusiaan dan mengharap syafaat Nabi SAW. Mereka yang tidak tahu seni, memang sukar memahami kelembutan dan alunan bunga-bunga bahasa.

Semoga kita semua terhindar dengan ketaksuban sesuatu pandangan khususnya aliran yang cepat mengkafirkan dan membid'ahkan umat Islam yang lain.

56 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. 1) Ya, Rasulullaah (saw), para Sahabah (ra) dan imam besar 4 ASWJ TAK PERNAH berselawat sedemikan, lebih-lebih lagi secara JERIT-JERIT, RAMAI-RAMAI dan BERMUZIKAL. Jom kita ikut CARA selawat yang Nabi (saw) ajarakan kepada para Sahabah (ra). CARA selawat yang diREDHAI Allaah. Bukankah kita bermazhab imam Syafie yang melarang bermuzikal dan tidak MENGAJAR beselawat sedemikian?

    2) Ya, cuba kaji bit-bit syair, burdah, dalam 'selawat' tu. Adakah ianya dari riwyat, atsar, hadis SAHIH? Selawat adalah IBADAH, dan hanya Rasululalah (saw) saja yang ada AUTHORITI mengajar IBADAH kepada kita. Sekarang kita nak ikut sapa? Tok Syeikh selevriti atau Nabi (saw)? Selawat apakah yang PALING TERBAIK sekali yang pernag Rasulullaah (saw) ajarkan? Kenapa kita MEMILIH selawat yang KURANG baik dan bukan dari Rasulullaah (saw) untuk diamalkan? Pernahkah para Sahabah (ra) dan imam besar 4 ASWJ REKACIPTA selawat mereka sendiri? PASTIKAH 'selawat' REKAAN kita ini diterimah Allaah?

    3) Kenapa nak di sanjung CARA dan MAJLIS 'selawat' yang TIDAK DIAJAR oleh Nabi (saw)? Adakah itu tanda kita sayang Nabi (saw), dengan buat benda yang Nabi (saw) tak buat? Jom kita kembali belajar Islam dari Ustaz As-Sunnah yang amanah. Tingkatkan pemahaman Islam kita kepada yang LEBIH SAHIH dan MENEPATI As-SUNNAH.

    4) Ya, kita sanggupa belanja besar untuk buat MAJILIS 'selawat' ini. Berapa banyak lagi fakir miskin, pelajar ilmu yang tidak mampu untuk belajar lebih tinggi, mualaf yang tidak terjaga, .... PASTIkah wang yang dibelanjakan untuk anjur majlis 'selawat' itu dapat ganjaran di Akhirat nanti? Kemanakah wang itu sepatutnya mengalir, mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sahih?

    5) Barzanji, burdah, .... Pernah kita KAJI lirik-liriknya? Tahukah kita ada unsur pemujian GHULUW (melampau) ? Tahukah kita ada HADIS dan RIWAYAT PALSU didalamnya? Tahukah kita ianya dari dari ulama Syiah? Benda-benda macam inikah kita nak SOKONG/backup dan beramal, walhal banyak lagi sunnah-sunnah yang sahih yang kita patut amalkan SETIAP HARI, SETIAP MASA tanpa memerlukan majlis-majlis tersebut?

    Cari, mengaji, mengKAJI dan bermal dengan As-Sunnah yang SAHIH. Dijamin kejayaan yang agung didunia dan diakhirat.

    Wallaahu A'lam.


    Semoga Allaah beri keampunan, hidayah dan taufik kepada kita semua.

    ReplyDelete
  3. Sdr Bahathir, saya delete satu komen, sebab sdr kirim dua kali, panjang sangat. Sedikit respon saya:

    1. Macamana cara selawat Nabi SAW? Kena terangkan sikit. Kalau solat, Nabi SAW sebut: "Solatlah sebagaimana aku solat". Siapa menambah-nambah, haram hukumnya, dan boleh jatuh dalam bid'ah mazmumah masuk neraka. Begitu juga Nabi SAW menyebut:" Ambillah daripadaku cara-cara menunaikan haji". Siapa buat tambahan, masuk neraka. Walaupun fatwa Arab Saudi pun, membesarkan dan menambah kawasan Mina sebab ramai (tu pun ulama tak kata masuk neraka). Dan bila selawat, nak kata haram atau sesat, perlu kepada nas Quran atau hadis, atau bertentangan dengan kaedah Syarak. Kalau tidak, kita termasuk dalam 'mengeluarkan hukum' ikut hawa nafsu'

    ReplyDelete
  4. 2. Pasal burdah-burdah dan syair-syair, saudara kena baca syair-syair Arab masa zaman Nabi SAW, bagaimana pensyair-penyair Islam memuji-muji Nabi SAW. Sememangnya pada zaman mereka, berhujah dan berpantut adalah suatu kebiasaan macam kita bersms dan beremel pada zaman ni. Tiada isu berlebihan. Kalau salah pun, bait mana yang salah, untuk kita bincangkan di sini. Kalau salah, saya akan kata salah, tetapi kalau saya katakana saudara salah faham, saya akan katakan begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benar, zaman Nabi (saw), para Sahabah (ra) pernah bersyair kepada Rasululalah (saw). Ketika itu Rasulullaah (saw) masih hidup, dan boleh MEMBETULkan kesilapan para Sahabah (ra).

      1) Tapi, sekrang ini, siapa yang boleh betulkan kesilapan syair masa kini?

      2) Kenapa kita TAK pakai saja syair-syair yang SAHIH dari para Sahabah (ra) untuk dikemundangkan kepada awam? Syair para Sahabah (ra) TAK HEBAT sangatkah?

      Delete
    2. Dan bila pula ada hadis Nabi SAW yang kata, lepas aku mati, kamu dah tak boleh bersyair memujiku? Bahkan selawat2 di bawah tu menunjukkan, Imam2 ASWJ juga menulis cara selawat yang pelbagai dalam buku mereka. jd, terbatal dakwaan mereka tak buat selawat sendiri.

      Mana dalil yang menunjukkan haram bagi Sahabat Nabi bersyair memuji Nabi SAW selepas kewafatannya? Utk mengharamkan sesuatu, perlu kepada dalil.

      Delete
  5. 3. Bagaimana para Imam-Imam ASWJ berselawat.

    a. Lihat muqaddimah kitab Imam Malik, al-Muwatta':
    وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، اختاره لوحيه، وانتخبه لرسالته، وفضله على جميع خلقه، رفع ذكره مع ذكره في الأولى، وجعله الشافع والمشفع في الآخرة، أفضل خلقه نفساً، وخيرهم نسباً وداراً، فصلى الله على نبينا كلما ذكره الذاكرون، وغفل عن ذكره الغافلون، وصلى الله عليه في الأولين والآخرين أفضل وأكثر وأزكى ما صلى على أحد من خلقه وزكانا وإياكم بالصلاة عليه أفضل ما زكى أحداً من أمته بصلاته عليه، والسلام عليه ورحمة الله وبركاته.

    Saudara tolong cari dalam mana-mana kitab hadis, bahawa selawat ini sememangnya daripada Rasulullah SAW, atau mereka mereka-rekanya atau mengubah-ubah hasil pemahaman mereka terhadap al-Quran dan Sunnah. Atau ulama sebenanya membenarkan kita memuji-miji Nabi SAW selagi ianya tidak bertentangan dengan hakikat Nabi SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, bawa saja selawat imam-imam besar ASWJ. Tak perlu import penyair habib tu. Atau, berselawatlah dengan selawat Ibrahimiah, yang PASTI adalah yang TERBAIK kerana selawat ini dibaca hari-hari dalam solat kita. Kenapa perlu kita reka cipta benda baru? walhal yang TERBAIK sudah TERSEDIA diDEPAN kita.

      Itulah masalah kita, kita lebih dengar cakap 'ulama' dari kata-kata Rasulullaah (saw). Ulama tidak maksom dan PASTI ada KESILAPAN. Berlapang dadalah dengan apa yang diajar oleh Rasulullaah (saw).

      Delete
    2. Jadi, dah bolehlah reka selawat sendiri?

      Tinggal sekarang tak setuju bawa Habib pula. Yang tu susah saya nak jawab, macam juga kes bawa Imam-Imam Mekah ke Malaysia. Kenapa orang suka sangat dengar Sykh Sudaisi walhal diapun tak maksum. Sama sahaja kalu mana-mana Imam di Malaysia imamkan solat pun.

      Kalau saya yang berselawat, takde orang hadir. Mungkin bila bawa habib tu, ribuan orang hadir!

      Delete
    3. Kemudian, saya rasa saudara keliru ni. Syair dan burdah yang dibaca tu, tu bukan zikir. Tapi, hanya bacaan ketika majlis sebegitu. Semacam Sirah Nabi SAW yang dibuat dalam bentuk Syair. Tu yang penting fahami apa itu mauled Dibaie dan Burdah... Manakala zikir dan wirid harian, dibaca daripada zikir-zikir dan wirid-wirid yang dimbil daripada al-Quran dan sunnah.

      Delete
  6. 4. Tinggal lagi pasal berbelanja besar. Bukan setakat majlis selawat, panggil Imam-Imam Masjidil Haram dating ke Malaysia pun memakan belanja puluhan bahkan ratusan ribu ringgit. Tidak adakah Imam-Imam Malaysia yang boleh jadi Imam. Nabi SAW tak pernah pun meingimport mana-mana imam-imam daripada mana-mana tempatan. Kan baik, duit-duit imam-imam tu naik kapal terbang first class, digunakan untuk fakir miskin?

    Allahu al-musta'an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benar. Kadang-kadang negara berbelanja pada perkara secara kurang berhemah. Apakah dengan memanggil imam-imam besar negara Arab, ilmu msyarakat bertambah baik? Apa motif sebenarnya? Tak mengapalah, hanya Allaah Maha Mengethuai segala-galanya.

      Jadi Ustaz pun setuju dengan belanja besar buat 'selawat perdana' ini juga membazir?

      Delete
    2. Pada saya, samada Majlis Selawat atau panggil Imam-imam Masjid Haram atau dari Negara mana pun, BUKAN suatu pembaziran atas beberapa sebab:
      1. Saya biasa dengan bajet kerajaan. Kalau tiada majlis-majlis sebegitu, saya hampir pasti ianya tak pergi kepada fakir-miskin atau anak-aanak Yatim. Program sebegitu biasanya gabungan bajet Kementerian Agama, Kem. Perlancongan dan beberapa agensi lain. Bila habis bajet, mereka tak buat dah program lain.

      2. Saya melihatnya bukan daripada perspektif ibadah, tetapi melihatnya daripada perspektif 'hiburan alternatif'. Menceritakan sejarah Nabi SAW dalam bentuk syair atai qasidah atau burdah. Katalah ada kesalahan lirik, kena buktikan di mana salahnya. Bukan diletakkan semua sekali dalam satu bakul. Kenapa haramkan betuk pengkisahan sebegini? Sempit sangatkah hiburan Islam? Adakah mereka sudah meletakkan nabi SAW setaraf dengan tuhan? Setahy saya di dalamnya ada penceritaan melalui syair, burdah dan ada juga tazkirah supaya kita mengikuti Sunnah Nabi SAW.

      3. Untuk menarik masyarakat mendekati majlis yang baik, memang perlu kepada 'public figure'. Imam-imam Masjid dan habaib tu dah sememangnya dah jadi public figure, sebab tu ramai orang dating. Bukan sebab depa maksum. Bila Bahathir terkenal pun nanti, kalau ramai orang hadir, bukan kerana Bahathir maksum.

      Wallahu ta'ala a'lam.

      Delete
    3. salam ustz.. sy suka baca penerangan ustaz, tapi saya masih samar2 tentang melambai tangan masa selawat, ada yang kata melambai kpd Nabi.Benarkah? dan mcm mana pula dakwaan Nabi hadir ke majlis ini.. mohon pencerahan drp ustz.. Sy ada terbaca isu ini dlm FB DR MAZA..

      Delete
  7. Saya setuju untuk kita beramal dengan Sunnah yang Sahih. Sunnah yang sahih juga tidak mudah menjatuhkan hukuman secara enteng, tanpa kajian mendalam.

    ReplyDelete
  8. 1) Islam tersebar diatas kekuatan dan keSATUan ummah diatas Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Para Sahabah (ra) hanya berpandukan As-Sunnah dalam kehidupan dan mereka BERJAYA tanpa sebarang reka ciptaan dalam ibadah. Jadi, inilah yang saya ingin highlightkan disini. Mereka (ra) sumbang harta dan NYAWA untuk menegakkan Islam dengan ikhlas dan ikut Sunnah. Apa kata kerajaan belanja untuk menyediakan pendidikan atau masjid yang beroperasi secara As-Sunnah secara PERCUMA kepada rakyat. Ini lebih menguntungkan kerana rakyat akan MENGENALI As-Sunnah yang SAHIH dan meninggalkan adat atau warisan orang tua-tua yang MENYIMPANG dari As-Sunnah yang sahih. Buat masa sekarang, saya rasa cadangan ini kurang mendapat sambutan kerana ramai mufti-mufti dan AJK fatwa berfamahan ALIRAN TERTENTU, yang cuba MENAHAN As-Sunnah dari berkembang di Malaysia yang tercinta ini.

    2) Hiburan alternatif yang bukan ibadah?
    1) Apa makna SELAWAT?
    2) Selawat ini Ibadah atau tidak?
    3) Maka kalau ianya ibadah, mereka cipta selawat adalah perbuatan mereka cipta ibadah yang itu sendiri yang TERLARANG.
    4) Kalau ianya hanyalah 'hiburan', kenapa LETAK nama "SELAWAT'?
    5) Adakah Nabi (saw) mengajar kita berselawat BERMUZIKAL?
    6) Kalau YA, berikan dalil SAHIH, kalau TIDAK, maka kita telah mereka cipta CARA berselawat.
    7) Berikan contoh hiburan yang Nabi (saw), para Sahabah (ra) dan imam besar 4 ASWJ yang PERNAH mereka lakukan secara SAHIH. Adakah ianya bentuk selawat atau ibadah?

    3) Qasidah burdah oleh Barzanji.
    1) Pernahkah Ustaz MENGKAJI setiap RIWAYAT Nabi (saw) yang TERHIMPUN dalam qasidah burdah Barzanji tu?
    2) Adakah riwayat-riwayat itu SAHIH? DHAIF? atau PALSU?
    3) Kalau SAHIH, Alhamdulillaah. tapi, kalau DAIF, bolehkah Usta pastikan dan JAMIN ianya dari Rasulullaah (saw) ? Kalau PALSU, maka Usztaz pun tahu AMARAN KERAS mengenai membuat dan menyebar hadis PALSU.
    4) Ulama silam telah mengkaji dan menentusahkah setiap riwayat dalam qasidah burdah Barzanji tu.. Jadi tak perlulah saya huraikan disini.

    Ustaz menulis artikel mengenai 'SELAWAT PERDANA', tetapi, Ustaz menjawab disini mengenai Qasidah burdah Barzanji, syair-syair, .... Adakah perkara-perkara ini SAMA dengan SELAWAT?

    Diharap kita sama-sama dapat mengkaji dan mengamalkan As-Sunnah yang sahih. Semoga Allaah beri kita keampunan, hidayah dan taufik kepada kita semua. Saya juga mohon maaf kalau ada ayat-ayat kan menyinggung perasaan Ustaz. Sekiranya ada salah dan silap, sila betulkan.

    Wallaahu A'lam.

    ReplyDelete
  9. Tak selesai perbincangan kita ni Bahathir. Banyak dah saya dah jawab di atas tu. Lepas tu, anda melontarkan soalan yang sama? Berulang ulang. Tuduhan rambang lagi.

    Pasal qasidah, pernahkan Bahathir kaji untuk tuduh Qasidah tu sesat atau syirik. Itu yang saya katakan, copy dan paste poin-poin tu kita bincang satu persatu. Bila Bahathir menuduh ianya sesat, datangkan lah bukti. Ingat, amaran Sunnah yang sahih, jika kita menuduh saudara semuslim kita Kafir, sekiranya dia tidak kafir, tuduhan berpatah balik ke kita.

    ReplyDelete
  10. Isu-isu berqasidah dan bermuzikal, Bahathir kena baca bab lain. Tengok sejarah sambutan kedatangan Nabi dan para penduduk Madinah mengumandangkan puji-pujian kepada Nabi SAW. Bahkan ada juga peristiwa penggunaan alat muzik (daff). Yang ni panjang perbahasannya.

    Bahathir kena teliti isu apa yg penting. Adakah kerana namanya Selawat? atau adakah kerana buat selawat baru tu tak boleh? di atas tu, saya dah tunjukkan ada selawat Imam ASWJ yang buat, yang tiada dalam hadis.

    Kalau Bahahir, tiada isu yang tersusun, saya dah tak boleh layan Bahathir.

    ReplyDelete
  11. Yang saya nampak ketara, Sdr Bahathir TAKLID seseorang dalam menyesatkan dan mengkafirkan seseorang. Bahathir kata Qasidah sesat, tapi tak boleh bagitahu rangkap mana yang sesat. Ini taklid yang amat bahaya.

    ReplyDelete
  12. Saya tidak publish komen Bahathir kerana masih mengulang-ulang penyataan di atas. Pernyataan Sunnah yang sahih tu diulang-ulang. Pada saya pegangan Bahathir tu tidak mengikut Sunnah yang sahih atas beberapa sebab:
    1. Kata burdah tak betul, tapi gagal datangkan apa-apa rangkap pun, sekadar taklid orang. Paksa saya baca dan dengar link dia pula.
    2. Bila saya kata, ada selawat ulama Aswj reka, dia kata boleh, lepas tu kata tak boleh pula.
    3. Saya rasa Baharhir ada kesedaran untuk amal Islam yang sahih, tetapi terperangkap dengan bacaan daripada mereka yang cepat menyesatkan dan bersangka buruk dengan ulama-ulama ASWJ.

    ReplyDelete
  13. 0) Apa kata Ustaz 'publish'kan mesej komen saya secara AMANAH.
    1) Adakah Ustaz telah buat kajian mengenai riwayat-riwayat dalam qasidah burdah barzanji tu?
    2) Atau, pernakah Ustaz membaca kajian ulamak mengenainya?
    3) Ustaz seorang yang cerdik pandai. Saya hanya minta Ustaz mengkaji saja riwayat-riwayat didalam qasidah burdah Barzanji tu. Adakah itu suatu perkara yang sukar buat Ustaz yang tinggi ilmunya?
    4) Saya TELAH berikan link ceramah pencerahan berkaitan dengan isu rangkap budah ini. Adakah Ustaz telah melihat dan mendengar hujjah-hujjah secara ADIL dan ILMIAH? Atau Ustaz abaikanya? Tetapi, kenapa Ustaz menyatakan saya TIDAK membawa sebarang rangkap?
    5) Apakah tahap/taraf kitab qasidah burdah Barzanji tu? Adakah ianya rujukan ulama muktabar ASWJ? Kalau YA, senaraikan nama-nama ulama muktabar ASWJ yang mengambil ilmu dari kitab tersebut.


    Maafkan saya Ustaz, siapa yang TERPERANGKAP disini? Ustaz atau saya?
    Saya memohon Ustaz kaji riwayat didalam kitab tersebut, tetapi, MASIH BELUM dapat sebarang maklum balas yang berkaitan.

    Kalau Ustaz rasa saya terperangkap, sila 'piblish'kan komen saya sebelum ini. Saya mencari KEBNARAN. Adakah Ustaz juga sedemikian? Saya rakyat awam yang rendah ilmunya. Salahkah saya meminta Ustaz mengkaji dan memberi ulasan secara AMANAH dan TERBUKA tanpa berselindung?
    Saya tidak berniat untuk berjidal dengan Ustaz, kerana Islam telah LENGKAP dan SEEMPURNA. Islam telah SEMPURNA TANPA zikir/selawat/qasidah bermuzikal.

    Wallaahu A'lam.
    Semoga Allaah beri keampunan, hidayah dan taufik kepada Ustaz dan kita semua.

    Nota:
    Oleh kerana Ustaz telah menyalahmahami permintaan saya, lau membawa andaian-andaian sekian rupa, maka saya mohon kepada Ustaz ;publishkan' mesej ini TANPA SEBARANG SUNTINGAN, secara jujur. Beri saya peluang untuk 'mempertahan' diri saya sendiri demi KEBENARAN.

    ReplyDelete
  14. Bahathir, ok Ustaz publish yang ni. Tp jangan dok ulang tanya benda sama yang dah di jawab. Pasal soalan-soalan tu, ni jawapan Ustaz:
    ) Adakah Ustaz telah buat kajian mengenai riwayat-riwayat dalam qasidah burdah barzanji tu?
    Jawapan Ustaz: Qasidah-qasidah tu bukan daripada Nabi SAW. Seperti yang Ustaz katakan, ia adalah syair-syair Arab. Orang Arab memang suka bersyair. Ni syair-syair berkaitan dengan seorang yang Mulia iaitu Nabi Muhammad SAW. Sesat ke kalau nak bersyair berkaitan Nabi Muhammad SAW?


    2) Atau, pernakah Ustaz membaca kajian ulamak mengenainya?

    Jawapan Ustaz: Pernah, namun Ustaz tergelak disebabkan ada salah faham bahasa Arab dikalangan penentang sebab Syair guna bahasa Kiasan, dan juga cuma guna alasan Nabi tak pernah buat, maka jadi sesat.

    3) Ustaz seorang yang cerdik pandai. Saya hanya minta Ustaz mengkaji saja riwayat-riwayat didalam qasidah burdah Barzanji tu. Adakah itu suatu perkara yang sukar buat Ustaz yang tinggi ilmunya?

    Jawapan: Macam ustaz kata, Barzanji bukan hadis. Tetapi penceritaan kisah-kisah Nabi SAW. Cerita-cerita tersebut, ada yang bertaraf sahih, hasan dan daif. Kalau daif sekalipun, masih boleh dibuat beramal (jika bukan daif yang berat). Ni mengikut ulama-ulama hadis.

    4) Saya TELAH berikan link ceramah pencerahan berkaitan dengan isu rangkap budah ini. Adakah Ustaz telah melihat dan mendengar hujjah-hujjah secara ADIL dan ILMIAH?

    Jawapan: Ni Ustaz takde masa. Ni Bahathir kena ringkaskan poin penting. Rasanya poinnya sama sahaja macam yang Ustaz pernah baca.

    Ni jawapan Ustaz, kalau tak faham Tanya satu-satu. Jangan duduk ulang soalan sama.

    ReplyDelete
  15. 5) Apakah tahap/taraf kitab qasidah burdah Barzanji tu? Adakah ianya rujukan ulama muktabar ASWJ? Kalau YA, senaraikan nama-nama ulama muktabar ASWJ yang mengambil ilmu dari kitab tersebut.

    Jawapan Ustaz: Kitab Barzanji ialah kitab yang disusun oleh seorang ulama (ustaz lupa namanya dan nama keluarganya al-Barzanji). Biasanya, ia tak digunakan sebagai rujukan, tetapi sebagai bacaan ringkas (macam matan kitab) kerana ia mengikut system arudh bahasa Arab. Maksud Arudh tu Bahathir, ialah penyusunan ayat macam pantun, perktaan penamatnya biasanya sama. Jadi bila dibaca, bunyinya indah.

    Kalau nak faham kenapa mereka suka bersyair, kena sorot kembali zaman Melayu lama, bila nak meminang, asyik berpantun. Mula ziarah orang, bila masuk rumah, mula berpantun. Macam tu lah orang-orang Arab, banyak pantun dan syair pada waktu itu. Yang ketara celaan Nabi SAW ialah syair-syair jahiliyah.

    ReplyDelete
  16. Kemudian, Bahathir kena ingat, rujukan dalam Syariat ialah Quran, sunnah, ijmak dan qias. Macamana nak faham Quran:

    1. Quran ditafsir dengan ayat Quran.
    2. Quran ditafsirkan dengan Sunnah. Sunnah yang boleh digunakan utk hokum hakam ialah sunnah yang bertaraf sahih dan hasan. Daif yang ringan dan ada syahid lain, boleh meningkat jadi hasan. Daif yang ringan tanpa syahid, masih boleh dibuat beramal tetapi tak boleh dibuat sumber hukum. Ni berdasarkan ulama hadis silam, tapi bukan pandangan Albani yang meninggal tahuan 1990an.

    3. Quran ditafsirkan dengan Qiyas. Cthnya dilarangkan arak, maka dadah dan sebagainya haram juga.

    Ada perkara yang ditafsirkan oleh Quran dan tidak diriwayatpun Nabi SAW buat, atau Nabi SAW haling, hukumnya masih lagi harus, tetapi tak boleh declare ni sebagai Nabi SAW pernah buat. Cukup kita katakan ianya harus berdasarkan Nas Quran.

    Kalau Bahathir ada soalan lagi, Tanya satu-satu dan jangan ulang soalan-solan lama.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    ReplyDelete
  17. Syair Qasidah Burdah ini mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan aqidah bagi mereka yang mengamalkannya. Sebenarnya banyak sekali penyimpangan-penyimpangan yang terdapat dalam Burdah tersebut, namun sekadar contoh dinukilkan sebahagiannya sahaja.

    i. Al-Bushiri mengatakan:
    وَكَيْفَ تَدْعُوْ إِلَى الدُّنْيَا ضَرُوْرَة مَنْ لَوْلاَهُ لَمْ تُخْرَجِ الدُّنْيَا مِنَ الْعَدَمِ
    Bagaimana engkau menyeru kepada dunia
    Padahal kalau bukan kerananya (Nabi) dia tiada tercipta

    Tidak ragu lagi bahawa bait ini mengandung ghuluw (berlebih-lebihan) kepada Nabi, di mana al-Bushiri menganggap bahwa dunia ini tidaklah diciptakan kecuali kerana Nabi, padahal Allah berfirman:
    Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku. (QS. Adz-Dzariyat: 56)

    Mungkin ucapan di atas bersandar pada hadits palsu:
    لَوْلاَكَ لَمَا خَلَقْتُ الأَفْلاَكَ
    Seandainya bukan karenamu, Aku tidak akan menciptakan makhluk.
    (Lihat Silsilah Adh-Dha’ifah al-Albani no. 282)

    ii. Al-Bushiri berkata:
    دَعْ مَا ادَّعَتْهُ النَّصَارَى فِيْ نَبِيِّهِمْ وَ احْكُمْ بِمَا شِئْتَ فِيْهِ وَاحْتَكِمْ
    Tinggalkanlah ucapan kaum Nashara terhadap nabi mereka
    Adapun terhadapnya (Nabi Muhammad), ucaplah sesuka anda

    Dalam bait ini, dia menganggap bahawa yang terlarang adalah kalau umat Islam mengatakan seperti ucapan orang-orang Nashara terhadap Nabi Isa bahwa beliau adalah Tuhan, anak tuhan dan salah satu tuhan dari yang tiga. Adapun selain itu maka hukumnya boleh-boleh saja.

    Ucapan ini jelas sekali kebatilannya, sebab ghuluw itu sangat beraneka macam bentuknya dan kesyirikan itu ibarat laut tak bertepi, artinya dia tidak terbatas hanya pada ucapan kaum nashara saja, sebab umat-umat jahiliyyah dahulu yang berbuat syirik, tidak ada seorangpun diantara mereka yang berucap seperti ucapan Nashara. Jadi ucapan di atas merupakan pintu kesyirikan, sebab menurutnya ghuluw itu hanya terbatas pada ucapan kaum nashara saja.

    ReplyDelete
  18. iii. Al-Bushiri berkata:
    لاَطِيْبَ يَعْدِلُ تُرْبًا ضَمَّ أَعْظُمَهُ طُوْبَى لِمُنْتَشِقٍ مِنْهُ وَمُلْتَثِمِ
    Tiada kebaikan yang melebihi tanah yang menimbun tulangnya
    Kebahagiaan (syurga) bagi orang yang dapat menciumnya

    Dalam bait ini, al-Bushiri menyatakan bahwa tanah yang menimbun tulang-tulang Nabi adalah tempat yang paling utama dan mulia. Tidak hanya itu, tetapi bagi mereka yang menciumnya maka balasannya adalah surga dan kedudukan mulia. Tidak ragu lagi bahwa semua ini adalah termasuk ghuluw yang menjurus ke pintu kebid’ahan dan kesyirikan.

    Syaikhul Islam berkata:
    “Para imam telah bersepakat bahwa tidak boleh mengusap-ngusap kuburan nabi ataupun menciumnya, semua ini untuk menjaga kemurnian tauhid”. (Ar-Radd Ala Akhna’I hal. 41)

    iv. Al-Bushiri berkata:
    أَقْسَمْتُ بِالْقَمَرِ الْمُنْشَقِّ إِنَّ لَهُ مِنْ قَلْبِهِ نِسْبَةً مَبْرُوْرَةَ الْقَسَمِ
    Aku bersumpah dengan bulan yang terbelah bahawa
    Ada sumpah yang terkabulkan pada dirinya

    Dalam bait inipun terdapat penyimpangan yang amat nyata, sebab bersumpah dengan selain Allah termasuk bentuk kesyirikan.
    عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَِ

    Dari Umar bin Khaththab bahwasanya Rasulullah bersabda: “Barangsiapa bersumpah dengan selain Allah maka dia telah kufur atau berbuat syirik”. (HR. Ahmad 4509 dan Tirmidzi 1534)

    Ibnu Abdil Barr berkata:
    “Tidak boleh bersumpah dengan selain Allah untuk apapun dan bagaimanapun keadaannya, hal ini merupakan kesepakatan ulama”. Katanya juga: “Para ulama telah bersepakat bahwa bersumpah dengan selain Allah adalah terlarang, tidak boleh bersumpah dengan apapun dan siapapun”. (At-Tamhid 14/366-367)

    v. Al-Bushiri berkata:
    يَا أَكْرَمَ الرُّسُلِ مَا لِيْ مَنْ أَلُوْذُ بِهِ سِوَاكَ عِنْدَ حُلُوْلِ الْحَادِثِ الْعَمِمِ
    Aku tidak memiliki pelindung Wahai rasul termulia
    Selain dirimu di kala datangnya petaka

    Perhatikanlah wahai saudaraku bagaimana bait ini mengandung unsur kesyirikan:
    a. Dia meniadakan pelindung di saat datangnya petaka selain Nabi, padahal hal itu hanya khusus bagi Allah semata, tiada pelindung kecuali hanya Dia saja.

    b. Dia berdoa dan memohon permohonan ini dengan penuh rendah diri, padahal hal itu tidak boleh diperuntukkan kecuali hanya kepada Allah saja. (Taisir Aziz Al-Hamid hal. 219-220)

    Al-Allamah asy-Syaukani berkomentar tentang bait ini:
    “Perhatikanlah bagaimana dia meniadakan semua pelindung kecuali hamba dan rasul Allah, Muhammad saja, dia lalai terhadap Rabbnya dan Rabb rasulnya. Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un”. (Ad-Durr An-Nadhid hal. 26)

    vi. Al-Bushiri berkata:
    فَإِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتَهَا وَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمُ اللَّوْحِ وَالْقَلَمِ
    Dan termasuk ilmumu adalah ilmu lauh (mahfudh) dan pena.
    Diantara pemberianmu adalah dunia dan akhiratnya

    Dalam bait ini, dia menjadikan dunia dan akhirat termasuk pemberian dan milik Nabi Muhammad, padahal Allah berfirman:
    Dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia. (QS. Al-Lail: 13)
    Adapun ucapannya “Dan termasuk ilmumu adalah ilmu lauh (mahfudh) dan pena”. Maka ini adalah ucapan yang sangat batil sekali, karena hal itu berarti bahwa Nabi mengetahui ilmu ghaib, padahal Allah berfirman:
    Katakanlah: Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah. (QS. An-Naml: 65)
    Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. (QS. Al-An’am: 59)

    Dan masih banyak lagi ayat-ayat lainnya.

    ReplyDelete
  19. Komen macam ni bagus, sebab direct to the poin.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih Ananymous:

    Sedikit latar belakang Burdah:
    Burdah ini dikarang oleh Sharafuddin Abu Abdillah Muhammad bi Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri, di Maghribi, tahun 608H dan bermazhab Syafie.

    Burdah ini disyarahkan oleh 20 orang ulama, antaranya:
    1. Imam Jaluddin al-Mahalli (864H)
    2. Imam Zakaria al-Ansari (926H)
    3. Imam al-Qasthalani (w923H)
    4. Sykh Mulla Ali Qari (wafat 1014H)
    5. Sykh Ibrahim al-Bajuri (wafat 1276H)

    Sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/2009/03/mengenali-kitab-maulid-dan-pengarangnya_3683.html

    Kalau mengikut bahasa saudara dan huraian saudara, maka akan confirm syirik. Tetapi kalau mengikut kefahaman imam-imam yang mensyarahkan burdah tersebut, jauh berbeza daripada kefahaman saudara sebab ini bait-bait syair. Sykh Mullah Ali Qari ialah antara ulama hadis. Dan sebahagiannya adalah ulama Tauhid yang mensyarahkan burdah ini.

    ReplyDelete
  21. Saya rujuk kpd bait ke ii. yang saudara kritik:

    Ananymous berkata:

    ii. Al-Bushiri berkata:
    دَعْ مَا ادَّعَتْهُ النَّصَارَى فِيْ نَبِيِّهِمْ وَ احْكُمْ بِمَا شِئْتَ فِيْهِ وَاحْتَكِمْ
    Tinggalkanlah ucapan kaum Nashara terhadap nabi mereka
    Adapun terhadapnya (Nabi Muhammad), ucaplah sesuka anda

    Jawapan Dr Asmadi: Pada saya tiada cacat cela bait ini. Rangkap pertama perlu dibaca bersama dengan rangkap kedua. iaitu tinggalkan dakwaan seperti Nasara ke atas nabi mereka (mengatakan anak tuhan), maka pujian selain daripada itu dibenarkan disebabkan larangan hanyalah mengatakan Nabi anak tuhan. Atau ruh qudus.

    ReplyDelete
  22. Maka setiap pujian diharuskan, namun tidak boleh menyamakan Nabi SAW dengan tuhan. Contohnya, Sabda Nabi SAW: Aku penghapus dosa (Mahi), Allah menghapuskan dosa denganku.

    Jadi syarahannya ialah, Allah SWT yang pengampun, namun Nabi SAW adalah pemadam atau penghapus dosa-dosa tersebut dengan dakwah yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  23. Ni petikan Ananymous:

    v. Al-Bushiri berkata:
    يَا أَكْرَمَ الرُّسُلِ مَا لِيْ مَنْ أَلُوْذُ بِهِ سِوَاكَ عِنْدَ حُلُوْلِ الْحَادِثِ الْعَمِمِ
    Aku tidak memiliki pelindung Wahai rasul termulia
    Selain dirimu di kala datangnya petaka

    Jawapan Dr Asmadi: Kena baca bait ni di mana tempat letak asalnya. Bait ini secara zahirnya diletakkan pada peristiwa memohon syafaat di hari kiamat. Waktu tu dah takda jalan lain bila amalan kita kurang maka kita hanya mengharapkan syafaat Nabi Muhammad SAW. Taubat dah tak diterima dah waktu ni...!

    MasyaalLah, kena cermat dalam mensyirikkan orang!

    ReplyDelete
  24. Tuan-tuan, kena cermat apabila memahami syair dan susunan rangkap-rangkapnya. Pasal duit rangkap lagi yang saya tak jawab, sebab saya kena tengok konteksnya. Tiada Burdah tu pada saya sebab saya bukan pembaca Burdah. Tapi saya tidak semudah itu mensyirikkan ulama-ulama. Dua jawapan tadi saya lontarkan hasil taraf Bahasa Arab saya yang lemah ini sajalah khususnya dalam memahami syair. Dua rangkap lagi, saya perlu baca Burdah itu dalam konteksnya.

    Cukup saya nak buktikkan bahawa kita GOPOH menyesatkan orang dengan memahaminya diluar konteks.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    ReplyDelete
  25. Sdr Bahathir, semoga jawapan ini juga membantu anda memahami maksud saya sebelum ni.

    ReplyDelete
  26. Pada saya, kekeliruan ini timbul, bila bahasa Arab lemah. Bila Bushiri kata عِنْدَ حُلُوْلِ الْحَادِثِ الْعَمِمِ , dia menggunakan alif lam makrifat. Maksudnya bila berlaku peristiwa tertentu. Dia maksudkan Padang Mashyar. Dia tidak menggunakan 'nakirah ' (tanpa alif lam). kalau nakirah, bermaksud bila-bila masa. Bila guna alif lam makrifah, maksudnya, aku mengharapkanmu di padang Mahsyar dengan syafaatmu. Tapi, kita tetap mahu menjadi HERO menyesatkan ulama.

    Itulah sebab saya malas melayan artikel yang menyesatkan qasidah, akhirnya kelihatan "Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya" ....

    ReplyDelete
  27. Terima diatas usaha, masa dan pandangan Ustaz, atau lebih tepat "Prof Madya Dr. Ustaz..". Jazakallaahu Khairan.

    Mungkin ilmu bahasa Arab Ustaz amat tinggi lagi, hingga boleh nampak kesilapan pemahaman ulama-ulama di Tanah Arab memahami isu Qasidah Al-Burda. Orang yang berilmu tinggi, perlu rajin dan tabah menghadapi segala kemungkinan dan persoalan, serta terus isiiqamah mencari KEBENARAN. Isu ini adalah isu akidah, yang menentukan kehidupan kita di Akhirat nanti.

    Tak mengapalah, semoga suatu hari nanti, kita akan nampak KEBENARANnya jua.
    Saya cadangkan Ustaz membaca buku "Talbis Iblis" dengan harapan kita lebih berwaspada kepada ujian ilmu yang tinggi yang Allaah berikan kepada kita.

    Saya hanya bertanyakan, memintan dan menyampaikan, dan hanya Allaah boleh memberi hidayah dan taufik kepada kita semua.

    Wallaahu A'lam.

    ReplyDelete
  28. Saudara bahathir,

    Kita semua mengharapkan mardhatillah... Saya yakin, Bahathir pun begitu. Saya juga tidak menjadikan Burdah amalan seharian saya sebab saya lebih selesa membaca Quran dan zikir-zikir. Namun, suatu sikap yang perlu kita tanamkan ialah: JANGAN MUDAH MENSYIRIKKAN ATAU MENGKAFIRKAN SESEORANG.

    Sebab, satu jari menunding ke arah orang lain, 4 jari kita kembali kepada kita. Cara paling selamat 'tawaqquf' (tidak kata betul dan tidak kata salah) dan bersangka baik kemungkinan mereka ada hujah yang baik.

    Di sudut aliran, sekiranya saudara membaca kitab Arab karangan Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, Albani, Salleh Fauzan, saya yakin rentaknya sama sahaja samada bid'ah, sesat, kufur, atau ahli bid'ah.

    Buka pintu hati saudara untuk membaca kitab-kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani (juga ulama hadis), Imam al-Nawawi, Imam Subki dan lain-lain. Untuk pengetahuan saudara, saya membaca kedua-dua aliran.

    Semoga Allah SWT bantu saya dan saudara.

    ReplyDelete

  29. Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bertanya kepada ayahnya tentang seorang lelaki yang mengusap kubur Nabi s.a.w. dan mimbar, lalu Imam Ahmad menjawab:
    “Tidak mengapa begitu”.
    [Iqthida’ As-Sirat Al-Mustaqim m/s 401]

    Dinukilkan jug oleh Ibnu Jamaah (as-Syafi’i) bahawasanya:
    “Abdullah bin Ahmad bin Hambal pernah menceritakan perihal ayahnya. Ia (Abdullah) meriwayatkan: Aku pernah bertanya kepada ayahku tentang seseorang yang menyentuh mimbar Rasul dan bertabarruk dengan mengusap-usap juga menciumnya. Dan melakukan kuburan sebagaimana hal tadi (mengusap dan mencium) dengan tujuan mengharap pahala Allah. Beliau menjawab: “Tidak mengapa”
    [Wafa’ al-Wafa’: 4/1414].

    ReplyDelete
  30. Selawat perdana lebih baik drp demonstrasi

    ReplyDelete
  31. Isunya mereka berqasidah burdah dengan meminta kepada nabi yang dah wafat di dunia ini. Bukannya minta di akhirat nanti.

    Adakalanya kita dengar seseorang mengatakan, “Wahai Muhammad, berilah syafa’at kepada kami!” atau “Wahai Muhammad, syafa’atilah kami!”
    Kaum muslimin sekalian, memang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lah akan diberi izin oleh Allah untuk memberikan syafa’at besok di hari kiamat. Tapi permasalahannya, bolehkan kita meminta langsung kepada beliau? Ini adalah permasalahan yang sangat penting, jika seseorang salah di dalamnya maka ia dapat jatuh ke dalam kesyirikan.

    Syafa’at Adalah Doa

    Telah sama-sama kita ketahui bahwa ibadah mutlak hanya boleh ditujukan untuk Allah, baik berupa doa, sembelihan, nadzar dan sebagainya. Barang siapa yang menujukan ibadah bukan untuk Allah, walaupun kepada Nabi atau Malaikat dan walaupun hanya satu macam ibadah saja, atau sekali saja maka itulah perbuatan syirik.
    Kemudian ketahuilah, bahwa syafa’at
    hakikatnya adalah doa, atau memerantarai orang lain untuk mendapatkan kebaikan dan menolak keburukan. Atau dengan kata lain syafa’at adalah memintakan kepada Allah di akhirat untuk kepentingan orang lain. Dengan demikian meminta syafa’at berarti meminta doa, sehingga permasalahan syafa’at ialah sama dengan doa.Syafa’at Hanyalah Milik Allah
    Perhatikanlah firman Allah, “Katakanlah: Hanya kepunyaan Allah lah syafa’at itu semuannya. Milik-Nya lah kerajaan langit dan bumi. Kemudiaan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Az Zumar: 44)

    ReplyDelete
  32. Telah kita ketahui bersama bahawa syafa’at adalah milik Allah, maka meminta kepada Allah hukumnya disyariatkan, iaitu meminta kepada Allah agar para pemberi syafa’at diizinkan untuk mensyafa’ati di akhirat nanti. Seperti, “Ya Allah, jadikanlah Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam pemberi syafa’at bagiku. Dan janganlah engkau haramkan atasku syafa’atnya”.
    Adapun meminta kepada orang yang masih hidup, maka jika ia meminta agar orang tersebut berdo’a kepada Allah agar ia termasuk orang yang mendapatkan syafa’at di akhirat maka hukumnya boleh, kerana meminta kepada yang mampu untuk melakukanya. Namun, jika ia meminta kepada orang tersebut syafa’at di akhirat maka hukumnya syirik, kerana ia telah meminta kepada seseorang suatu hal yang tidak mampu dilakukan selain Allah. Adapun meminta kepada orang yang sudah mati maka hukumnya syirik akbar baik dia minta agar dido’akan atau meminta untuk disyafa’ati.
    Demikianlah pembaca yang budiman, jangan sampai kita terjebak untuk meminta syafa’at langsung kepada Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam. Hal ini bukan bererti kita menginkari adanya syafa’at beliau. Tetapi syafa’at hanyalah milik Allah. Bagaimana Allah hendak memberikan syafa’at-Nya kepada seseorang sementara dia berbuat syirik dengan meminta syafa’at kepada Nabi? Pantaskah bagi kita tatkala Allah telah mengikrarkan bahwa syafa’at hanya milik-Nya, kemudian kita justeru meminta kepada Nabi? Sungguh andai ia meminta kepada Nabi seribu kali tetapi Allah tidak meridhoinya maka ia tidak akan mendapatkannya.

    ReplyDelete
  33. Saudara Ananymous,

    Saudara bukan mencari kebenaran. Setelah saya patahkan salahnya cara penghujahan saudara dan GOPOHnya dalam menyesatkan ulama; dan menunjukkan saudara BERTAKLID dalam menyesatkan dan mengkafirkan ulama, kini saudara ubah cerita. Susah untuk kita dapat KEBENARAN kalau kita hanya mementingkan Syeikh kita, tanpa menggunakan hadis atau athar yang SAHIH.

    Cuba baca athar yang riwayatnya SAHIH di bawah yang menunjukkan para sahabat meminta syafaat selepas Nabi SAW meninggal dunia. Saudara dah membawa perbincangan pada tajuk 'tawassul'. Imam Ibn Kathir antara yang meriwayatkan sanadnya dan sahih.

    (Kalau mahu perbahasan detail, sila ke satu artikel saya dalam blog ini: http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html

    Jumhur (kebanyakan) ulama berpendapat, ia adalah harus sepertimana dibolehkan pada seorang yang masih hidup dan tidak ada bezanya, kerana bertawassul adalah dengan sifat soleh atau martabat kenabian (jika yang dijadikan perantara itu seorang nabi) yang mana kedua-dua sifat tersebut berkekalan selepas mati, bahkan tidak terdapat tegahan mengenai perkara ini samada daripada Rasulullah SAW atau dikalangan para sahabat.

    Dalam hal ini, mereka berdalilkan sebuah athar yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan mengesahkan kesahihannya daripada Othman bin Hunaif RA menceritakan:
    “Seorang lelaki pernah berulang-alik kepada Saidina Othman bin Affan RA kerana sesuatu hajat untuknya. Tetapi Saidina Othman tidak menghiraukannya dan tidak melihat kepada hajatnya itu. Kemudian dia bertemu dengan Othman bin Hunaif, lalu mengadu kepadanya berhubung perkara itu. Maka Othman bin Hunaif berkata: “Pergilah ke tempat wudhuk, kemudian berwudhuk, kemudian pergilah ke masjid dan mengerjakan solat dua rakaat. Selepas itu berdoalah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan bertawassul kepada NabiMu Muhammad SAW, nabi yang membawa rahmat. Ya Muhammad, sesungguhnya aku bertawassul dengan engkau kepada Tuhanku, maka tunaikanlah hajatku”. Sebutlah hajat engkau, kemudian datanglah kepadaku sehingga aku pergi bersama awak (menemui Saidina Othman). Selepas itu, dia terus pergi ke rumah Saidina Othman, kemudian datang penjaga pintu, lalu memegang tangannya dan membawanya berjumpa Saidina Othman, lalu Saidina Othman mempersilakannya duduk di atas hamparannya, dan bertanya: “Apakah hajat engkau?”. Lelaki tadi memberitahu hajatnya dan ditunaikannya oleh Saidina Othman. Kemudian Saidina Othman berkata: “Aku tidak ingat hajat engkau sehinggalah ke waktu ini, sekiranya kamu mempunyai hajat lagi, datanglah menemui kami”.

    Kemudian lelaki tadi keluar dari Saidina Othman, dan terus menemui Othman bin Hunaif, lalu berkata kepadanya: “Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan, beliau tidak memberi perhatian kepada hajatku dan tidak menoleh kepadaku sehinggalah engkau mengajar aku mengenai doa tadi. Othman Hunaif berkata: demi Allah, itu bukan daripada diriku sendiri, tetapi saya saksikan Rasulullah SAW pernah dikunjungi seorang lelaki yang buta, lalu mengadu kepadanya mengenai hilang penglihatannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Atau kamu bersabar sahaja? Lelaki tadi berkata: “Wahai rasulullah Aku tidak mempunyai seorang yang boleh memimpinku, dan itu telah menyusahkanku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Pergilah ke tempat wudhuk, kemudian berwudhuklah, kemudian kerjakan solat dua rakaat. Selepas itu berdoalah dengan doa ini. Othman bin Hunaif berkata lagi: Demi Allah, kami tidak berpisah dan tidak lama perbincangan kami sehinggalah lelaki tadi masuk kepada kami, seolah-olah tidak pernah buta sebelum ini”.

    ReplyDelete
  34. Inilah dalil harusnya bertawassul dengan seorang yang telah mati dan padanya juga terdapat dalil yang mengharuskan menyeru rasulullah SAW sekepas baginda wafat seperti diseru: “Ya Rasulullah”. Itu adalah harus dengan syarat tidak mengiktiqad bahawa yang diseru itu memberi bekas pada alam ini dan dia tidak diseru atau dipanggil sepertimana menyeru kepada Allah. Ini kami akan huraikan insya allah.

    Semoga saudara dapat BERTAUBAT daripada cepat menyesatkan ulama dan masyarakat Islam. Allahu al-Musta'an.

    ReplyDelete
  35. Tuan Admin masih tidak faham, isu di sini bukan membincangkan pasal bertawassul. Tetapi isu kepada memohon syafaat kepada Nabi s.a.w. atau kepada lainnya dari orang yang sudah wafat adalah TIDAK DIBOLEHKAN. Ianya merupakan syirik besar menurut para ulama. Kerana Rasulullah s.a.w. setelah wafatnya tidak memiliki kemampuan apa-apa.

    Allah Ta'ala berfirman,

    قُلْ لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا (سورة الزمر: 44)

    Katakanlah: "Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. kemudian kepada- Nyalah kamu dikembalikan" SQ. Az-Zumar: 44

    Syafaat adalah milik Allah Ta'ala. Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan orang-orang selainnya yang sudah wafat tidak dapat melakukan apa-apa setelah kematiannya, baik dalam memberikan syafaat atau dalam berdoa atau dalam perkara lainnya. Orang yang sudah wafat, amalnya terputus kecuali tiga hal; Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan."

    Yang ada riwayatnya adalah bahawa selawat dan salam yang dibaca akan disampaikan kepada beliau, kerana itu beliau berkata,

    صلوا علي فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم

    "Berselawatlah kepadaku, sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana saja kalian berada."

    Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillaah, dan saya berterima kasih kerana Ustaz telah mempublishkan keseluruhan teks komen saya. Saya bukan pakar akademik yang tahu protokol bersola jawab, dan harap dimaafkan segal kesilapan cara bertanya dsini.

    Tawassul.
    Tak mengapalah, dengan ilmu cetek saya, saya yakin dengan ayat ini, kerana ianya dari sahih Allaah.


    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    (QUran: Al-Fatihah 1:5)
    "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. "

    Rasululalah (saw) pun minta doa terus kepada Allaah (saw), tanpa perlu tawassul kepada Nabi Ibrahim (as), Nabi Musa (as), Jibril (as),

    Para Sahabah (ra) pun minta tolong Rasulullaah (saw) untuk doakan kepada Allaah (saw) ketika Baginda (saw) masih hidup. Tiada riwayat sahih para Sahabah tawasul diatas nama Nabi (saw) selepas kewafatan.

    Imam besar 4 ASWJ pun tak pergi ke kubur-kubur minta doa/tawasul pada roh orang mati.

    Soalan:
    Al-Quran, riwayat sahih Nabi (saw) dan para Sahabah (ra) serta imam besar 4 ASWJ tak pernah tawasul atau SERU nama orang mati untuk tunai hajat.

    Jadi tawasul seru nama si mati ini datang dari mana? Jumhur ulama? Tapi, jumhur imam 4 besar ASWJ dan para Sahabah (ra) tak buat pun? Imam besar 4 ASWJ dan para Sahabah (ra) ini tidak termasuk jumhur ulamak kah?

    Alam barzakh adalah alam ghaid yang hanya Allaah saja yang Maha Mengetahui. Ianya adalah tempat soal siasat, siksa atau nikmat. Bila masanya roh ada masa untuk 'dengar' permintaan kita? Dalam kubur pula ada apa? Mayat yang telah mereput tinggal tulang-belulang saja.

    Memang ada tawassul yang dibenarkan, iaitu menyeru nama-nama Allaah yang cantik mulia, amal soleh ikhlas kepada Allaah yang pernah kita lakukan dan minta tolong orang soleh yang hidup, doakan kepada Allaah bagi pihak kita. Jadi, semuanya adalah bergantung kepada Allaah, sama seperti ayat yang saya utarankan diatas.

    Terima kasih sekali lagi kerana beri ruang ini untuk mencari kebenaran.

    Wallaahu A'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahathir,

      sila baca link tajuk tawassul yang saya berikan. Bahathir bagitahu sahabat-sahabat tak buat. Sebaliknya, ada sahabat-sahabat yang mengambil berkat dengan peluh, pakaian, air ludah Rasulullah SAW dengan sanad-sanad yang sahih. Dan barang peninggalan Nabi SAW mereka gunakan untuk mengambil berkat sampailah kewafatan Nabi SAW.

      Ya ini pandangan jumhur ulama sebelum kurun ke 7. Isu ini mula-mula dibangkitkan oleh Ibn Taymiyyah pada kurun ke 7H.

      Athar di atas juga menunjukkan Para Sahabat bertawassul. Baca artikel yang saya nyatakan dan buatlah keputusan. Sekiranya Bahathir tak menerima pandangan saya, tapi berubah kepada tidak GOPOH menyesatkan dan mensyirikkan orang dan ulama, saya seribu kali syukur.

      Wassalam.

      Delete
  37. Saudara Ananymous (elok perkenalkan diri)

    1. Baca dengan teliti athar tu bagaimana Sayyidina Othman bin Hunaif kata:
    Selepas itu berdoalah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan bertawassul kepada NabiMu Muhammad SAW, nabi yang membawa rahmat. Ya Muhammad, sesungguhnya aku bertawassul dengan engkau kepada Tuhanku, maka tunaikanlah hajatku”. Sebutlah hajat engkau, kemudian datanglah kepadaku sehingga aku pergi bersama awak (menemui Saidina Othman).

    Beliau suruh sebut : "Ya Muhammad" walhal Nabi SAW telah wafat. Namun, tiada masalah menyebut "Ya Muhammad". Sebab ini semua dibawah konsep tawassul.

    2. Kemudian, ini adalah bait syair memuji Nabi SAW yang mengatakan dia mempunyai Syafaat diakhirat kelak. Bukannya satu permintaan kepada Nabi SAW. Fahami betul-betul Syair itu.

    'Wahai Semulia-mulia Rasul, orang yang aku bergantung kepadanya (mengharapkan syafaat).....

    3. Manakala ayat 44, Surah Zumar, anda mengeluarkannya diluar konteks ayat. Lihat ayatnya secara penuh berdasarkan Tafsir Imam Tabari Rahimahullah:

    القول في تأويل قوله تعالى: {أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ شُفَعَاءَ قُلْ أَوَلَوْ كَانُوا لا يَمْلِكُونَ شَيْئًا وَلا يَعْقِلُونَ (43) قُلْ لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (44) }

    Imam Tabari RH berkata:

    يقول تعالى ذكره: أم اتخذ هؤلاء المشركون بالله من دونه آلهتهم التي يعبدونها شفعاء تشفع لهم عند الله في حاجاتهم. وقوله: (قُلْ أَوَلَوْ كَانُوا لا يَمْلِكُونَ شَيْئًا وَلا يَعْقِلُونَ) يقول تعالى ذكره لنبيه محمد صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم: قل يا محمد لهم: أتتخذون هذه الآلهة شفعاء كما تزعمون ولو كانوا لا يملكون لكم نفعا ولا ضرا، ولا يعقلون شيئا، قل لهم: إن تكونوا تعبدونها لذلك، وتشفع لكم عند الله، فأخلصوا عبادتكم لله، وأفردوه بالألوهة، فإن الشفاعة

    Berkata Allah SWT: Atau mereka kaum Musyrikin terhadap Allah yang menjadikan tuhan-tuhan mereka yang mereka sembah untuk mendapat syafaat yang akan memberikan syafaat kepada mereka di sisi Allah pada hajat-hajat mereka.

    Anda menggunakan ayat untuk kaum musyrikin untuk amalan yang dibuat oleh para sahabat. dan disahkan oleh ramai ulama. Para sahabat dan ulama-ulama silam tidak menyembah Nabi SAW.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    ReplyDelete
  38. Sdr Ananymous akan berterusan berdolak dalih:

    1. Ini komen pertama pasal bait ni: "Perhatikanlah wahai saudaraku bagaimana bait ini mengandung unsur kesyirikan: a. Dia meniadakan pelindung di saat datangnya petaka selain Nabi, padahal hal itu hanya khusus bagi Allah semata, tiada pelindung kecuali hanya Dia saja.".

    Kemudian saya jawab, ni pasal syafaat.

    2. Jadi dia bagi balik komen lain seperti berikut: "Tetapi isu kepada memohon syafaat kepada Nabi s.a.w. atau kepada lainnya dari orang yang sudah wafat adalah TIDAK DIBOLEHKAN."

    Dia tunjukkan dia seolah-olah faham bahawa bait tu pasal syafaat. Tapi athar di atas dan amalan Sahabat, disuruh berdoa pakai perkataan "Ya Muhammad".

    3. Yang sebenarnya Bait syair di atas, bukan memohon pada Nabi SAW, tetapi memuji sifat Nabi SAW yang mempunyai syafaat di Padang Mahsyar.

    Nasihat saya, berhati-hatilah soal mensyirikkan atau mengkufurkan seseorang apatah lagi ulama-ulama besar. Tambahlah pembacaan.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    ReplyDelete
  39. Saya masih lagi dapat lagi respon dr Bahathir dan Ananymous, tapi dah tukar tajuk, dan dah masuk tajuk istighasah, dan bukan tajuk perbincangan kita iaitu bait-bait burdah yang memuji Nabi SAW seumpama:يَا أَكْرَمَ الرُّسُلِ مَا لِيْ مَنْ أَلُوْذُ بِهِ سِوَاكَ عِنْدَ حُلُوْلِ الْحَادِثِ الْعَمِمِ
    Terjemahannya yang betul ialah: Wahai Semulia-mulia Rasul, Tidak ada padaku sesiapa untuk ku memohon pertolongan kecuali engkau ketika berlakunya peristiwa petaka (di Padang Mashsyar iaitu meminta syafaatmu)

    Ini merupakan kata-kata indah memuji Nabi SAW, bukan menyerunya.

    Namun setelah, saya terangkan maknanya yang sebenar, malangnya mereka berubah ke tajuk lain. Ini bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk menang.

    Manakala untuk tajuk istighasah, kena bincang khusus pada tajuknya supaya kita boleh memberikan hak sepatutnya untuk setiap tajuk. Jangan terkejut pula nanti, ada sandaran kukuh ulama yang menyokong berkaitan tajuk ini.

    Walaupun begitu, di kalangan ulama 4 mazhab, sememangnya ada yang khilaf mengenai tajuk ini.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    ReplyDelete
  40. Tambahan sikit: Apa dalil boleh guna perkataan 'engkau' pada Rasulullah SAW walaupun beliau sudah wafat:

    1. Athar di atas yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Ib Majah dan al-Nasai dengan sanad sahih iaitu apabila sahabat Usman bi Hunaif menyuruh seorang sahabat yang mempunyai hajat membacakan doa selepas solat hajatnya:
    اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة، إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي

    Ya Allah sesungguhnya aku menghadap ke arahMu dengan Nabi engkau, Muhammad Nabi rahmah, sesungguhnya aku menghadap dengan mu (wahai Nabi) ke arah tuhan ku...

    Sayyidina Usman bin Hunaif mengajarkan dibaca doa sebegini iaitu aku menghadap dengan-mu (dengan engkai wahai Nabi) ke arah tuhanku, dan pada waktu itu Nabi telah wafat.

    Para sahabat dah amal perkara ni, dan tidak ada bangkangan hadis ni sehinggalah pada kurun ke 7.

    2. Dalam Kitab al-Umm, Imam al-Syafie, Imam ASWJ berkata:

    Dari Ibn Abbas: Adalah Rasulullah SAW mengajar bacaan tasyahhud sebagaimana mengajar al-Quran, dan baginda bersabda:
    التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله، وسلام عليك أيها التبي ورحمة الله وبركاته.

    Ini bacaan tasyahhud kita di dalam Solat. Imam Syafie berkata: Dengan ini kita membacanya. Maksud bacaan tersebut: Keselamatan ke atasmu wahai nabi......

    Walaupun waktu zaman Imam Syafie RH, Nabi SAW dah wafat, beliau tak minta tukar bacaan ini.

    Saya rasa cukuplah untuk menunjukkan, boleh bersyair dan berdoa menggunakan damir mukhatab (gantinama pihak kedua) kepada Nabi SAW bila kita memujinya.

    Setiap ulama yang menulis buku-buku mereka, masing-masing mempunyai cara selawat masing-masing.

    Malangnya, mereka kata jangan ikut ulama, tetapi Bahathir dan anonymous terlalu taksub dengan ulama yang mensyarahkan padanya perkara ini. Kalau mahu pegang hadis saya dah bagi hadis di atas, ikutilah, jangan ikut ulama anda... sebab ulama anda tak semestinya betul.

    Wallahu a'lam. Allahu al-musta'an.

    ReplyDelete
  41. Tidak semua individu yang memakai jubah ulama’ dapat diiktiraf sebagai ulama’. Di antara mereka ada yang benar-benar ikhlas lagi jujur menegakkan kebenaran. Pemikiran, ucapan dan penulisan mereka menepati al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman al-Salaf al-Shalih. Individu seperti ini adalah ulama’ yang diiktiraf. Ulama’ seperti ini patut menjadi rujukan umat Islam. Sekali pun sekali-sekala mereka berbuat silap, kesilapan tersebut tidak menjatuhkan martabat mereka sebagai ulama’.

    ReplyDelete
  42. Tak mengepalh Ustaz. Saya sekadar menyampaikan. Ustaz nak terima atau tidak itu urusan Ustaz dengan Allaah.

    "Lakum diinukum wa liyadiiin"

    Ustaz dengan pegangan Ustaz, saya dengan pegangan saya, yakni istiqomah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Saya berpegang kepada contoh-contoh TERBAIK yang Rasulullaah (saw) kepada para Sahabah (ra) dan para-para Sahabah (ra) telah mengajarkannya kepada ulama-ulama kemudianya secara AMANAH tanpa sebarang tokok tambah dan reka cipta.

    Saya tak menuduh, andai, label kepada sapa-sapa pun. Mari kita beringat-ingat kepada hadis sahih, umat Rasulullaah (saw) berpecah kepada 73 golongan. Berdoalah. carilah, kajilah, amallah serta PASTIKAN yang kita berada di golongan SATU yang SELAMAT tu.

    Oya, Ustaz belum publish komen saya yang meminta Ustaz beri penerangan perbezaan antara 'syafaat dan tabaruk'.

    Wallaahu A;lam.

    ReplyDelete
  43. Terpulang juga pada Bahathir.

    Manakala isu tabarruk dan syafaat adalah isu lain. Kena bincang dibawah link ini: http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html
    Berikan komen dalam lnk ini sebab Ustaz taknak ulang hujah yang ada pd link ini. Buang masa ulang hujah yang sama. Kalau Bahathir tak setuju dengan hujah yg ada dalam link itu, nyatakan di bawah tajuk tersebut.

    Kemudian, Bahathir mendakwa Bahathir mengikut ulama Salaf, siapa ulama Salaf yang mensyarahkan untuk Bahathir? Ibn Taymiyyah hidup di kurun ke 7 H, dia bukan ulama Salaf, beliau ulama mutaakhir, cuma dia mendakwa dia mengikut Salaf. Sebaliknya Imam-Imam Mazhab dan anak-anak murid mereka lahir dalam lingkungan 300 tahun yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai sebaik-baik ummah. Rujuk link di bawah untuk faham siapa itu Ulama Salaf, lepas tu buat perbandingan syarahan dengan guru Bahathir.
    http://drasmadinet.blogspot.com/2009/10/siapa-ulama-silam-siapa-ulama-salaf.html

    Wallahu ta'ala a'lam. Memang zaman sekarang cepat lahir "ulama-ulama segera" yang hanya belajar dengan cara membaca, menggoogle dan mudah hukum orang lain kafir, sesat, tak ikut Sunnah sahih, Kalimah 'HARAM dan SESAT" dihujung LIDAH dan TANGAN mereka.

    Allah al-musta'an.

    ReplyDelete
  44. salam ustaz. sy suka baca penerangan ustaz.. cuma sy masih lagi samar2 ttg isu melambai tangan masa majlis selawat..ada yg kata melambai kpd nabi.. Benarkah? dan ada juga yg mendakwa Nabi hadir di majlis ini.. Mohon pencerahan drp ustaz.. sy terbaca isu ini dlm FB Dr MAZA, adakah ini harus atau apa respon ustaz ttg dua isu ini. Terima Kasih ustaz..

    ReplyDelete
  45. نور الإيمان22 October 2014 at 08:28

    الله يكرمك يا ابن محمد نعيم الأستاذ

    ReplyDelete
  46. Kalau boleh dapatkan video bukti dari Sheikh-Sheikh (Ahli Kitab) dari Medinah yang betul-betul ikut Sunnah Rasullullah SAW yang berkata Selawat Perdana ini betul dan bagus. Saya terima. Kalau tidak bagi saya ini semua salah.

    ReplyDelete