Sebenarnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat kajian yang agak terperinci mengenai isu ini. Selamat merujuk.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites
Alor Star Kedah
1) Ulasan/Hujah
i. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
v. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
vi. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
vii. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
viii. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
ix. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
x. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
xi. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
xii. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
ii. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
WEBLOG INI MENGEMUKAKAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT ISLAM. SEMOGA CETUSAN IDEA PENULIS DAN SISIPAN DARI ARTIKEL TERPILIH MEMBERI MANFAAT UNTUK PEMBACA...SELAMAT MEMBACA.... Susunan Akhukum fillah: Dr. Asmadi Mohamed Naim (إعداد د. أسمادي محمد نعيم)
Selamat Datang ke Weblog Dr Asmadi Mohamed Naim 'Nazil al-Qadah'
أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى موقع إلكتروني للدكتور أسمادي محمد نعيم نزيل القدح باللغة الماليزية
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum.
ReplyDeletePENDAHULUAN
Menjaga Akidah Islam, sememang sudah menjadi darah daging Umat Islam. Ini perkara yang kita sepakati, kita tidak akan berganjak. Lebih-lebih lagi dalam ertikata melaksanakan Islam sebagai cara hidup. Jika disana ada golongan yang cuba menghalang kita dari melaksana Islam sebagai cara hidup, sudah tentu kita akan pertahankan Islam yang kita amalkan. Sekalipun penghalang tersebut adalah darah daging kita.
Antara kemanisan Akidah Islam, ialah menyebut kalimah Allah. Menyebut , mengingat Allah adalah satu-satu jalan untuk mendapat ketenangan. Jelas sekali ayat Quran dibawah mengatakan “hanyalah mengingati Allah sahaja, hati menjadi tenteram.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra'd, ayat 28)
Ketenteraman hati hanya datang dengan ingat Allah, bukan dengan anak, isteri, harta benda,. Lawan bagi tenteran antaranya, haru-biru, serabut, tidak tentu arah, lintang-pukang.
UJIAN ALLAH
Isu penggunaan kalimah Allah bagi orang kristian adalah satu ujian bagi pemimpin tertinggi Negara yang sedang menjaja slogan satu Malaysia. Sekarang pada ulamak satu Malaysia sedang cuba sedaya untuk menyelesaikan isu ini. Bila sebut ujian, disitu ada gagal, ada lulus.
NAFAS BARU
Apa yang saya cuba utarakan hanyalah untuk memberi nafas baru dalam isu yang sedang hangat. Moga-moga ianya bebrbetulan dengan aturcara yang Allah kehendaki. Moga-moga didalamnya ada ketenangan. Moga-moga tidak menjejaskan persaudaraan kita sesama Islam. Matlamat kita ialah kerana Allah dalam setiap tindak tanduk kita, kerana disitu terletak pengesaan terhadap Allah.
ISU KALIMAH ALLAH
ReplyDeleteTidak ada masalah orang kristian untuk menggunakan kalimah Allah atas sandaran berikut:
1- SANDARAN QL-QURAN
a- Ayat al-quran yang menyatakan Dia [ Allah] adalah TUHAN yang menjadikan, mengatur, mentadbir Alam sudah tentu banyak. Dia-lah Tuhan samaada di timur dan di barat, di utara atau di selatan. Kita sepakat perkara ini.
"Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan?
Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" - (al-Zukhruf: 87-88).
Ayat di atas masih boleh diperdebatkan, namun berdebatlah kerana Allah, dengan mengingati Allah, moga-moga kita dapat ketenangan, keimanan. Moga-moga perdebatan itu menjadi ibadat.
Kita benarkan mereka guna kalimah Allah, moga-moga satu hari nanti mereka mengaku Allah adalah Tuhan yang maha Esa, sebagaimana ayat di atas nyatakan. Allah telah bongkar perkara sebenar, diri mereka sebenar. Mereka tahu yang menciptakan mereka adalah Allah. Sekalipun mereka berakidah Trinity. Jika mereka ditanya : “ ada ker yang lain ( selain Alah ) ?, tidak ada yang lain dah, dia lah Tuhan yang Esa.”
Persoalannya? Apakah yang memesongkan mereka dari mengaku Tuhan yang sebenar.
Kemungkinan sombongnya mereka, angkuhnya mereka, egonya mereka. Sehingga mereka terpesong. Bukan mereka tidak cerdik atau pandai.
b-Rahmat Tuhan kepada hambanya sangatlah luas. Limpahan nikmat-nikmatNya tidak terhingga. Salah satu nikmatnya ialah menyebut kalimah Allah. Menyebut kalimah Allah adalah nikmat yang sangat tinggi. Kerana disitu datangnya ketenangan dan kejayaan. Ianya merupakan satu rahmat Allah paling besar.
Di atas Rahmat Allah yang luas, adalah tidak menjadi masalah untuk membenarkan orang kristian menggunakan kalimah Allah atas ertikata rahmatnya yang luas berdasar firman Allah dalam surah al-fatihah ayat pertama :
‘Dengan Nama Allah lagi Maha Pemurah lagi Maha mengasihani”.
Sifat Allah yang pemurah, Allah tetap melimpahkan nikmat-nikmatnya seperti hujan, kesenangan hidup seperti teknologi sains yang tinggi atas hamba-hambanya yang kafir.
Maka telah diketahui, kalimah Allah merupakan salah- satu nikmatnya.Moga-moga dengan penggunaan kalimah Allah dikalangan orang kristian memberi nafas baru kepada kefahaman mereka terhadap maksud sebenar kalimah Allah.
2- SANDARAN HADIS
ReplyDeletea- Nasihat dan agama tidak boleh dipisahkan. Dalam agama ada nasihat, dan nasihat mestilah berdiri atas agama, kerana didalam Agama Allah adanya tauhid. Sabda
Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)
Derajat Hadits:
Shahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadits no. 55 dan no. 95.
Biografi Singkat Perawi Hadits:
Perawi hadits ini, Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu adalah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berasal dari negeri Palestina, tepatnya di kota Bait al-Lakhm (Betlehem). Meninggal pada tahun 40 H. Beliau termasuk sahabat yang sedikit riwayat haditsnya, di dalam kutub as sittah (Kutub as-Sittah adalah enam buku inti yang menghimpun hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, buku-buku itu adalah: Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan at-Tirmidzi, Sunan an-Nasai dan Sunan Ibn Majah) beliau hanya memiliki sembilan hadits saja, di dalam shahih muslim hanya ada satu hadits saja yang beliau riwayatkan, yaitu hadits yang akan kita bahas kali ini, yang mana dia merupakan hadits yang paling masyhur di antara hadits-hadits yang beliau riwayatkan. (Lihat: Siyar A’lam an-Nubala, (II/442-448))
Kedudukan Hadits Ini:
Hadits ini merupakan salah satu hadits yang sangat agung kedudukannya, karena dia mencakup seluruh ajaran agama Islam, iaitu yang berkaitan dengan hak-hak Allah, hak-hak rasul-Nya maupun hak-hak umat manusia pada umumnya. (Lihat: Syarh al-Arba’in an-Nawawiyah, oleh Syaikh Shalih Alu Syaikh, hal 54).
ALLAH YANG DISEMBAH
Kita membenarkan mereka menggunakan kalimat sebagai satu nasihat kearah Tuhan yang Esa. Kita jadikan kebenaran penggunaan kalimah Allah untuk menasihat mereka agar terima agama yang mengesakan Allah.
Hak Allah pada hadis dalam ertikata laksanakan suruhannya terutama Umat Islam. Adapun kepada umat manusia yang masih kafr, serulah mereka kearah Tuhan yang Esa.
Yang Tiada Apa
Saudagarilmu@yahoo.com.my
Sdr Saudagar,
ReplyDeleteSaya menunggu temen-teman beri respon pada komen saudara, tp saya belum dapat apa-apa posting dari mereka.
Bila sy baca hujah-hujah saudara, sebahagian dah dijawab sebenarnya dalam artikel saya yang lepas, antara celaru & keliru.
Mengenai rahmat Allah, terus terang saya tak faham bagaimana sdr kaitkan kebenaran mereka gunakan dlm terbitan mereka dengan rahmat tuhan?
Saya melihat kerap kali kita TERBABAS tajuk bila kita masukkan juga isu lain seperti, bolehke orang-orang kafir sebut nama Allah? Orang Arab guna perkataan 'Allah'!
ReplyDeleteKadang2 kita membolehkan penerbitan tersebut, dgn menggunakan hujah 'ulama tidak melarang' orang-orang kafir sebut nama Allah.
Saya pun secara peribadi, tak akan melarang kalau orang-orang cina kata: Jgn mencuri nanti tuhan Allah nampak!
Saya jg tak akan melarang kalau orang Arab Kristian gunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka, sebab itu memang bahasa mereka.
Yang saya tak setuju, menggunakan perkataan Allah utk penerbitan mereka dalam bahasa Melayu. Secara realiti, berapa kerat sangat orang nak guna bahasa Melayu dalam gereja? Di Sabah & Serawak, cakap Bahasa Melayu pun, bukan Melayu standard, dan saya tak tahu berapa ramai yg guna Bahasa Melayu standard? Secara strateginya, kita nampak strategi buruk mereka.
Mengenai dalil, ramai berhujah Allah SWT sebutkan bahawa (lidah-lidah) mereka mengatakan Allah lah tuhan mereka, namun hati mereka belum pasti beriman (katanya ada iman tauhid rububiyah?) Kita tolong isbatkan mereka beriman!.
Tapi, takde pula orang bangkitkan Allah SWT marah orang yang sebut nama Allah ini sbg 3 in One, lihat ayat 73, Surah al-Maidah:
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. JIKA MEREKA TIDAK BERHENTI dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang kafir di antara mereka akan ditimpa SIKSAAN YANG PEDIH.
Saya hairan: Ancaman siksaan pedih itu (ayat terakhir di atas), tak cukupkah untuk menunjukkan Allah SWT pun tak setuju namanya disebut sebegitu!. kalu ikut kaedah istinbat hukum pun, ancaman siksa menandakan haram. Kalu kita dah mampu kekang perkara ni berlaku (dah berjaya halang dengan perundangan agar Allah itu bukan 3 in 1), tak berdosakah utk kita izinkan berlaku semula kemurkaan Allah?
Wallahu A'lam, Allahu al-Musta'an.
Apila kita membenar atau menghalang orang kafir menyebut nama Allah ia telah termasuk di dalam suatu hukum:-
ReplyDelete1. wajib
2. sunat
3. harus
4. makruh
5. haram.
Kita perlu bermuzakarah dahulu di dalam meletakkan hukum di atas. Jika kita sudah tahkik
kita pergi kepada syarak wadhoi.
1. syarat
2. sebab
3. mani'
4. sah
5. batal
kepada yang membenarkan/membolehkan apakah wajib atau sunatkah kita membenarkan orang kafir menyebut nama yang diisbathkan tuhan mereka itu Allah? maklum sahajalah menyuruh sesuatu ini kita mengharapkan pahala dari Allah.
Baik jika wajib atau sunat?
apa syaratnya? dan apa sebabnya?
Sedangkan Allah berfirman mafhumnya " agama di sisi Allah itu Islam".
Jika kita orang islam, kita ada rukun islam, rukun iman dan rukun ehsan.
jadi untuk jadi kristian dan yahudi, rukun syariatnya apa, rukun aqidahnya apa dan rukun makrifahnya apa?
Adakah Allah Taala memerlukan anak? isteri? pengampunan bukan dari Tuhan tetapi dari paderi? Rabitah wasilah melalui batu dan salib untuk bertemu Tuhan? Apakah syarat ini yang kita perlukan bagi membenarkan mereka secara RASMI menyebut nama Allah?
APAkah kita setuju syarat orang islam merasmikan Panggilan Allah terhadap Zat wajibal wujud sama dengan syarat yahudi dan kristian?
dapat pahalakah kita? dengan meletakkan syarat seperti itu?
Kemudian kita pergi kepada sebab. Sebab apa kita setuju panggilan Allah dibolehkan kepada kritian dan yahudi? Adakah ianya fardhu? bagimana qashadnya, bila waktunya?
inilah perkara yang kita perlu jawab bagi membolehkannya panggilan Allah secara Rasmi oleh kristian dan yahudi...wallahu taala a'lam.