Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية



Saturday 28 November 2009

MENCARI KEBENARAN BERAGAMA

Satu artikel di Utusan Malaysia, 28 November 2009 yang ditulis Mantan Presiden ABIM. Sila klik pada tajuk untuk membaca artikel tersebut terus dari Utusan Malaysia.

2 comments:

  1. as-Salaamu 'alaikum,

    Berikut disertakan link (pautan): Maksud as-Sawadul A'zham, Sebuah jawaban Utk Yusri Mohamad - http://an-nawawi.blogspot.com/2009/12/maksud-as-sawadul-azham-sebuah-jawaban.html

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Sdr Abu Huzaifah,

    Saya membaca komen dalam pautan di atas. Pertamanya, diterangkan mengenai apa itu Sawad a'zam, kemudiannya diterangkan sedikit ttg ijma'.

    Antara yg penulis tulis:
    Imam asy-Syathibi telah membawakan lima pendapat berkenaan maksud al-Jama’ah. Di antara pendapat tersebut sebagaimana yang telah diringkaskan oleh Syaikh Alawi ‘Abdul Qadir as-Saqqaf:

    Terjemahannya agak tak tepat, jd saya terjemah sendiri iaitu: (Al-Jama’ah) yang dimaksudkan adalah as-Sawadul A’zham (majoriti) dari umat Islam. Dari pandangan ini, yang termasuk ke dalam al-Jama’ah adalah
    i. Para mujtahid ummah
    ii. Ulama ummah
    iii. ulama Syariah yang beramal,
    iv. orang-orang yang bertaklid dan mencontohi mereka.

    Setiap orang yang tidak mengikuti mereka bererti dia telah memisahkan diri dari al-Jama’ah dan akan menjadi mangsa syaitan. Dan mereka yang tergolong ke dalam kelompok yang keluar dari al-Jama’ah adalah semua ahli bid’ah. Kerana mereka menyelisihi para pendahulu umat ini.... (Rujuk: Alawi B. ‘Abdul Qadir as-Saqqaf, Mukhtashar Kitab al-I’tisham, m/s. 133-134. Edisi Terjemahan: Ringkasan al-I’tisham Imam asy-Syathibi, m/s. 198, Media Hidayah, Cet. 2003M)

    Masalah perbezaan kita, bila pengarang memasukkan dlm pengertian ahli bid'ah, perkara-perkara khilafiah. Walhal maksud sebenar ahli Bidaah ialah bid'ah dalam persoalan akidah.Sebab itu kita persoalkan habis-habisan soal Tauhid 3 serangkai sebab kita mahukan dalil, takut perkara tu satu bid'ah akidah.Kalau tahlil arwah dan baca Yasin (walhal ada dalil suruh baca 'Ma tayassara minal Quran') pun perlu dalil khusus, apatah lagi perlu dalil yg tunjukkan Rasulullah SAW katakan Namrud bertauhid dengan Tauhid Rububiah?.

    Bukti penjawab silap faham ttg artikel Sdr Yusri, di akhir jawapannya pd Sdr Yusri, ditanya dalil ijmak baca Yasin dan Tahlil Arwah. Sdr Yusri pun tak kata perkara tu ijmak. Sdr Yusri maksudkan ialah 'arus perdana' tidak sesat menyesat pada perkara remeh.

    Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19)(Dr MAZA guna definisi ASWJ Imam ini):
    Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan pencipta dan qidamNya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihatNya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitabNya dan rasulNya, dan mengikut segala syariat islam, dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh Al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh Al-Quran, serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan.

    Semoga kita tidak membawa kata-kata imam-imam kepada kefahaman yang jauh berbeza.

    Penjawab juga kata:
    "Di antara contoh yang dapat kita lihat dari pelbagai firqah pemikiran yang muncul dan semakin berkembang pesat adalah seperti menyebarnya gerakan pengebom berani mati yang meletupkan diri membunuh orang awam sesuka hati, kumpulan Hizbut Tahrir yang bermati-matian memperjuangkan aqidah khilafah, kumpulan Tabligh yang mengajak banyak beribadah namun kurang menekankan keilmuan, pelbagai jenis Sufi/Tarekat, munculnya pelbagai kumpulan zikir malah boleh berzikir sambil menyanyi dan menari, gerakan al-Qaeda, kumpulan takfiri (gemar mengkafir), Ikhwanul Muslimin, golongan kuburi (pemuja kubur), pemberontak, anti hadis (Qur'aniyun), al-Asya'irah yang mendahului Allah dalam persoalan ash-Shifat, Syi'ah (pengkafir para sahabat-sahabat Nabi), Murji'ah (yang hanya mementingkan hati dan meninggalkan amal), dan ini hanyalah sebahagian sebagai contoh. Masing-masing saling memiliki kerangka pemikiran dan prinsip beragama yang berbeza-beza".

    Kita pun tak setuju dgn pengebom berani mati, menari-nari berzikir (lihat penerangan Sheikh al-Buti). Namun, bila dikutuk ahli Tareqat secara umum, Ikhwanul Muslimin, Asyairah, kena datangkan dalil-dalil apa yang salahnya..?

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete